4 Resepi Udang Goreng Tepung (Rangup dan Menyelerakan)

Sekarang ini viral dengan makanan bergoreng celup tepung. Antaranya ialah ikan celup tepung, ketam dan udang. Nak order di luar pun agak mahal kan, apakata anda cuba sendiri udang goreng tepung ini. Puas hati bila buat sendiri kan boleh makan sebanyak mana yang anda mahu. Jom kami kongsikan resepi udang goreng tepung ini.

1. Resepi Udang Goreng Tepung

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 tsp baking powder
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Air secukupnya (adunan pekat)
  • 1/2 paket eno

Cara buat Udang Goreng Tepung

  1. Gaul semua bahan hingga sebati.
  2. Minyak guna api sederhana. Setelah minyak panas, pegang hujung ekor udang celup kedalam tepung.
  3. Kemudian masukkan kedalam kuali. Jangan banyak sekali goreng nanti tak cantik & hangus.
  4. Nampak kekuningan terus angkat & tos minyak.
  5. Siap.

Sumber: Generasibiru Slank dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Udang Goreng Tepung Montel

Bahan-bahan

  • 8-10 ekor udang size sederhana buang kulit, tinggalkan bahagian ekor sahaja
  • 5 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Serbuk pati ayam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air masak

Cara buat Udang Goreng Tepung Montel

  1. Campurkan tepung gandum & baking powder.
  2. Masukkan serbuk pati ayam & serbuk kunyit, gaul rata.
  3. Tuang air sedikit sambil dikacau hingga adunan licin dan pekat seperti gam. Biarkan 15 minit.
  4. Panaskan minyak, api sederhana. Celup udang dalam adunan hingga tersalut rata, putarkan supaya salutan sedikit tebal.
  5. Goreng secara rendaman udang hingga keperangan.
  6. Angkat dan toskan atas kitchen towel. Sajikan bersama sos cili Thai

Sumber: Eka Zahra dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Udang Goreng Tepung Versi Thai

Bahan-bahan

  • Udang besar (buang kulit, tinggalkan bahagian ekor sahaja)
  • Mauripan 2 sudu kecik
  • Bikarbonat 1 sudu kecik
  • Tepung gandum 1 cawan
  • Air 1cwn
  • Garam

Cara buat Udang Goreng Tepung Versi Thai

  1. Tepung gandum di campur air  letak mauripan serbuk bikarbonat dan perasakan dengan garam.
  2. Selepas itu biarkan selama 10 minit bagi rehat adunan, barulah udang di celur dengan adunan tadi.
  3. Goreng dengsn api yang kecik jangan besar sgt nanti warna tak cntik. Siap.

Sumber: Alfisha Nana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Udang Goreng Tempura

Bahan-bahan

  • Udang
  • Tepung gandum
  • Baking soda
  • Lada sulah
  • Kiub ikan bilis
  • Garam
  • Serbuk breadcrumbs

Cara buat Udang Goreng Tempura

  1. Buang kulit udang kecuali ekor. Basuh dan letak atas tisu, biarkan udang tu kering sekejap..
  2. Sementara tu. ambil tepung gandum, letak sedikit baking soda, lada sulah, suku kiub ikan bilis dan garam secubit.
  3. Tuang air agak sedikit pekat.
  4. Udang yang dah kering sapukan secubit garam lagi.
  5. Kemudian celupkan dalam adunan tepung dan angkat, terus celup ke breadcrumbs.
  6. Goreng dengan api yang slow.
  7. Dah kuning. Sedia di angkat.
  8. Tapi pastikan adunan tepung tu pekat supaya melekat pada udang.

Sumber: Kak Liyana HN dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Senangkan resepi udang goreng tepung ini? Rugi jika anda tak cuba sendiri dirumah.

Jom baca pula resepi udang masak lemak yang power ini.

 

.

 

Leave a Comment