4 Resepi Vietnam Roll (Cara Buat Sos Popia Sedap)

Bagi yang rindukan jalan-jalan di Vietnam, jom cuba resepi Vietnam Roll ini. Walaupun agak leceh dan menguji kesabaran, hasilnya memang sangat memuaskan hati. Sos pencicah juga memainkan peranan penting dalam masakan spring roll ini.

Kami kongsikan beberapa jenis resepi Vietnam Roll untuk anda cuba. Terdapat juga resepi lain di sini.

1. Resepi Vietnam Roll

Resepi Vietnam Roll Simple

Bahan-bahan Vietnam Roll

  • Rice paper
  • Stick Crab/udang
  • Mee hoon/soon
  • carrot
  • Timun
  • Salad

(Carrot, udang, stick crab, mee hoon direbus, dan timun salad dicuci bersih)

*Gunakan air masak biasa untuk basahkan rice paper

 

Cara penyediaan vietnam roll

  1. Basahkan rice paper depan dan blakang, jangan basahkan terlalu lama, cukup hanya 5 saat sahaja. Kalau basahkan terlalu lama nanti rice papernya hancur/susah untuk digulung.
  2. Letakkan rice paper tadi atas dulang/pinggan yang leper untuk memudahkan proses menggulung.
  3. Letak salad, timun, carrot dan mee hoon tadi. Gulung sedikit, kemudian letak stick crab/udang dan lipat belah kiri & kanan rice paper supaya terlihat kemas dan gulung sehingga habis.
  4. Buat perkara yang sama sehingga habis.

*Cara gulung vietnam roll sama seperti gulung popia biasa, cuma kena hati-hati ketika basahkan rice paper.

TIPS : Kalau taknak vietnam roll terlekat antara satu sama lain, setiap kali selesai 1, balutkan vietnam roll dengan plastik.

 

Bahan-bahan untuk sos pencicah

  • Bawang putih – 2ulas
  • Cili merah – 5 batang
  • Sos ikan – 1 sudu kecil
  • sos chili thai – 2 sudu besar
  • Air limau – 1 sudu kecil
  • gula & perasa (ikut selera masing-masing)
  • Tepung jagung
  • Air sedikit

 

Cara buat sos pencicah

  1. Bawang putih dan cili merah dicincang.
  2. Masukkan bawang putih dan cili merah tadi ke dalam periuk dengan api yang sederhana.
  3. Masukkan pulak sos chili thai, sos ikan dan air limau.
  4. Selepas masukkan bahan tadi letak sedikit air untuk sos kita tu berkuah sikit.
  5. Kemudian boleh masukkan tepung jagung yang dah dibancuhkan air untuk memekatkan sos, kalau taknak letak pon takpe, ikut selera masing-masing.
  6. Akhir sekali, letak gula & sedikit perasa ikut selera.
  7. Dah siap, boleh lah makan vietnam roll dgn sos tadi.

Sumber: Faziera Ahmad dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Vietnam Roll Sedap

Resepi Vietnam Roll sedap

Bahan-bahan vietnam roll

    • Carrot
    • Timun
    • Isi ketam
    • Udang

 

Bahan-bahan sos pencicah

  • Cili besar
  • Cili api
  • Bawang putih (kisar)
  • Sos cili Thai
  • Sos cili
  • Gula kelapa
  • Garam
  • Jus limau kasturi (boleh ganti cuka)
  • Sunquick (optional)
  • Air rebusan udang/ sos ikan (boleh guna udang kertas kisar)
  • Sos tiram/ pati ikan bilis
  • Tepung jagung
  • Bijan
  • Daun ketumbar

 

Cara buat sos pencicah

  1. Masak kesemua bahan dan kacau sehingga mendidih.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung, bijan dan daun ketumbar.
  3. Nak lagi marvellous tambah kacang tanah kisar sampai keluar minyak atau nak senang guna chrunchy peanut butter.

 

Tips elak roll koyak/pecah

  1. 1 keping rice paper potong kepada 4 atau 5 bahagian kecil.
  2. Selepas siap gulung roll.
  3. Ambil 1 bahagian kecil yang telah dicelup air, balutkan bahagian tengah roll.
  4. Boleh juga 1 bahagian kecil tu dipotong lagi kepada 2 supaya senang nak tepek di bahagian tengah kiri dan kanan.

 

Tips carrot dan timun rangup

Rendam sekejap carrot dan timun yang telah dipotong dalam air beralkali.

 

Sumber: Bonda Aiman dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Vietnam Roll Mudah

Resepi Vietnam Roll mudah dan simple

Bahan-bahan vietnam roll

  • Rice paper
  • Isi udang (celur/rebus sekejap)
  • Isi ketam (celur/rebus sekejap)
  • Suun (celur/rebus sekejap)
  • Lobak merah (rebus sekejap)
  • Timun
  • Kobis
  • Salad
  • Tomato
  • Sos thai + kacang tanah + limau nipis + daun ketumbar

 

Cara buat vietnam roll dan sos pencicah

  1. Basahkan rice paper dengan air suam, sekejap sahaja.
  2. Gulung bahan-bahan yang sudah direbus.
  3. Untuk sos pencicah, campurkan sahaja bahan-bahan sos.

 

Sumber: Wany Lifa dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Vietnam Roll Confirm Sedap

Cara buat Vietnam Roll yang sedap

Bahan-bahan vietnam roll

    • Kulit vietnam spring rolls secukupnya
    • Salad
    • Timun batang (sagat memanjang)
    • Carrot (sagat menanjang)
    • Bihun @ suhun (celur)
    • Udang (celur)
    • Crab stick (celur)

Bahan-bahan sos pencicah

  • Separuh ketul nisan@gula melaka
  • 5 cawan air
  • 3-4 sudu besar penuh tepung jagung (kacau dengan sedikit air)
  • 3-4 biji cili api merah yang pedas banyak biji (cincang halus)
  • 3 senduk kecik sos plum
  • 3 senduk kecik sos cili thai
  • 2 senduk kecik jus limau siam dlm botol
  • 7-9 sudu besar penuh gula
  • 2-3 sudu kecik garam
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)

Cara buat vietnam roll

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali tepung jagung.
2. Dah mendidih masukkan tepung jagung. Kacau sehingga pekat.
3. Rasa masam, masin, manis, pedas. Biar secukup rasa.

Cara gulung vietnam roll

1. Celup kulit popia ke dalam air suam sekejap terus angkat.
2. Letakkan salad dahulu sebagai alas, kemudian baru bahan lain.
3. Akhir skali letak crab stick dan udang.
4. Gulung seperti gulung popia biasa.

 

Sumber: Nor Aziela Azhari dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi Vietnam Roll dari kami. Tak kisahlah anda eja Vietnam atau Viatnam Roll, yang penting boleh jimat dan kenyang.

Resepi ini juga anda boleh guna sekiranya ingin berniaga. Anda boleh bereksperimentasi juga dengan membuat sos hijau Vietnam Roll sendiri.

Selamat mencuba!

Leave a Comment