4 Resepi Sayur Pak Choy (Simple & Sedap)

Sayur pak choy adalah resepi sayur yang paling simple nak buat. Bahan pun tak banyak nak pakai. Paling penting anak-anak pun boleh makan. Kalau nak cepat memasak, boleh cuba resepi sayur pak choy ini.

Jom kita try!

1. Resepi Sawi Pak Choy Sos Tiram

Bahan-bahan

  • 10btg sawi pak choy
  • 2 ulas bwg putih
  • 1/2 inci halia
    *potong dadu kecil@racik halus
  • 2 sb sos tiram
  • Sdkit lada hitam
  • Sdkit garam
  • 1 sk tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

Cara buat Sawi Pak Choy Sos Tiram

  1. Basuh bersih sawi & celurkan sekejap, angkat & letak dalam bekas isi air sejuk (supaya sawi kekal segar & rangup) biar  2minit & toskan.
  2. Tumis lada & halia hingga sedikit kekuningan, masukkan sedikit air.
  3. Masukkan sos tiram, lada hitam, garam kacau sebati, last masukkan 2sb tepung jagung (untuk pekatkan kuah) mendidih tutup api & tuang atas sawi.

Sumber: Nieyna Alias dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Pak Choy Ala Chicken Rice Shop

Bahan-bahan:

  • Sayur Pak Choy
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3sudu kicap mania/pekat
  • 10 ulas bawang putih – diracik halus
  • 5 sudu minyak bijan (minyak biasa pun boleh)
  • Semangkuk air

Cara buat Pak Choy Ala Chicken Rice Shop

  1. Panaskan air dalam kuali letak sedikit minyak dan garam, rebus sayur untuk 1 minit angkat dan toskan susun dalam pinggan.
  2. Dalam kuali lain panaskn minyak, masukkan bawang putih yang dah dicincang halus goreng hingga garing dan ketepikan sebentar.
  3. Dalam kuali bekas goreng bawang putih tadi masukkan sedikit sos tiram, kicap pekat/manis letakkan air sikit demi sikit, kuah jangan pekat sangat jangan cair sangat.
  4.  Tuang atas sayur tadi then tabur bawang goreng, siap.

Sumber: Mawar Merah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Pak Choy

Bahan-bahan

  • Pak Choy
  • Bawang putih 4 ulas (hiris nipis)
  • Bawang merah sebiji (hiris nipis)
  • Sos tiram
  • Tomato Ceri 2, 3 biji (belah 4)
  • Cabai benggala (potong memanjang)

Cara buat Pak Choy

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
  3. Masukkan sos tiram.
  4. Masukkan Pak Choy.
  5. Masukkan sedikit air.
  6. Biarkan masak sekejap Pak Choy.
  7. Masukkan tomato ceri dan cabai benggala.
  8. Tuang atas pinggan tabur bawang goreng.

Sumber: Nur Sakinah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Fries Pak Choy

Bahan-bahan

  • 2 biji kentang (rebus,lenyek)
  • 2 sudu tepung jagung
  • Carrot
  • Sayur bok choy/pak choy

Cara buat Fries Pak Choy

  1. Gaul semua.
  2. Bentukkan ikut citarasa masing.
  3. Sesuai untuk resepi baby.

Sumber:NurAsikin Md Noor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan resepi Pak Choy ini, kalau anda nak cepat buat sahaja resepi ini.

Jom semak pula resepi sayur kailan ikan masin dan resepi sayur yang lain.

Selamat mencuba!

Leave a Comment