4 Resepi Nasi Kuning (Dari Terengganu Dan Sabah)


Di Malaysia yang tercinta ini, ada banyak jenis nasi kuning. Nasi kuning Terengganu dan Sabah antara nasi kuning yang terkenal. Lauk sampingan yang dimakan bersama nasi ini juga bergantung pada tempatnya. Ada yang dimakan dengan ayam masak merah, ada yang dimakan dengan gulai ikan, dan ada juga yang dimakan dengan ikan goreng dan sambal. Resepi nasi kuning yang kami kongsikan ini mempunyai beberapa variasi. Anda boleh pilih yang mana anda berkenan dan buat.

Jom tengok resepi ini.

1. Resepi Nasi Kuning Ayam Masak Merah

Bahan-bahan nasi kuning

  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • Daun pandan
  • 3 sekawan
  • Beras
  • Serbuk kunyit
  • Mentega
  • Minyak masak
  • 1 kotak kecil santan
  • Gula

Cara buat nasi kuning

  1. Cuci beras dan toskan.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Panaskan mentega dan minyak. Tumis 3 sekawan dan masukkan bahan kisar tadi.
  4. Masukkan serai dan daun pandan.
  5. Tambahkan air, santan, garam, gula, perasa dan serbuk kunyit (sukatan air seperti masak nasi)
  6. Masukkan bahan ke dalam periuk nasi yang berisi beras. Masak seperti biasa.

Bahan-bahan ayam masak merah

  • Ayam
  • Garam
  • Kunyit
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Susu cair
  • Sos cili
  • Gula
  • Garam dan perasa

Cara buat ayam masak merah

  1. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
  2. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
  4. Masukkan susu cair, sos cili, gula, garam dan perasa.
  5. Masukkan ayam dan biarkan masak.
  6. Tabur bawang besar dan cili padi.

Sumber: Anna El Zehra dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Nasi Kuning Terengganu

Bahan-bahan nasi

  • 3 cawan beras
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil garam
  • Pewarna kuning
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang merah (dimayang)
  • Daun pandan (disimpul)

Cara buat nasi kuning

  1. Panaskan marjerin, tumis halia dan bawang merah serta daun pandan sehingga naik bau.
  2. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  3. Tambahkan air, susu cair dan pewarna. Perasakan.
  4. Masukkan beras dan masak seperti biasa.

Bahan-bahan gulai ikan

  • 1 ekor ikan tongkol
  • 4-5 sudu besar cili kering
  • 3-4 sudu besar rempah gulai nasi dagang
  • Gula melaka / gula putih
  • Garam
  • 1-2 sudu besar kerisik
  • Cili padi 1 kotak santan kecil
  • Belimbing buluh
  • Cili padi

Bahan kisar

  • 6 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Belacan
  • Air asam jawa

Cara buat gulai ikan

  1. Bersihkan ikan, rebus dengan air hingga ikan tenggelam bersama asam keping dan garam. Seeloknya rebus sehari awal.
  2. Panaskan minyak dan tumis cili kering sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga naik bau.
  4. Masukkan rempah yang sudah dijadikan pes dan masak lagi sehingga pecah minyak.
  5. Tambahkan santan dan 3 cawan air. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan gula melaka dan kerisik dan kacau lagi.
  7. Masukkan ikan, biarkan reneh seketika. Perasakan dengan garam.
  8. Biarkan mendidih dan pecah minyak, masak dengan api perlahan.
  9. Akhir sekali, tambahkan belimbing buluh dan cili padi.

Bahan-bahan acar timun

  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah (dipotong mancis)
  • Cili besar (dimayang)
  • Bawang besar (dimayang)
  • Garam dan gula
  • Sedikit cuka
  • Jus limau kasturi

Cara buat acar timun

  1. Satukan cuka, garam, gula dan jus limau. Kacau sebati.
  2. Masukkan timun dan lobak yang sudah dipotong. Kacau dan sedia untuk dihidang.

Bahan-bahan sambal lada

  • Cili besar merah
  • Cili padi hijau dan merah
  • Garam
  • Gula
  • Limau kasturi (dibuang biji)
  • Air asam jawa

Cara buat sambal lada

  1. Satukan semua bahan dan kisar.

Sumber: Norashikin Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Nasi Kuning Terengganu Simple

Bahan-bahan nasi

  • Beras
  • Rempah 4 sekawan
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Pewarna kuning
  • Daun pandan
  • Garam
  • 1 sudu minyak sapi / mentega
  • Minyak masak

Cara buat nasi kuning

  1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumis bawang, 4 sekawan dan daun pandan sehingga kekuningan.
  2. Masukkan halia dan air.
  3. Tambahkan pewarna dan tunggu sehingga air mendidih.
  4. Masukkan beras yang sudah ditos dan garam. Masak seperti biasa.

Bahan-bahan gulai ikan

  • Ikan tongkol
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Cili kering
  • Rempah 4 sekawan
  • Belacan
  • Perasa
  • Garam
  • Nisan @ gula melaka
  • Santan
  • Rempah masak cap bunga ros
  • Rempah gulai cap bunga ros
  • Minyak masak

Cara buat gulai ikan

  1. Kisar bawang, halia, lengkuas dan cili kering.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan dan rempah masak dan rempah gulai sehingga naik bau.
  3. Masukkan air rebusan ikan bersama asam gelugur.
  4. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan ikan, santan, nisan dan perasa.

Sumber: Wan Norizan Wan Jusoh dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Nasi Kuning Sabah

Sedap dimakan bersama ikan atau ayam digoreng dengan asam dan kunyit dan telur rebus.

Bahan-bahan nasi kuning

  • 3 cawan beras
  • 2 inci halia
  • 3 helai daun pandan
  • 3 cawan air
  • 1 cawan santan

Cara buat nasi kuning

  1. Cuci beras seperti biasa. Masukkan air dan santan diikuti halia, garam dan kunyit.
  2. Biarkan sehingga masak. Perlahankan api dan biarkan seketika sehingga masak.
  3. Masak dalam periuk nasi pun boleh.

Bahan-bahan sambal merah

  • 2 cawan cili kering
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 cawan ikan bilis (digoreng)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 4 sudu gula
  • 1 cubit garam
  • 1/2 cawan air asam jawa

Cara buat sambal merah

  1. Kisar halia, bawang putih dan bawang merah dengan minyak masak.
  2. Masukkan ke dalam kuali. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula diikuti dengan serai dan ikan bilis yang sudah ditumbuk.
  4. Letak perisa, air asam dan garam.
  5. Sudah agak kemerahan dan matikan api.

Sumber: Nur Shafirah Salleh dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi nasi kuning dari kami. Terdapat banyak juga variasinya, anda boleh pilih mengikut citarasa anda.

Jika anda berminat nak cuba resepi baru, jom cuba resepi nasi maqlubah, resepi nasi komok dan nasi dagang yang kami kongsikan ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment