6 Resepi Susu Kurma (Sesuai di Bulan Puasa dan Ibu Menyusu)

Seperti yang kita tahu, kurma merupakan antara superfood yang sangat elok dimakan dalam semua golongan usia. Kurma merupakan pembekal tenaga yang baik di samping mempunyai pelbagai jenis zat dan nutrien. Tetapi awas ya jika anda penghidap kencing manis kerana kurma mengandungi gula yang tinggi. Kebiasaannya pada bulan puasa ramai yang mengamalkan susu kurma untuk tenaga, nak beli stok untuk sebulan kadang-kadang memakan kos tinggi juga. Jadi, kami kongsikan resepi susu kurma untuk anda.

Jom kita tengok.

1. Resepi Susu Kurma Pisang

Bahan-bahan

  • 13 biji kurma
  • 5 biji pisang
  • 1 kotak susu segar
  • 1/2 cawan oat

Cara buat susu kurma

  1. Buang biji kurma dan carikkan isinya. Rendam di dalam setengah cawan air masak sehingga kurma kembang.
  2. Kisar kurma bersama pisang, oat dan susu segar. Sedia untuk diminum.

Sumber: Hasliza Teeja dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Susu Kurma Milkshake

Bahan-bahan

  • 7 biji kurma
  • 1 cawan air suam
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan oat

Cara buat susu kurma

  1. Campurkan oat dengan susu dalam 1 bekas. Rendam dalam peti sejuk semalaman.
  2. Buangkan biji kurma dan rendam di dalam air suam. Kemudian simpan dalam peti semalaman.
  3. Kisar bersama dan boleh dinikmati.

Sumber: Nurazwani Jaafar dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Susu Kurma Badam Madu

Bahan-bahan

  • 2 cawan susu full cream/fresh milk/low fat
  • 1 genggam kacang badam
  • Buah kurma bilangan ganjil
  • 3 sudu makan madu

Cara buat susu kurma

  1. Rendam kacang badam sekurang-kurangnya selama 5 jam atau semalaman.
  2. Buang biji kurma dan rendam juga.
  3. Kisar badam yang direndam bersama airnya sehingga lumat.
  4. Tapis dan ambil airnya sahaja.
  5. Kisar semula air bersama kurma, susu dan madu sehingga lumat dan tapis jika mahu.
  6. Masukkan ke dalam botol kaca dan sejukkan. Sedia untuk diminum.

Sumber: Fatimah Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Jus Susu Kurma

Bahan-bahan

  • Kurma
  • Gula
  • Air

Cara buat jus susu kurma

  1. Kurma buangkan biji.
  2. Masak dengan gula dan air.
  3. Dah sejuk kisar sampai halus.
  4. Simpan dalam peti ais.
  5. Bila nak minum campurkan ais atau susu.

Sumber: Mar Rahmat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

5. Resepi Susu Kurma (3 Bahan)

Bahan-bahan

  • Kurma 5 biji.
  • Air masak setengah cawan.
  • Susu segar satu cawan.

* Bilangan kurma bergantung ikut citarasa sendiri , sebaiknya dalam bilangan ganjil.

Cara buat susu kurma

  1. Kurma dibuang biji dan isinya kita carik-carikkan. Rendam dalam setengah cawan air masak.
  2. Biarkan rendam sampai kurma kembang. Rendam sebelum tidur lepas sahur untuk minum ketika sahur esoknya.
  3. Bila kurma dah kembang boleh blend dgn secawan susu segar. Minum ketika penutup sahur.

Jangan lupa selawat keatas Nabi dan mohon Allah permudahkan puasa kita. InsyaAllah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari.

Sumber: Cik Aien dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

6. Resepi Susu Kurma Badam Madu

Bahan-bahan

  • 2 cawan susu full cream/fresh milk/low fat
  • Segenggam kacang badam (rendam dengan air sekurangnya 5 jam) biasanya rendam pada waktu malam.
  • Buah kurma dalam bilangan ganjil tak kisah berapa pun. Perlu direndam juga dgn air dan jangan lupa buang biji nya.
  • 3 Sudu makan madu

Cara buat susu kurma badam madu

  1. Kisarkan badam yang direndam bersama air. Kisar sehingga lumat dan tapis ambik jus/airnya. Serdak atau hampas jangan dibuang boleh buat scrub kat muka.
  2. Seterusnya blend smula jus/air badam tadi bersama kurma,susu dan madu.
  3. Kisar sehingga lumat dan boleh tapis sekali lagi kalau nak.
  4. Masukkan susu yang dah siap ke dalam botol kaca dan sejukkn dalam chiller. Kalau suka susu suam boleh panaskan diatas dapur.

Optional: Kalau ada serbuk kayu manis boleh masukkan sedikit campur bagi yang suka.

Sumber: Fatimah Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Bila waktu puasa susu kurma memang jadi pilihan, ini kerana cukup dengan minum susu kurma sahaja boleh buat kita bertahan sampai berbuka nanti dan juga membekalkan tenaga. Kali ini kami akan kongsikan beberapa resepi susu kurma yang juga sesuai untuk ibu menyusu dan hamil.

Mudah sahaja sebenarnya untuk membuat susu kurma ini. Jimat pun boleh jimat. Selepas ini, anda boleh buat sendiri di rumah menggunakan bahan yang memang ada di dapur.

Jika anda ingin diet, di sini kami ada kongsikan juga resepi overnight oat untuk anda.

Semoga perkongsian resepi susu kurma ini memberi sedikit idea untuk anda mencuba di rumah.

Nak kan lagi pelbagai resepi? Jom baca pelbagai resepi masakan Melayu dan western untuk anda yang kami sediakan ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment