4 Resepi Quesadilla (Makanan Popular Mexico)

Quesadilla merupakan makanan tradisi Mexico. Makanan ini asalnya adalah tortilla jagung yang diisi dengan keju, daging, rempah-ratus dan pelbagai lagi inti. Selain itu juga, resepi quesadilla boleh juga digantikan dari tortilla jagung kepada tortilla tepung gandum. Di Malaysia juga menu ini semakin dikenali.

Jom kami kongsikan resepi tradisi Mexico ini.

1. Resepi Chicken Ham & Cheese Quesadilla

Bahan-bahan

  • 2 keping Mission Wrap
  • 2 keping chicken ham
  • 2 biji telur
  • Cheddar toppings
  • Butter utk masak
  • Pepper

Cara buat Chicken Ham & Cheese Quesadilla

  1. Tebarkan wraps pada pan.
  2. Letakkan telur dan chicken ham di atas wrap tersebut.
  3. Terbalikkan wrap.
  4. Terbalikkan sekali lagi dan letakkan cheese dan pepper di atas wrap.
  5. Siap.

Sumber: Elaine Tan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Quesadilla My Style

Bahan-bahan

Inti

  • 2 keping daging burger dihancurkan kasar
  • ½ batang timun dipotong dadu*
  • ¼ capsicum merah & hijau dipotong dadu*
  • ½ biji bawang besar dipotong dadu*
  • ½ sudu kecil serbuk jintan
  • 2 sudu besar sos korea Adabi
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar minyak masak

Quesadilla

  • 4 keping tortilla.
  • 4 keping cheedar cheese
  • Minyak untuk grill

Cara buat Quesadilla My Style

  1. Tumis bahan yang bertanda * sehingga layu.
  2. Masukkan daging burger goreng sekata.
  3. Masukkan semua jenis sos.
  4. Perasakan dengan serbuk jintan dan kacau sebati.
  5. Tutup api dan masukkan mayonis, kacau sekata.

Quesadilla

  1. Spray/gris minyak atas nonstick pan.
  2. Masukkan ½ bahagian tortilla ke dalam pan.
  3. Letakkan kepingan cheese yg dikoyak kecil.
  4. Letakkan inti dan ratakan.
  5. Koyakkan baki cheese tadi.
  6. Tutup baki bahagian tortilla tadi.
  7. Grill/bakar Quesadilla tadi di kedua-dua  permukaan sehingga sedikit garing utk dapatkan effect rangup.
  8. Dah masak, sejukkan sebentar dan boleh dipotong (jika suka). Sedia untuk dihidang.

Sumber: Eila Rostam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Tortilla Lapis Ayam dan Cheese (Quesadilla)

Bahan-bahan

  • 2 keping tortilla
  • 1 keping dada ayam rebus, dicarik
  • Keju cheddar atau parmesan diparut
  • 1 biji tomato, dipotong nipis
  • 1 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 1 sudu besar mayonis
  • Mayonis dan sos cili

Cara buat Tortilla Lapis Ayam dan Cheese

  1. Ratakan sekeping tortilla dengan sos cili dan mayonis.
  2. Tabur isi dada ayam yang dicarik, tomato dan bawang besar ke atas tortilla.
  3. Tabur keju diatasnya. Ambil sekeping lagi tortilla dan letak diatas sebagai penutup.
  4. Masukkan kedalam oven dan bakar selama 10 minit pada suhu 200C atau sehingga roti keperangan.
  5.  Keluarkan dari oven, dan potong kepada 4 bahagian. Sedia dihidangkan panas-panas.

Sumber: Eny Yusnizar Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Quesadilla Magic

Bahan-bahan

  • 2 keping tortilla
  • Ayam yang di rebus
  • Mozarella cheese
  • Cheese cheddar sauce (optional)
  • 2 sudu besar sos perap bbq magic

Cara buat Quesadilla Magic

  1. Ayam di rebus terlebih dahulu.
  2. Sapukan sos perap di atas tortilla secukup rasa.
  3. Taburkan mozarella cheese.
  4. Taburkan ayam rebus tadi secukup rasa.
  5. Ulang step 3.
  6. Bakar atas pan tanpa minyak dan lipat dua.
    *kalau nak masuk oven/microwave pon boleh*
  7. Tuang/cicah sos cheese.
  8. Siap untuk di makan.

Sumber: Nur Lela dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan nak buat resepi quesadilla ini.

Jom baca pula resepi egg roll yang mudah ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment