4 Resepi Kangkung (Sedap Masak Apa?)

Kangkung merupakan sayur yang menjadi kegemaran ramai orang. Paling sedap bila digoreng belacan. Selain daripada itu, banyak lagi cara masakan dari sayur kangkung ini. Ini koleksi resepi kangkung untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Kangkung Goreng Belacan

Bahan-bahan

  • Kangkung seikat
  • 5 biji cili merah
  • 4 biji cili hijau kecil
  • 4 biji bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • Sedikit belacan
  • Sedikit ikan bilis
    *tumbuk semua bahan di atas sampai agak2 lumat

Cara buat Kangkung Goreng Belacan

  1. Panaskan minyak dalam kuali, masuk bahan tumbuk tadi.
  2. Tambah dua sudu besar sos tiram.
  3. Kacau dan tambah air sikit.
  4. Masukkan kangkung.
  5. Kacau dan perasakan dengan garam sikit, aji sikit.

Sumber: Sharina Bidin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sotong Kangkung

Bahan-bahan

  • 2-3 ekor sotong kembang
    (Cuci & potong kecil, rebus dalam 10-15 minit , toskan)
  • 1 kilo kangkung
    (Siang kangkung, cuci bersih tapis, celur 7-8 minit dalam air panas, toskan)
  • 1botol kecil sos plum / tak kiralah jenama apapun
  • 5-6 sudu makan petis
  • 1 biji limau kasturi
  • 5-6 sudu makan kacang tumbuk halus
  • 1 sudu gula
  • 2 sudu kecil cili tumbuk / lebih pun boleh

Cara buat Sotong Kangkung

  1. Campurkan sos plum, petis , gula, cili tumbuk dalam sebuah mangkuk.
  2. Kacau hingga sebati dan perahkan sikit asam limau.
  3. Letakkan kangkung dan sotong dalam bekas lain, tuangkan sos campur tadi.
  4. Taburkan serbuk kacang di atasnya dah siap.

Sumber: Rosilawati Masri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kangkung Goreng Taucu

Bahan-bahan

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Taucu 1camca besar
  • Kangkung

Cara buat Kangkung Goreng Taucu

  1. Tumbukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi.
  2. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi. Tambahkan 1 camca besar taucu masin, kacau rata.
  3. Kemudian masukkan kangkung. Kacau sebati, masukkan sedikit air dan perasakan garam gula.
  4. Tak perlu tambah garam jika dah sesedap rasa sebab taucu dah masin. Ikut selera memasing.

Sumber: CikPuan SitiMasitah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Cucur Kangkung

Bahan-bahan

  • Kangkung potong
  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Cili kering dalam 2 senduk
  • 1/2 kg udang kering*
  • 5 biji telur
  • 3kg tepung gandum
  • Garam, gula, perasa

Cara buat Cucur Kangkung

  1. Semua bahan-bahan yang bertanda** blender dengan 1 cawan air.
  2. Selepas itu, letak tepung bancuh sekali dengan semua bahan yang lain.
  3. Agak-agak  jangan cair sangt biar senang nak mengoreng.

Sumber: Siti Mariam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Banyak rupanya kan boleh buat dengan kangkung. Jangan lupa cuba.

Jom semak resepi sawi, pak choy dan sayur-sayur lain.

Selamat mencuba!

Leave a Comment