4 Resepi Roti Gardenia (Menggunakan Lebihan Roti Potong)

Roti putih biasanya memang cepat expired. Kadang-kadang dah tak tahu nak makan dengan apa roti ni. Jemu juga jika selalu makan dengan telur atau peanut butter kan. Jom cuba pelbagai resepi roti Gardenia yang kami kongsikan ini, selepas ini mesti tak sempat nak expired pun roti, mesti laku.

Resepi-resepi ini juga senang sahaja nak buat. Jom tengok.

1. Resepi Roti Gardenia Pizza

Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • Sos tomato
  • Mix vege
  • Sosej
  • Mozarella cheese (parutan)
  • Mayonis

Cara buat roti gardenia pizza

  1. Sapukan sos tomato di atas roti.
  2. Taburkan mix vege.
  3. Potong sosej dan letakkan di atas vege.
  4. Letakkan cheese.
  5. Tuangkan mayonis.
  6. Panaskan oven dan bakar pada suhu 150°c api atas bawah selama 20 minit. Sedia untuk dihidang.

Kredit: Butik Schanteq dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Roti Gardenia Korean Garlic Cheese

Bahan-bahan

  • 1 buku roti
  • 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 150g butter
  • 1 biji telur
  • 1 sudu madu
  • Sedikit parsley

Bahan-bahan inti

  • 150g tartura cheese
  • 2 sudu susu pekat
  • 3 sudu susu cair

Cara buat roti gardenia korean garlic cheese

  1. Cairkan butter dan masukkan bawang putih.
  2. Setelah butter sejuk, masukkan telur dan gaul.
  3. Tambahkan madu dan parsley. Ketepikan.
  4. Gaul sebati semua bahan inti.
  5. Masukkan inti ke dalam roti yang dilipat dua. Tekan keliling roti dengan garfu.
  6. Celupkan roti ke dalam adunan butter tadi.
  7. Bakar pada suhu 160°c selama 15 minit. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Idawati Md Yusof dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Roti Gardenia Lasagna

Bahan-bahan

  • 400g daging kisar
  • 1 tin sos spageti bolognese
  • Sos cili
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • Serbuk lada hitam
  • Garam

Bahan-bahan sos putih

  • 5 sudu besar butter
  • 3 sudu tepung gandum
  • 500ml susu segar
  • 2 keping cheese

Cara buat roti gardenia lasagna

  1. Tumis bawang besar dengan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar dan masak sehingga empuk.
  3. Masukkan sos prego dan sos cili, kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam dan sos lada hitam. Siap dan ketepikan.
  5. Untuk sos, cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau sehingga tidak berketul.
  6. Guna api perlahan dan masukkan susu dan cheese. Kacau sehingga cheese cair. Siap untuk sos.
  7. Gelek roti sehingga nipis dan celup dengan susu. Susun dalam loyang.
  8. Susun roti, inti daging dan sos secara berselang seli.
  9. Tuang sos putih untuk lapisan atas sekali. Taburkan dengan mozarella cheese.
  10. Bakar pada suhu 150°c selama 30-40 minit minit. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Nor Zehan dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Roti Gardenia Cheese Leleh

Bahan-bahan

  • 5-6 keping roti
  • 250g cream cheese
  • Susu pekat
  • Air suam
  • Nestum

Cara buat roti gardenia cheese

  1. Kisar cream cheese dengan susu pekat dan air suam.
  2. Susun roti dalam bekas, curah cheese yang dikisar tadi.
  3. Tabur nestum, ulang sehingga habis roti.
  4. Akhir sekali, curah lebihan cheese dan nestum atas sekali.
  5. Simpan di peti sejuk semalaman atau boleh makan terus.

Sumber: Nor Suhaila dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Banyak dan sedap-sedap kan resepi roti gardenia ini, selepas ini kalau dah tiada idea boleh cuba resepi yang kami kongsikan ini.

Kalau nak lagi, di sini ada resepi puding roti, resepi garlic bread dan resepi roti titab untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment