4 Resepi Kurma Telur (Kuah Pekat Dan Likat)

angan risau jika telur sahaja yang ada di rumah anda, telur boleh dimasak dengan pelbagai juadah yang mudah dan enak. Apa kata kalau kita cuba kurma telur pula sebab auk kurma kambing dan kurma ayam itu biasa. Perkongsian kami kali ini ialah resepi kurma telur yang merupakan lauk favorite anak-anak.

Jom kita try!

1. Resepi Kurma Telur

Bahan-bahan

  • 10 biji /butir telur direbus 
  • 4-5 bj kentang
  • 3 cwn santan dari 1 biji kelapa parut (kelapa parut kisar dengan 3 cawan air perah amik santannya)
  • 10biji padi hijau jangan buang tangkai (hiasan)
  • 2 pcs cili merah potong serong (hiasan)
  • 2 1/2 senduk minyak masak (untuk menumis)
  • 3-4 pcs bunga lawang
  • 1 bj bawang besar (hiris)
  • 5 ulas bawang putih (hiris)
  • Sebesar ibu jari halia ( hiris)

Bahan pes

  • 3 paket kecil rempah kurma
  • 1 sdb rata garam
  • 1/2 sdt bahan perasa (ajinomoto)
  • 1 pcs asam keping
  • 3 tangkai daun kari (ambil daun)
  • 1 cawan air
    (Kacau semua bahan ini jadikan pes)

Cara buat Kurma Telur

  1. Panaskan minyak masak tumis bunga lawang, kayu manis dan bahan hiris hingga naik bau.
  2. Masukkan pes kurma tumis hingga betul naik minyak.
  3. Masukkan kentang gaul sebati bila kentang dah mula lembut masukkan santan dah mendidih ganas masukkan telur.
  4. Masukkan cili padi hijau dan cili merah dah pekat sesuaikan rasa dan siap.

Sumber:Mariana Zainal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kurma Telur Bersama Kentang dan Tau Kua

Bahan-bahan

  • 8 biji telur direbus
  • 8 sudu besar serbuk kurma+1 sudu kecil serbuk sup+½ cawan air (jadikan paste)
  • ½ biji bawang besar (dihiris)
  • 2 cm halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 8 tangkai cili padi merah
  • 9 tangkai cili padi hijau
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum Bunga cengkih
  • 1 kuntum Bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • 1 kiub Knorr ayam
  • 2 sudu besar santan kotak
  • 1 -1½ cawan air
  • Kentang (1 biji dipotong dan goreng)
  • Tau Kua@tauhu (1 ketul besar dipotong dan digoreng)

Bahan kisar

  • 5 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 5 tangkai cili kering

**Kisar sehingga lumat

Cara buat Kurma Telur Bersama Kentang dan Tau Kua

  1. Tumiskan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, bawang putih, halia dan daun pandan.Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bawang merah, masak sehingga sedikit keperangan.
  3. Masukkan bahan yang dikisar, dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan bancuhan rempah kurma masak sehingga rempah masak dan masukkan cili padi.
  5. Kemudian masukkan air dan santan.
  6. Akhir masukkan kentang, tauhu, telur dan kiub ayam. Gaul sebati dan biarkan ianya masak seketika.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kurma Telur Tanpa Santan

Bahan-bahan

Bahan kisar

  • Buah keras@badam (direndam terlebih dahulu)
  • Halia seinchi
  • Bawang besar 3biji
  • Daun ketumbar seikat
  • Cili padi 5 tangkai
  • Cili hijau 3tangkai
    *kisar kesemuanya sekali denga  kuantiti air yang berpatutan
  • Serbuk kurma 150gm
  • Telur rebus 10biji
  • Yogurt 1/2 botol kecil
  • 4 serangkai (kayu manis/bunga lawang/bunga cengkih/bj pelaga)
  • Minyak masak +minyak sapi 1 sudu secukupnya untuk menumis
  • Daun pandan seikat dan 2helai daun kari
  • Cuka 3sudu@perahan air lemon 1/2 biji
  • Secukup rasa@garam&gula

Cara buat Kurma Telur Tanpa Santan

  1. Panaskan minyak tumis bahan 4 serangkai, daun pandan, daun kari dan bahan kisar sehingga warna coklat.
  2. Masukkan serbuk kurma yang telah dibancuh bersama sedikit air masukkan air 3 cawan diikuti yogurt setengah botol.
  3. Masukkan bahan perisa dan cuka.

Sumber: Nurul Azuan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kurma Telur Pekat Likat

Bahan-bahan

  • Telor rebus (dikupas & digoreng sekejap)
  • Ubi kentang (dikupas & potong 4)
  • Bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
    (bahan bertanda* boleh ditumbuk atau dimayang halus)
  • 3 sudu besar rempah kurma (campur sikit air jadikan pes)
  • Santan pekat
  • Cili hijau besar/ cili padi
  • 1 biji bawang besar (dibelah 6)
  • 1 keping asam gelugur/ air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan tumisan

  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Cara buat Kurma Telur Pekat Likat

  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan rempah tumisan sehingga wangi. Masukkan bahan tumbuk/mayang & biar hingga wangi.
  2. Masukkan pes kurma & kacau rata hingga naik minyak.
  3. Masukkan kentang, garam & gula. Masak hingga kentang empuk , letak 1 cawan air ya.
  4. Dah empuk kentang baru masukkan santan pekat sambil dikacau supaya santan tak membuak.
  5. Masukkan asam gelugur, telur rebus yang telah digoreng, bawang besar & cili padi.
  6. Kacau kejap bolehlah matikan api & hidang.

Sumber:Sha Roziah Al Yahya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Resepi kurma telur ini lagi terangkat kalau dihidangkan bersama sambal belacan.

Ada banyak lagi resepi telur yang anda boleh cuba.

Selamat mencuba!

Leave a Comment