4 Resepi Vanilla Cake (Kek Span & Butter)

Jika anda tidak gemar dengan kek coklat, anda boleh beralih kepada kek vanilla. Kek vanilla tidak terlalu muak jika makan sesuai untuk yang tidak gemarkan coklat. Inginkan resepi vanilla cake?

Jom kita try resipi kek vanilla ini.

1. Resepi Cup Cake Vanilla

Bahan-bahan

  • 125g butter/margerin
  • 120g gula halus/castor
  • 125g tepung penaik
  • 3 biji telur gred A
  • 1sk ovallete
  • Esen vanilla
  • Pewarna kesukaan

Aising Buttercream

  • 125g mentega
  • 70g krimwell
  • 80g gula aising (ayak)
  • Esen vanilla
  • 2sb susu pekat

Cara nak buat Cup Cake Vanilla

  1. Pukul butter, gula dan ovallete sampai gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sampai kembang.
  3. Masukkan esen pukul lagi last masukkan tepung sikit sampai habis.
  4. Bakar 180 °c selama 15minit.

Aising Buttercream

  1. Pukul semua bahan-bahan sampai gebu.
  2. Bahagikan ikut suka beberapa jenis kaler yang kita nak dan boleh mendeko.

Sumber: Hasmona Abu Hasan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kek Span Vanilla

Bahan-bahan

  • 3 biji telor gred b
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1sdb ovalett
  • 2sdb susu tepung
  • 1sdk baking powder
  • 1sdk esen vanilla

Cara nak buat Kek Span Vanilla

  1. Mixed telor, gula,esen vanilla dan ovalett sampai betul kembang dan gebu putih.
  2. Masukkan tepung yang dah diayak dengan baking powder dan susu tepung.
  3. Mixed sampai sebati.
  4. Masukkan susu pekat dan minyak jagung, mixed semua sehingga sebati adunan.
  5. Panaskan oven dulu loyang sapu butter sikit.
  6. Bakar suhu 165¢ masa 40-45 [email protected] sehingga masak (kena pandai main suhu kalau nk warna kek cantik)
  7. Corak atas ikut kreativiti sendiri. Ambil adunan sikit untuk buat corak di atas warna pun ikut suka hati.

Sumber: Siti Hadirah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kek Butter Vanilla

Bahan-bahan

  • 150g butter
  • 120g gula kaster
  • 160g tepung naik sendiri
  • 3 biji telur
  • Esen vanila (saya pakai pes vanila lebih wangi)
  • 2 sudu susu kotak

Cara nak buat Kek Butter Vanilla

  1. Putar butter dan gula sampai berubah warna jadi lebih putih.
  2. Masukkan telur satu-satu.
  3. Masukkan vanilla.
  4. Masukkan tepung sikit demi sikit (saya pakai mixer je low speed).
  5. Last masukkan susu, gaul rata.
  6. Bakar dalam loyang 7×7″ 150 degree, 45-50 minit atau sampai masak.
  7. Simple dan siap.

Sumber: Kelly Khiarafif dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kek Butter Vanilla Creamy Cheese

Bahan-bahan

Kek

  • 5 biji telur
  • 1 sb ovalate
  • 1 cawan gula halus
  •  1 sk vanilla cream powder
  • 2 cawan tepung self rising (220g)
  • 5 sb susu segar( suhu bilik)
  •  1/2 cawan butter cair
    (Separuh butter)

Cream cheese frosting

  • 250g cream cheese
  • 1/2 cawan susu pekat
  •  1sk esen creamy vanilla
  • 1/2 kotak whipping non dairy

Cara nak buat Kek Butter Vanilla

  1. Satukan semua dalam mixer kecuali butter cair.
  2. Mix perlahan kemudian high speed sampai putih gebu.
  3. Masukkan 1/2 cawan butter cair kacau sebati.
  4. Sapu loyang dengan baking paper & tuang adunan separuh loyang.
  5. Panaskan oven 170c selama 5 minit & bakar selama 50 mnt @ sampai masak mngikut oven masing-masing.
  6. Api atas bawah.
  7. Dah masak sisip dan tebalikkan atas redai.
  8. Tebalikkan semula atas board dan biar kan kek sejuk. Belah 2 @ 3 bahagian.

Cream cheese frosting

  1.  Mix cream cheese bersama susu pekat sampai sebati.
  2. Masukkan whipping cream non dairy sejuk dan mix sampai sampai pekat dan agak kental.
  3. Nak mix asing  baru campur pun boleh.
  4.  Siap untuk di lepa pada kek.

Sumber: Kak Long Azzu Riana dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Inginkan lagi resepi kek? Jom semak resepi kek batik yang sungguh mudah nak buat.

Jangan lupa cuba!

Leave a Comment