7 Resepi Kek Batik (Lembut dan Simple, Ikut Sukatan Cawan)

Terdapat pelbagai resepi kek batik di luar sana. Kami kongsikan beberapa resepi kek batik yang simple dan lembut untuk anda. Anda boleh pilih mengikut citarasa anda seperti boleh gunakan cheese atau tanpa telur.

Selamat mencuba!

1.  Resepi Kek Batik Indulgence Cheese

Resepi kek batik indulgence cheese

Bahan-bahan

  • 450g biskut Marie (patah-patahkan)
  • 250g butter
  • 1 cawan Milo (110g)
  • 3/4 cawan susu pekat manis (190ml@250g)
  • 1/2 cawan serbuk koko (50g)
  • 1/2 cawan air masak (60ml@50g)
  • 1 sk esen vanila

Bahan-bahan lapisan cream cheese

  • 250gram cream cheese
  • 150ml whipping cream (Anchor)
  • 1 sudu besar gelatin + (1/4 cawan air panas @50ml) – kacau sebati
  • 3 sb gula kastor
  • 1 sb susu pekat
  • 1sk esen vanila

Bahan-bahan lapisan coklat

  • 300g milk compound coins (Beryls)
  • 150ml whipping cream (Anchor)
  • 1 sb butter

Cara buat topping lapisan coklat

Double boil semua bahan topping dan kacau sebati.

Double boil ada 3 cara:

  1. Panaskan whipping cream atas dapur, bila dah panas, tuang terus dalam milk compound dan kacau sehingga sebati bersama butter.
  2. Masukkan milk compound, whipping cream dan butter ke dalam microwave. Bila dah panas, coklat akan cair. Buat keluar, kacau bagi sebati.
  3. Ambik air panas semangkuk. Dalam mangkuk lain letakkan whipping cream, milk compound dan butter ke dalam mangkuk yang lebih besar. Letak mangkuk tu atas mangkuk air panas tadi dan kacau sehingga coklat cair (guna bekas tahan panas)

P/S – Nak guna dark compound pun boleh.

Cara buat kek batik

  1. Patah-patahkan biskut Marie.
  2. Dalam kuali, panaskan butter. Gunakan api perlahan supaya butter tak hangit.
  3. Bila butter dah cair, masukkan susu pekat dan kacau sebati.
  4. Masukkan Milo, serbuk koko dan esen vanila. Kacau laju supaya tak berketul, api masih perlahan.
  5. Adunan dah sebati, terus masukkan air masak. Kacau sebati dan terus tutupkan api, tak perlu tunggu mendidih.
  6. Masukkan biskut Marie dan kacau sebati, pastikan semua biskut bersalut.
  7. Lapik loyang 9 inci dengan baking paper. Pastikan baking paper lebih tinggi daripada loyang.
  8. Ratakan kek ke dalam loyang dan tekan hingga padat. Masukkan ke dalam peti ais.
  9. Sebelum buat lapisan cheese, buat dulu air gelatin dengan dicampurkan ke dalam air panas. Kacau sebati dan ketepikan.
  10. Masukkan cream cheese, susu pekat manis, esen vanila, whipping cream dan gula. Mix sehingga adunan menjadi licin dan tak berketul.
  11. Masukkan air gelatin tadi dan mix lagi sehingga sebati.
  12. Tuangkan cheese ke dalam loyang biskut tadi. Tuang di tengah dan ratakan ke tepi. Masukkan semula ke dalam peti ais. Kalau nak cepat masukkan ke dalam freezer.
  13. Double boil lapisan topping, dan boleh tuang ke tengah-tengah kek. Jangan gunakan sudu, cuma sengetkan loyang sahaja supaya lapisan nampak licin. Jika ada buih-buih kecil, cucuk buih dengan lidi.
  14. Sejukkan dalam peti ais semalaman.

Sumber: Ariana Sofia Ahmad dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Kek Batik Melting Ganache Coklat

Resepi kek batik melting

Bahan-bahan

(Loyang 10 inci x 10 inci):

Lapisan Bawah

  • 2 bungkus (600 g) biskut Marie
  • 1 ketul (250 g) mentega
  • ½ cawan air
  • ⅔ cawan susu pekat manis
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1 cawan Milo
  • 2 biji telur
  • 1 sdt pes vanila

Lapisan Atas

  • 1 kotak kecil (200 ml) krim putar tenusu
  • 200 g coklat gelap
  • 200 g coklat susu
  • 2 sdb mentega
  • ½ sdt minyak hazelnut

 

Cara buat kek batik

Lapisan Bawah:

  1. Alas loyang dengan kertas pembakar.
  2. Patah-patahkan biskut Marie.
  3. Cairkan mentega di dalam kuali.
  4. Masukkan air, susu pekat manis, serbuk koko & Milo. Kacau sehingga tidak berketul dengan api kecil.
  5. Masukkan telur & pes vanila. Kacau dengan cepat. Masak seketika sehingga adunan mula mendidih sebelum menutup api.
  6. Masukkan biskut Marie. Gaul rata.
  7. Masukkan biskut Marie ke dalam loyang. Padat-padatkan. Letakkan ke dalam peti sejuk.

Lapisan Atas:

  1. Masukkan coklat, krim putar tenusu, mentega & minyak hazelnut ke dalam mangkuk tahan panas.
  2. Sediakan air panas (simmer) di dalam periuk untuk proses double boil.
  3. Letakkan mangkuk yang berisi coklat ke atas periuk. Biarkan seketika +-2 minit.
  4. Setelah 2 minit, kacau ganache coklat sehingga sebati.
  5. Biarkan ganache coklat dalam keadaan suam sebelum dituang ke atas lapisan biskut.
  6. Sendengkan loyang untuk meratakan coklat & letakkan ke dalam peti sejuk 8-12 jam/ semalaman sebelum dipotong.

Nota:
Potong kek batik dengan menggunakan pisau panjang yang dicelup ke dalam air panas. Lap pisau sehingga kering & potonglah mengikut saiz yang disukai

Sumber: Noor Ashikin Saerah dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Kek Batik Horlicks

Resepi kek batik Horlicks

Bahan-bahan

  • 300g biskut Marie
  • 250g butter
  • 250g susu pekat
  • 200g Horlicks

Cara buat kek batik

  1. Pecahkan biskut Marie dan masukkan ke dalam loyang.
  2. Cairkan butter dalam kuali.
  3. Masukkan susu pekat dan kemudian Horlicks.
  4. Gaul sebati kesemuanya.
  5. Tuang ke dalam loyang biskut Marie.
  6. Gaul dan mampatkan, dah agak sejuk boleh masukkan ke dalam peti sejuk.

Sumber: Elaine Tan dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Kek Batik Simple & Confirm Menjadi

Resepi kek batik simple

Bahan-bahan

  • 1 ketul mentega (Buttercup)
  • 1 cawan susu pekat manis (kalau taknak manis boleh kurangkan)
  • 1 @ 1/2 cawan air panas untuk bancuh Milo
  • 200g Milo
  • 25g serbuk koko
  • 1 paket (300g) biskut Marie

Cara buat kek batik

  1. Cairkan butter di atas api yang sederhana. Kemudian masukkan susu pekat, kacau sebati.
  2. Bancuh Milo dengan sedikit air panas, ini untuk elakkan adunan berketul.
  3. Masukkan bancuhan Milo dan serbuk koko ke dalam butter dan kacau sebati. Tunggu bancuhan pekat sedikit, tutup api dan masukkan biskut Marie yang sudah dipatahkan.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang, mampatkan dan masukkan ke dalam peti.
  5. Boleh dipotong dan dimakan.

Sumber: Nurul Insyirah dari Masak Apa Hari Ni

 

5. Resepi Kek Batik Indulgence

Bahan-bahan

Loyang 7 inci

Lapisan Kek Batik

  • 300g biskut Marie
  • 130g pure butter
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan milo
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu makan peanut butter smooth (tak wajib)
  • 3/4 cawan full cream milk

Lapisan Mousse

  • 250g cream cheese
  • 2sb gula icing
  • 160g dairy whipping cream + 1 sudu makan gula icing
  • 2 titik grapefruit/lemon eo

Lapisan ganache

  • 150g dark cooking chocolate
  • 100g whipping cream
  • 1 sb butter

Cara buat Kek Batik Indulgence

Lapisan kek batik

  1. Cairkan 130g butter di atas kuali dengan api perlahan. Pastikan butter dalam suhu bilik sebelum cairkan.
  2. Bila cair sepenuhnya, tutup api dan masukkan semua bahan kek batik kecuali biskut Marie.
  3. Buka semula api perlahan, kacau semua bahan sehingga sebati dan tidak berketul.
  4. Tutup api, biarkan dalam 2 minit dan masukkan biskut Marie yang sudah dipatahkan. Gaul sebati.
  5. Masukkan kek batik ke dalam loyang dan mampatkan. Sejukkan di dalam peti bahagian chiller dalam sejam.

Lapisan mousse

  1. Putar cream cheese selama 2-3 minit (pastikan cream cheese sudah di dalam suhu bilik)
  2. Masukkan gula icing dan sambung putar dalam 2-3 minit sehingga sebati. Dah sebati ketepikan sekejap.
  3. Pada mangkuk lain, putar dairy whipping cream dan gula icing sehingga kental.
  4. Kaup semula cream cheese tadi dengan whipping cream sehingga sebati menjadi mousse.
  5. Isikan mousse ke atas lapisan kek batik tadi. Ratakan dan setkan selama sejam dalam chiller.

Lapisan ganache

  1. Panaskan whipping cream dan coklat. Bila coklat sudah separa cair, tutup api dan kacau sebati.
  2. Masukkan butter dan kacau. Biarkan selama 10 minit.
  3. Tuangkan ganache ke dalam loyang.
  4. Sejukkan semalaman dan sedia dihidang.

Tips:

  1. Alaskan loyang dengan baking paper.
  2. Celup pisau ke dalam air panas sebelum potong. Setiap kali potong lap pisau dan celup air panas lagi. Hasil potongan akan lagi cantik.

Sumber: Rumeyz Made dari Masak Apa Hari Ni

 

6. Kek Batik Cheese

Bahan-bahan

Loyang 10×10

Lapisan kek batik

  • 250g Planta
  • 250g Milo/Vico/Coco
  • 15g serbuk koko
  • Susu pekat ikut manis anda
  • 1 1/2 paket biskut Marie
  • 50ml susu segar
  • Cheddar cheese (parut)

Lapisan topping

  • 250g dark compound coin Beryl’s
  • 100g Cadbury
  • Whipping cream
  • Susu segar

Cara buat Kek Batik Cheese

  1. Cairkan Planta. Masukkan susu pekat, Milo, serbuk koko dan susu segar.
  2. Kacau sebati hingga adunan mesra.
  3. Patah-patahkan biskut Marie, masukkan ke dalam adunan dan gaul sebati.
  4. Masukkan dalam bekas lain dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam.
  5. Double boil bahan lapisan topping.
  6. Tuangkan ke atas kek batik dan sejukkan.
  7. Potong kecil dahulu, baru parut cheese ke atas kek batik. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Sufie Adiela dari Masak Apa Hari Ni

 

7. Resepi Kek Batik Tanpa Telur

Bahan-bahan

  • 1 ketul Buttercup
  • 1 cawan susu pekat manis (taknak manis boleh kurangkan)
  • 1 @ 1/2 cawan air untuk bancuh Milo
  • 200g Milo
  • 25g serbuk koko
  • 1 paket biskut Marie

Bahan topping/ choc ganache

  • 1 cawan whipping cream
  • 200g choc compound
  • 1 sb butter

Cara buat Kek Batik Tanpa Telur

  1. Cairkan butter atas api sederhana. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
  2. Bancuh Milo dengan air panas. Masukkan ke dalam adunan dan kacau lagi. Tunggu pekat dan tutup api.
  3. Masukkan biskut Marie yang sudah dipatahkan. Gaulkan bagi rata.
  4. Lapik loyang 10 inci dengan plastik dan tuang adunan kek batik ke dalam loyang. Tekan kek batik sehingga rata dan sejukkan.
  5. Double boil bahan-bahan topping dan tuang ke atas kek batik tadi, ratakan.
  6. Sejukkan dalam peti ais selama 5 jam dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Noorul Izzah Marzuki dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian dari kami resepi kek batik untuk anda. Semoga bermanfaat!

Jika anda minat dengan manisan, kami juga ada kongsikan resepi puding roti , kek coklat moist, kek pisang dan macam-macam lagi yang anda boleh cuba. Kalau minat donat gebu, anda pun boleh cuba juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment