4 Resepi Sotong Kering (Ada Pelbagai Cara Masakan)

Sotong kering ada dua jenis, satu yang bersaiz besar satu lagi bersaiz kecil dipanggil cumi-cumi. Tak semua orang tahu cara masak sotong kering ini. Kami nak kongsikan resepi sotong kering, idea untuk masakan anda.

Jom kita try!

1. Resepi Sambal Sotong Kering

Bahan-bahan

  • Sotong kering 500grm (rebus 45 min dan toskan)
  • Cili kering 15 tangkai
  • Bwg kecik 5 ulas
  • Bwg putih 3 ulas
  • 1biji bwg besar
  • Belacan
  • Air asam
  • Sedikit santan
  • gula
  • garam
  • 1 ketul pati ayam knorr

Cara buat Sambal Sotong Kering

  1. Blend cili, bawang kecik, bawang putih dengan belacan.
  2. Panaskan minyak tumis sampai pecah minyak masak bagi lama sikit sambal.
  3. Masukkan sotong, air asam, santan, garam gula dan pati ayam.
  4. Masak sampai kuah pekat, kemudian masukkan sebiji bawang besar.
  5. Siap untuk di hidang kan.

Sumber: Siti Fatimah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Cumi-Cumi Sambal Kari

Bahan-bahan

  • Sotong segar
  • 4 sb cili kisar
  • 2 sb rempah kari ikan
  • 1 batang serai diketuk
  • Garam & gula
  • 5 ulas bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara buat Cumi-Cumi Sambal Kari

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar.
  2. Masukkan cili kisar dan rempah kari yang dibancuh sedikit air serta daun kari.
  3. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Tuangkan sedikit air asam jawa.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masukkan sotong, gaul balikkan hingga sebati. Jangan terlalu lama takut sotong jadi liat.

Sumber: Fatin Farhanah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sambal Cumi-Cumi Seafood Kantan

  • 100 gram cumi (sotong kecik masin) rendam semalaman dengan air kosong, bersihkan dalaman dia
  • 100 gram isi kepah
  • 30 gram belacan
  • 1 batang bunga kantan saiz besar
  • 100 gram isi tenggiri jeruk
  • 500 gram bawang merah
  • 10 ulas bawang putih kecil
  • 5 biji tomato sederhana besar
  • 5 tangkai cili merah besar
  • 3 sudu makan Ibu Sambal (boleh ganti dengan cili pedas)
  • 2 sudu makan Minyak Cili (masuk lagi sedap.Tak masuk takpa)
  • Sedikit gula

Cara buat Sambal Cumi-Cumi Seafood Kantan

  1. Dalam kuali, goreng bunga kantan, bawang merah, tomato, belacan, tenggiri jeruk, belacan dan cili besar. Bila semua dah lembut, masukkan dalam chopper semua. Guna minyak banyak sikit menggoreng. Nanti kita keluarkan balik.
  2. Tumis balik dalam minyak yang sama. Api kecil. Masukkan isi kepah cumi yang dibersihkan bersama ibu sambal dan minyak cili.
  3. Masak hingga pecah minyak berulang kali. Bagi sedap. Seimbangkan rasa dengan tambah gula sikit. Garam tak perlu.
  4. Guna kertas serap minyak dan keluarkan lebihan minyak. Siap.

Sumber: Ben Safwan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Cumi-Cumi Goreng Kunyit Berkuah

Bahan-bahan

  • 1kg cumi-cumi
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 7 tangkai cili api
  • Kobis
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 asam keping
  • Garam, gula
  • Sedikit minyak

Cara buat Cumi-Cumi Goreng Kunyit Berkuah

  1. Panaskan minyak. Masukkan cumi-cumi yang telah dibersihkan.
  2. Tambah serbuk kunyit dan asam keping.
  3. Masak hingga air cumi-cumi kering sedikit. Jangan tambah air ye.
  4. . Masukkan bawang, cili api dan kobis.
  5. Perasakan garam dan gula. Siap.

Sumber: Latipah Nawawi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Unik kan resepi yang kami kongsikan ini. Jika anda rasa menarik jangan lupa cuba ya.

Jom lihat juga resepi ketupat sotong ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment