4 Resepi Air Jagung (Cukup Mudah dan Menyegarkan)

Jagung sebenarnya boleh diolah dengan pelbagai menu jika kita kreatif. Antara menu yang mengandungi jagung ialah puding jagung, kuih cara jagung dan juga air jagung. Bila waktu panas dapat menikmati air jagung memang layan habis kan? Jom kami kongsikan resepi air jagung mudah untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Air Jagung FY

Bahan-bahan

  • 2 liter air
  • 1/2 cwn pati jagung
  • 1 cwn gula (ikut sukatan manis anda )
  • 1 tin jagung manis ala krim dalam tin
  • 1 cwn susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 1 sdk garam

Cara buat Air Jagung FY

  1. Masak air bersama gula, masak hingga air didih dan gula larut.
  2. Masukkan pati jagung ikut kepekatan dan aromanya.
  3. Masukkan susu cair dan jagung dalam tin.
  4. Tutup api dan masuk kan susu pekat ikut kesesuaian citarasa. Hidangkan bersama ketulan ais.

Sumber: Fauziah Yahya dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Air Jagung Pekat Kaw

Bahan-bahan

  • 5 cwn air masak
  • Susu pekat separuh tin
  • Susu cair
  • Sweet corn
  • Perisa jagung
  • Perisa sirap

Cara buat Air Jagung Pekat Kaw

  1. 5 cawan air masak smpai mendidih.
  2. Masukkan susu pekat separuh tin.
  3. Susu cair satu tin.
  4. Sweet corn satu tin.
  5. Perisa jagung half.
  6. Perisa sirap 2/3 sudu untuk warna air nampak menyerlah.
  7. kacau dan masak smpai didih.
  8. Tunggu sejuk sikit letak ais dan minum.

Sumber: Hafizah Haron dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Homemade Air Jagung Padu

Bahan-bahan

  • Minuman berperisa jagung
  • Perasa sirap ros
  • Sweet corn
  • Susu cair
  • Susu pekat

Cara buat Homemade Air Jagung Padu

  1. Air 2liter masakkan.
  2. Gula 1 cawan.
  3. Susu pekat 1 tin.
  4. Jagung 1 tin.
  5. Susu cair 3 sudu makan.
  6. Sirap ros 2 sudu makan.
  7. Perisa jagung setengah botol dan tuangkan dalam adunan.
  8. Garam sikit untuk tujuan melemakan.
  9. Kacau sampai mengelegak dan siap.

Sumber: Ameera dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Air Jagung Gula Melaka Pekat Likat

Bahan-bahan

  • Pati Air Jagung 3 sudu
  • Gula Merah atau Gula Melaka di masak hingga pekat 3 sudu
  • Susu Cair
  • Susu Pekat 2 sudu
  • Susu Fresh Milk
  • Jagung Hancur Tin

Cara buat Air Jagung Gula Melaka Pekat Likat

  1. Masukan gula melaka, pati jagung, susu pekat, susu cair dan kacau, masukan susu fresh milk mengikut sukatan yang korang suka.
  2. Masukan ais dan hiasan dengan jagung hancur dan air gula melaka.
  3. Kepekatan air jagung dan manis boleh di tambah dengn air,isi susu yng berlainan mempunyai lemak dan rasa berlainan dan khaw.

Sumber: Ain Faizah Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga anda mendapat sedikit idea dengan resepi air jagung yang kami kongsikan ini.

Jemput juga cuba bermacam-macam lagi resepi air seperti air cocktail dan air mata kucing.

Selamat mencuba.

Leave a Comment