4 Resepi Quaker Oat (Sedap, Sesuai Untuk Diet)


Qukaer oat sebenarnya bukan terhad kepada orang yang sedang berdiet, tapi yang tak diet pun boleh makan. Janji anda kreatif untuk mengolahakan resepi quaker oat ini. Jom baca kami kongsikan dengan anda resepi quaker oat yang mudah ini.

1. Resepi Lempeng Quaker Oat

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • Segenggam Quaker oat
  • 1 sudu besar rata gula
  • Garam secukup rasa

Cara buat Lempeng Quaker Oat

  1. Bancuh semua dengan air.
  2. Bancuh dengan air sejuk dalam peti ais sebab nak kulit macam rangup dan lembut di dalam.
  3. Siap.

Sumber: Zariani Zainol dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Cucur Quaker Oat

Bahan-bahan

  • 2cwn tepung gandum
  • 1cawan quaker oat.
  • 1sudu kecil garam.
  • 2 1/2 cawan air panas.
  • 3sudu gula (ikut selera sendiri)

Cara buat Lempeng Quaker Oat

  1. Satukan tepung, oat, gula dan garam.
  2. Kacau bagi rata bila dah rata baru tuangkan air panas mendidih.
  3. Gaul sampai sebati kemudian goreng.

Sumber: Shaza Al-Shahab dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Biskut Oat Coklat Susu

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum*
  • 6 cawan oat (quaker oat biru)*
  • 1 1/4 cawan gula castor*
  • 6 sudu besar serbuk koko*
  • 250gram butter / 1cawan margerin (boleh guna salah satu)
  • 1 cawan minyak mazola

Untuk Salutan

  • 1 1/2 cawan susu tepung
  • 1 cawan gula halus

Cara buat Biskut Oat Coklat Susu

  1. Gaulkan bahan bertanda biar sebati semua.
  2.  Kemudian masukkan butter/margerin. Boleh guna salah satu, jangan masukkan dua-dua.
  3. Gaulkan sampai sekata semua, guna tangan atau spatula je takperlu pemutar mesin ke apa sebab taknak oat tu hancur.
  4. Masukkan minyak mazola sikit demi sikit, jangan tuang semua tau. Tengok doh agak tak melekat di tangan boleh gentel buat bulat. Kalau minyak mazola tak cukup boleh tambah sikit.
  5.  Lepastu bulat-bulat kan sebesar 20sen, susun atas talam pembakar. Bakar di dalam oven 20 minit suhu 200 darjah celcius. Bergantung oven masing-masing.
  6.  Lepas biskut dah siap bakar boleh keluarkan letak atas peredai sejukkan sikit 5minit. Agak dah suam boleh gaul susu tepung yan g dah campur dengan gula tadi. Siap.

Sumber: Einn Hairi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Overnight Oats

Bahan-bahan

  • Rolled Oats/ plain Quaker Oats
  • Greek yoghurt /plain yoghurt
  • Honey (kalau tak ada ganti smash banana)
  • Low fat fresh milk
  • Buah-buahan segar

Cara buat Overnight Oats

  1. Dalam botol masukkan rolled oats, yoghurt, low fat milk, honey last baru susun buah.
  2. Tutup dengan penutup .
  3. Simpan dalam peti ais semalam esok baru makan nak buat breakfast atau lunch atau dinner pun boleh mengenyangkan .

Sumber: Laila Aznam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Oat juga sebenarnya boleh menggantikan nasi. Kenyang dan berkhasiat tau.

Inginkan resepi diet lagi? Jom baca resepi sup makaroni yang berkhasiat ini.

Leave a Comment