4 Resepi Tomyam Putih (Mudah Nak Buat Tanpa Pes)

Tomyam ada dua jenis iaitu tomyam putih dan tomyam merah. Tomyam putih kurang pedas dan sesuai untuk yang tidak gemarkan makanan pedas, malahan kanak-kanak pun boleh makan. Bahan yang sama cuma tomyam putih tidak menggunakan sebarang pes tomyam. Jom baca resepi tomyam putih yang cukup mudah ini.

1. Resepi Tomyam Putih

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang holland dipotong 6
  • 20 tangkai cili api (diketuk)
  • 1 inci halia (dimayang)
  • 5 ulas bawang putih (dimayang)
  • 3 btg serai  (diketuk)
  • 1 ekor ayam
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji limau nipis (diambil jus)
  • 1 biji limau purut (diambil jus)
  • 1 sb sos ikan
  • 2 batang lobak merah
  • 2 biji tomato
  • Sedikit bunga kobis
  • Garam secukup rasa

Cara buat Tomyam Putih

  1. Tumiskan bawang holland, bawang putih, halia,serai dan cili api.
  2. Masukkan ayam. Kacau sekejap dan masukkan air.
  3. Apabila sudah mendidih masukkan sos ikan dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan sayuran (kecuali tomato). Kemudian masukkan sedikit demi sedikit jus perahan limau nipis dan limau purut.
  5. Masukkan tomato dan daun limau purut. Biarkan seketika dan bolehlah padamkan api. Siap.

Sumber: Zainoor Aliza Ali dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Tomyam Putih Ala Thai

Bahan-bahan

  • Lengkuas 3 keping
  • 3 batang serai dititik
  • Bawang merah 2 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Pati ayam 1 kiub
  • Ayam 10 ketul
  • Cili padi 1
  • Daun limau buang batang tengah
  • Sayur sayuran
  • Tomato 1 biji
  • Limau nipis sebiji
  • Sos ikan
  • Jus limau 3 sudu makan
  • Bawang besar
  • Garam
  • Gula secukup rasa
  • Daun ketumbar

Cara buat Tomyam Putih

  1. Campurkan kesemua bahan dalam periuk.
  2. Letakkan garam, gula dan taburkan daun ketumbar.
  3. Siap.
  4. Hirup dalam mangkuk memang sedap.

Sumber: Nina Pauzi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Tomyam Putih Ayam

Bahan-bahan

  • Air
  • Tomato
  • Serai potong pendek
  • Lengkuas hiris nipis
  • Akar daun ketumbar
  • Ayam sekor potong kecik
  • Cili padi 10 bj
  • Bawang besar hiris nipis
  • Bawang putih hiris nipis
  • 1daun limau purut
  • Sos ikan
  • Kiub ayam 2 bj
  • Air limau nipis 2 bijik
  • Gula 3 sudu beso
  • Baby corn
  • Cendawan
  • Bunga kubis
  • Daun ketumbar
  • Garam secukup rasa

Cara buat Tomyam Putih Ayam

  1. Didihkan air, masuk bahan no 1-5, didihkan sampai tomato hancur sikit (masuk tomato awal sebab nak biar air tomato keluar itu yang buat tomyam sedap).
  2. Selepas itu masukkan bahan no 6-14, didihkan sampai ayam masak.
  3. Kemudian masuk bahan no 15-18, didihkan sampai sayur masak.
  4. Boleh adjust rasa, kalau kurang gula, garam & air limau, boleh masuk lagi, pastikan manis, masam,masin & pedas balance, nak pedas potong cili padi.

Sumber: Normala Angah Mala dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Tomyam Tanpa Perencah (Versi Tumis)

Bahan-bahan

  • 1/2 kg sotng
  • 1 labu bawang putih(cincang)
  • 2bj buah tomato (potong dadu)
  • 4 btg serai (ketuk)
  • Daun limau purut
  • Setengah inci lengkuas (ketuk)
  • Cili padi secukupnya (ketuk)
  • 1/2 cwn susu cair @ secukupnya (optional)
  • Kiub ayam @ secukup rasa
  • Garam dan air limau nipis
  • Cuka ( kalau tak suka lebihkan air limau nipis)
  • Sos ikn (optional)
  • Btg akar ktumbar.
  • Bawang besar
  • Salery

Cara buat Tomyam Tanpa Perencah

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sampai wangi sedikit kekuningan.
  2. Letak serai, daun limau purut, cili padi dan buah tomato.
  3. Kacau tutup sekejap bagi tomato hancur, letak garam, kiub ayam @ secukup rasa  dan cuka.
  4. Masak lama sikit biar sebati ayam dengan perencah.
  5. Tambah air secukupnya, apabila dah gelegak letak lauk, sayur dan secukup rasa masam masin.
  6. Bubuh air limau nipis lebihan daun limau purut cili padi bawang besar dan susu cair, kacau dan tutup api.

Sumber: Tg Khuzanika dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Pasti anda sudah terliur dengan resepi ini. Semoga bermanfaat untuk anda.

Mencari resepi yang mudah? Jom semak di sini

 

 

Leave a Comment