4 Resepi Ketupat Sotong (Rasa Lemak Manis Yang Lazat)

Resepi ketupat sotong ini amat popular di Kelantan dan Terengganu. Tapi berbeza dengan cara penyediaanya, Ketupat sotong kelantan agak sedikit manis, manakala ketupat sotong Terengganu tidak manis tapi masih mengekalkan rasa yang sama. Jom baca resepi yang kami kongsikan ini.

Jom try!

1. Resepi Ketupat Sotong By CW

Bahan-bahan

  • Beras pulut
  • Sotong
  • Santan
  • Garam
  • Daun pandan
  • Gula melaka

Cara buat Ketupat Sotong By CW

  1. Rendam beras pulut dengan santan dan gram sikit 1jam.
  2. Isi separuh sotong (kalau penuh nanti pecah)
  3. Pakai pencukil gigi buat bentuk ❌ untuk mengelak pulut keluar.
  4. Susun daun pandan dan gula melaka. Susun sotong atas daun pandan.
  5. Letak santan (jangan letak air) sebab sotong ada air dia sendri.
  6. Masak api sederhana, gelegak tutup kuali biarkan dengan api kecil tunggu sampai kuah pekat (ambil masa sikit)

Sumber: Wulan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ketupat Sotong Kelantan

Bahan-bahan

  • Sotong
  • Beras pulut
  • Santan
  • Gula melaka
  • Gula pasir
  • Daun pandan
  • Garam

Cara buat Ketupat Sotong Kelantan

  1. Bersihkan sotong. Badan sotong diasingkan dari kepala. Buang mata & mulut sotong.
  2. Rendam beras pulut selama 1 jam kemudian toskan.
  3. Masukkan beras pulut kedalam sotong (3/4 dari badan sotong) .
  4. Kemudian masukkan kepala sotong sehingga tidak nampak matanya dan seterusnya cucukkan dengan lidi pecungkil gigi di pangkal sesungutnya dan pastikan kepala sotong itu dicucuk dengan kemas. Sila berhati-hati ketika mencucuk lidi.
  5. Aturkan sotong yang telah siap disumbat dengan beras pulut kedalam periuk. Masukkan santan, daun pandan, gula melaka, sedikit garam dan gula pasir.
  6.  Tutup periuk dan masak dgn api sederhana. Tunggu sehingga kuah menjadi pekat. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba.

Sumber: Azrimah Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ketupat Sotong Terengganu

Bahan-bahan

  • 1 kg sotong (sederhana besar) – dibuang kulitnya
  • 200 gram beras pulut – direndam dengan 2 cawan santan selama 1 jam
  • 3 cawan santan pekat – untuk kuah
  • Sedikit halba
  • 2 cm halia – dimayang
  • 3 ulas bawang merah – dimayang
  • 2 batang serai
  • Gula, garam dan perasa.
  • Lidi yang mencukupi

Cara buat Ketupat Sotong Terengganu

  1. Masukkan beras pulut 3/4 ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi dihujung kepala sotong. Ketepikan.
  2. Masukkan sotong ke dalam periuk bersama 4 cawan air.
  3. Kemudian masukkan bawang, halba, halia, garam dan gula serta santan pekat dalam periuk.
  4. Kacau atas api yang sederhana sehingga sotong masak. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Arina Rifin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ketupat Sotong Mudah

Bahan-bahan

  • Sotong (seeloknya saiz sederhana dan bukan sotong jarum)
  • Santan
  • Pulut
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit Halba
  • Halia (mayang)
  • Bawang merah (mayang)
  • lidi @ btg pencungkil gigi

Cara buat Ketupat Sotong Mudah

  1. Basuh sotong bersih dan buang kulit kalau tak nak kuah jadi merah.
  2. Basuh toskan beras pulut.
  3. Masukkan beras pulut kedalam perut sotong tapi jangan banyak jangan lebih separuh sebb nanti pulut nak mengembang dalam, sepitkan mulut sotong dengan lidi supaya pulut tak keluar nanti.
  4. Panaskan santan yang dicampur dengan halia, halba dan bawang. Api perlahan.
  5. Agak dah nak masak, masukkan garam secukup rasa.
  6. Siap.

Sumber: Aniza Mustafa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Tak perlu lagi nak ke Kelantan atau Terengganu jika ingin merasa resepi mereka, anda pun boleh buat sendiri.

Jom baca resepi dari Pantai Timur ini resepi ketupat dakap.

Selamat mencuba!

 

Leave a Comment