4 Resepi Mee Kuning (Homemade & Aneka Masakan)

Mee kuning seringkali menjadi menu ringkas jika menerima tetamu atau makanan harian jika berasa muak dengan nasi. Mee kuning boleh di masak dengan pelbagai cara masakan yang enak. Artikel kali ini kami bawakan resepi mee kuning untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Mee Goreng Daging Basah

Bahan-bahan

  • Mee kuning 1 bungkus (basuh)
  • Daging
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Cili api -ikut kepedasan-
  • (Blender) nak sedap blend guna air rebusan daging
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Telur
  • Sawi
  • Taugeh
  • Fishball

Cara buat Mee Goreng Daging Basah

  1. Tumis bahan blender sampai naik minyak masukkan sos cili,vsos tiram, kicap manis dan sedikit air rebusan daging, masak kejap.
  2. Selepas itu, masukkan daging dan fishball, biarkan masak kejap.
  3. Kemudian pecah telur, agak telur dah masak baru masukkan mee dan sayur.
  4. Kacau dan masukkan air rebusan daging sikit ikut nak basah atau nak basah banjir.
  5. Letak perasa, garam ikut suka.
  6. Kacau lagi ikut sesedap rasa nak kacau lama mana tapi jangan lama sangat, manti mee kembang tak sedap.

Sumber: Eyka Hewitt dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Mee Kuning (Homemade)

Bahan-bahan

  • 300 gm/+-2 1/2 cawan tepung high protein
  • 25 gm/ +-2 sb tepung ubikayu
  • 1 sudu teh garam*
  • 1 sudu teh serbuk kunyit*
  • 3/4 cawan air*
  • 1 sudu minyak masak*
  • 1 biji telur*

Cara buat Mee Kuning (Homemade)

  1. Masukkan bahan kering kedalam bekas.
  2. Campur bahan bertanda* dalam gelas dan kacau.
  3. Tuang bahan cecair kedalam bekas tepung. Gaul sebati dan uli hingga licin.
  4. Ketepikan.Ambil acuan maruku,sapu minyak..
  5. Panaskan air + minyak sikit,masak hingga mendidih dalam kuali atau periuk.
  6. Masukkan doh mee kedalam acuan dan pusinglah..biar mee jatuh dalam air panas.
  7. Masak hingga mendidih dan mee timbul.
  8. Angkat dan tapis,lalukan bawah air paip sekejap..untuk buang kanji.
  9. Dan masukkan kembali dalam penapis,tuang minyak masak dan gaul mee rata-rata.
  10. Siap!

Sumber: Balkhais Rifaie dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Mee Jawa

Bahan-Bahan

  • 1 kg mee kuning (dicelur)
  • 1/2 kg. daging (rebus lembut dan hiris nipis)
  • 300 gm tauge (buangkan kakinya)
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 5 biji cili merah (dihiris)
  • 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
  • 3 biji telur rebus (dibelah)
  • 3 biji limau nipis (dibelah)
  • Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah

  • 1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 batang serai mesin halus
  • Sedikit halia
  • sedikit lengkuas
  • 100 gm udang kering
  • 2 s/b cili kisar
  • 3 s/b serbuk kari daging
  • Air rebusan daging
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula

Cara buat Mee Jawa

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
  2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
  3.  Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
  4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

Sumber: Hairul Nizam Ijam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Mee Kuah Kelantan

Bahan-bahan

  • Potongan ayam
  • Mee kuning yang dicelur sekejap
  • Sawi
  • Telur
  •  Asam keping
  • Bawang putih

Cara buat Mee Kuah Kelantan

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih.
  2. Masukkan ayam. Goreng sekejap.
  3. Masukkan air. Boleh masuk kiub ayam jika suka. Lada sulah masukkan asam keping.
  4. Tunggù ayam masak dan kuah mendidih masukkan sayur dan telur.
  5. Perasakan garam. Tutup api.
  6. Siap curahkan sup dalam mangkuk mee.

Sumber: Nur Aida Md Zainudddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Banyak rupanya kan boleh buat dengan mee kuning ini. Jangan lupa cuba!

Jom baca resepi bihun dan mee suah pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment