4 Resepi Kurma Kambing Mamak (Dapat Kuah Pekat)

Resepi kurma kambing mamak sesuai dimakan bersama nasi minyak memang terangkat. Tetapi boleh juga dimakan dengan nasi putih dan sambal belacan. Rasa kurma yang tidak terlalu pedas ini membuatkan hanyir pada kambing hilang dek bau rempah kurma yang pekat.

Jom kita try!

1. Resepi Kurma Kambing

Bahan-bahan

Bahan blender

  • 6biji bawang besar
  • 15-20tangkai cili padi
  • 5-6inci halia
  • 2labu bawang putih
  • Rempah 4 kawan
  • Pelaga,kayu manis, bunga lawang, cengkih
  • 6Biji bawang besar mayang
  • 4biji cili hijau
  • Daun pandan
  • Daun salam
  • Daun kari

Bahan rempah

  • 250gmx3pack rempah kurma adabi=750gm bancuh dengan air panas terlebih dahulu

Cara buat Kurma Kambing

  1. Panaskan minyak, masukan rempah 4kawan, bawang mayang+cili hijau dan tumis sehingga agak layu.
  2. Masukan (bawang+halia+cili padi+bawang putih blander) tumis sehingga wangi kemudian masukan 5biji buah tomato belah+daun salam+daun pandan dan daun kari.
  3. Masukan pes rempah kurma, masak dengan api slow hit sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukan 10-15kg daging kambing masak sehingga mendidih dengan api sederhana, jangan terlalu banyak tambah air sebab air daging akan keluar.
  5. Lima tangkai cili hijau+segenggam kelapa parut blender.
  6. Kalau nak hasil yang lebih baik, gunakan kelapa muda/kelapa hangus kelapa yg isinya masih lembik.
  7. Satu sudu makan serbuk lada sulah.
  8. Masukkan ubi kentang dan santan.
  9. Bawang dan cili hijau belah.
  10. Masak sehingga empuk, masukan garam, asam keping, dan perasa.

Sumber: Abg Apitte dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kurma Kambing

Bahan-bahan

  • 1 kg daging kambing dibersihkan

Bahan tumis

  • 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga)
  • Daun Kari
  • Daun pandan
  • Serai sebatang dititik
  • Halia potong halus

Bahan Blend

  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia
  • Blend semua bahan diatas.
  • 4 sudu besar rempah Kurma
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto (Optional)
  • Santan pekat
  • Limau kasturi 7biji (perah ambil air)

Bahan hiasan

  • Bawang besar potong 4
  • Cili merah, cili padi, kentang, tomato
  • Minyak untuk menumis

Cara buat Kurma Kambing

  1. Tumis bahan tumisan hingga garing dan masukkan bahan Blend tadi.
  2. Masak dengan api perlahan dan masak hingga pecah minyak. Masukkan rempah.
  3. Masak lagi. Kemudian masukkan daging masak hingga kering air daging.
  4. Kemudian masukkan santan, masuk kan air limau, garam, gula, aji dan kentang.
  5. Biar bagi kentang empuk dan masukkan bahan hiasan.
  6. Siap!

Sumber: Maina Mohamad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kurma Kambing

Bahan-bahan

  • 1kg tulang daging kambing
  • 3peket rempah kurma + 1sudu jintan manis serbuk+1sudu jintan putih serbuk
  • Blender bawang putih 5ulas+halia besar ibu jari +bawang besar 1biji dan masuk air
  • Gaul semua sekali daging dengan bahan diatas

Cara buat Kurma Kambing

  1. Tumis bahan 3beradik + bawang putih dan bawang besar dihiris+daun kari + satu sudu majerin+ satu sudu mnyak sapi.
  2. Dah garing masuk semua bahan daging yang digaul rempah tadi sekali semua.
  3. Letak air lebih pun tak apa sebab nak renihkan lama bagi daging empuk elok dan masuk satu cawan santan cair + kentang biar renih dan empuk elok.
  4. Perasakan bagi sekata, kast bahan hiasan masuk cabai besar + cabai melaka + bawang besar yg dihiris dan siap.

Sumber: Shahirahtol Asha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kurma Kambing Sedap

Bahan-bahan

  • Rebus daging kambing. Buang air rebusannya
  • Cili padi 20-30biji
  • 1biji bawang besar
  • 4biji bawang merah
  • 4ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1batang serai
  • 1/2 inci lengkuas

Cara buat Kurma Kambing Sedap

  1. Blend semua dan tumis masukkan serbuk rempah kurma, santan cair, garam, perisa.
  2. Bila dah didih masuk daging dan kentang. Tutup sekejap.
  3. Masak smpai daging empuk dan curah santan pekat yang dicampur sikit asam jawa.
  4. Masak smpai kuah agak pekat dan siap.

Sumber: Siri Zaleha Mohd Mujer dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Pasti terliur kan dengan resepi yang kami kongsikan ini.

Jom cuba juga resepi maggi goreng ala kedai mamak ini juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment