4 Resepi Caramel Sauce (Sos Karamel Homemade Sedap)

Sos karamel memang selalu dijadikan sebagai pencicah kuih, dessert dan roti. Memang sedap dan manis rasanya bila dicicah dengan pelbagai hidangan. Jika anda selalu beli sos karamel ini, kali ini kami kongsikan resepi caramel sauce supaya anda boleh cuba sendiri.

Jom kita try!

1. Resepi Sos Karamel/Butterscotch Sauce

Bahan-bahan

  • 1/2 cawam gula perang
  • 1 cawan Uht whipping craeam atau tick cream atau fresh cream
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 60gm butter

Cara buat Sos Karamel

  1. Cairkan butter dalam periuk.
  2. Masukkan gula perang dan masak hingga gula mencair, agak-agak gula menjadi sedikit perang gelap slow kan api,
  3. Tuangkan krim, garam dan esen vanilla.
  4. Kacau rata.
  5. Jika sos agak pekat boleh ditambah cream atau susu cair, jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.
  6. Bila sos sejuk ia akan jadi pekat dari asal. Selamat mencuba

Sumber: Ummu Dari Dapur Ummu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sos Karamel

Bahan-bahan

  • 1 cup gula castor
  • 1/2 cup heavy cream – saya pakai jenama Anchor
  • 1/3 cup butter sejuk – saya pakai jenama Anchor
  • 4 tablespoon air
  • 1/2 teaspoon garam – saya suka sedikit salty, jadi saya letak 1 teaspoon
  • 1/2 teaspoon vanilla essence

Cara buat Sos Karamel

  1. Masukkan air dan kemudian gula kedalam periuk. Buka api.
  2. Buka api perlahan dan sederhana dan didihkan sambil gerak-gerakkan periuk supaya gula dan air sebati. Pakai senduk nanti senduk tu melekat kadang-kadang. Pakai induction cooker ni suhu buka 800.
  3. Memang ambil masa sikit ye supaya gula betul larut dan air tu sedikit kering, tak boleh terburu-buru sekejap kuatkan api, sekejap perlahankan.
  4. Biar pada suhu yang perlahan. Bila air banyak tersejat semasa gula mencair, barulah karamel tak cair dan elok je pekatnya. Jadi biar masak lama sikit pun tak apa.
  5. Tunggu sampai gula cair sepenuhnya dan akan mula bertukar perang tetapi hati-hati jangan hangus.
  6. Bila dah nampak perang sedikit, Terus masukkan butter sejuk dan kacau sekejap dan masukkan krim.
  7. Kacau rata. Masukkan esen vanilla dan garam. Sejukkan dan simpan dalam botol.

Tips : Gula memang kena masak lama sebelum menjadi perang, supaya caramel pekat dan likat tak cair, jadi guna api perlahan.

Sumber: Eny Yusnizar Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3.Resepi Salted Caramel Sauce

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula castor
  • 4 sb air
  • 1/3 cawan butter
  • 1/2 cawan cream (dairy whipping cream)
  • 1/2 sk garam
  • 1sk esen vanilla

Cara buat Salted Caramel Sauce

  1. Campur gula + air dalam periuk. Kalau boleh guna periuk tebal skit supaya gula tidak cepat hangit.
  2. Goyang sikit periuk bagi gula + air sebati.
  3. Masak atas api sederhana. Tunggu sampai gula cair dan berbuih. Tak perlu kacau.
  4. Dari putih akan bertukar ke kuning perang. Jangan sampai hangit.
  5. Terus masukkan butter. Kacau cepat dengan senduk kayu. Terus masukkan cream dan kacau sebati.
  6. Kalau nak buat salted caramel, hanya tambah 1/2 sk garam atau lebih kalau suka. Tambah esen vanilla untuk bau wangi.
  7. Kacau sebati dalam seminit, tutup api. Tunggu sejuk dah boleh simpan dalam botol kaca.

P/s: Warna karamel bergantung pada kita. Tengok warna yang gelap tu saya sengaja masukkan butter lambat sikit untuk dapat warna mcm tu. Tp awas, jangan sampai hangit, nanti pahit!

Sumber: Puteri Liya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Homemade Caramel Sauce

Bahan-bahan

  • 1 tin kecil 380g susu isian pekat manis (apa-apa jenama pun boleh)
  • Air panas mendidih secukupnya

Cara buat Homemade Caramel Sauce

  1. Panaskan ketuhar kepada (220c) 425f.
  2. Buka tin susu dan tuangkan susu pekat-sweetened ke mangkuk pai. Tutup rapat dengan aluminum foil.
  3. Letakkan mangkuk pai *KERING* make sure lap kering dulu (atau mangkuk yang tahan masuk oven) masukkan ke dalam oven dan tuangkan air mendidih dalam roasting pan atau periuk besar (takat air kira-kira setengah mangkuk pie)
  4.  Di dalam oven dan bakar selama 1 jam 15min.
  5. Apabila campuran berubah menjadi warna karamel yang pekat, keluarkan dari oven. Biarkan duduk selama 5 minit, dan kemudian pukul dengan pengadun elektrik sehingga licin.

NOTA RECIPE:

* Resipi ini untuk satu tin kecil 380g susu isian pekat manis sahaja, tetapi kalau nak lebih ganda kan resepi ini. Boleh menggunakan apa-apa saiz dan jenama untuk kaedah ini.
* Simpan di dalam bekas yang tertutup sehingga sedia digunakan (boleh tahan 2 minggu dalam chiller). Kembali ke suhu bilik bila sedia untuk digunakan.

Sumber: Lina Thomas dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Rugi jika anda tak cuba resepi caramel sauce, mahal juga sauce ini, bila buat sendiri dah jimat kan?

Jom semak juga resepi ini yang sedap dicicah bersama churros dan juga roti croissant mahupun roti Gardenia.

Selamat mencuba!

Leave a Comment