4 Resepi Panna Cotta (Dessert Dari Italy, Confirm Tak Cukup Satu)

Mungkin masih ramai lagi yang tidak mengenali dessert yang bernama panna cotta ini. Dessert ini dikatakan berasal dari Italy dan telah menjadi salah satu favourite dessert disini. Jangan risau kali ini kami akan berkongsikan dengan anda resepi panna cotta yang cukup mudah ini.

Jom baca sampai habis.

1. Resepi Panna Cotta Sirap Rose

Bahan-bahan

  • 2 gelas air
  • 1 cawan teh krimer sejat
  • Setengah cawan teh Whipping cream (optional)
  • 2 sudu besar kordial sirap rose saji
  • 1 peket kecil serbuk agar-agar
  • 6 sudu besar gula
  • 5 sudu besar penuh susu tepung dibancuh dengan satu gelas air

Cara buat panna cotta sirap rose

  1. Masukkan semua bahan di dalam periuk satu persatu. Api sedang sambil kacau sebati.
  2. Masak dengan api perlahan hingga terbit buih kecil (mendidih kecil) selama lebih kurang 10 minit.
  3. Asingkan satu gelas adunan untuk perisa rose lapisan atas. Tuang adunan putih dalam bekas kacil lalu bekukan.
  4. Baki adunan putih tadi bancuh bersama kordial rose SAJI dan tuang di lapisan atas bekukan. Siap.

TIPS:

Untuk dapat hasil yang betul-betul lembut mencair di mulut ceduk 1 senduk kecil dan segera bekukan dibawah kipas, jika hasil lembut dan halus dimulut bila makan itu bermakna hasil dah sempurna. Tapi jika keras seperti agar2 sila tambah setengah cawan teh air dalam periuk tadi. kacau sebati. Sedia dibekukan.

Sumber: Aisyah Humaira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Mango Panna Cotta

Bahan-bahan

  • 4 cawan susu dutch lady
  • 1 kotak whipping cream 200ml
  • 6 sudu kecil gelatin
  • 5 sudu gula
  • 1sudu esen vanilla

Topping sos mango

  • 1 biji mangga
  • Sedikit perahan limau nipis
  • Sedikit air
  • Gula secukupnya
  • *Kisar kesemua bahan topping sehingga sebati.

Cara buat mango panna cotta

  1. Panaskan susu bersama whipping cream+esen vanilla+gula sehingga larut .
  2. Tutupkan api.
  3. Masukkan gelatin (gelatin cairkan bersama sedikit air panas).
  4. Masukan ke dalam bekas pilihan.
  5. Sejukkan dalam peti ais.
  6. Dah beku, boleh letak topping + ptongan mangga.

Sumber: Norshuhada Samsuddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Strawberry Cheese Panna Cotta

Bahan-bahan

  • Cream cheese 125g
  • Gula 50g
  • UHT Whipping cream 250g
  • Gelatin 4g
  • Air 25ml

Cara buat strawberry cheese panna cotta

  1. Cairkan gelatin bersama air dalam microwave menggunakan cara “double boil”.
  2. Pukul cream cheese bersama gula sehingga kelihatan berkrim.
  3. Kemudian masukkan whipping cream dan gelatin yang telah dicairkan. Gaul sehingga sebati. Masukkan buah-buahan pilihan anda.
  4. Masukkan ke dalam bekas pencuci mulut kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 3-4 jam @semalaman.

Sumber: Norazizah Abdul hamid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Panna Cotta Coklat

Bahan-bahan

  • 1 sudu besar gelatin
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara buat panna cotta coklat

  1. Larutkan gelatin ke dalam 4 sudu air panas.
  2. Campurkan serbuk koko, susu segar, whipping cream, gula dan esen vanilla ke dalam periuk. Kacau hingga mengelegak kecil dan tutup apinya.
  3. Masukkan gelatin dan kacau rata.
  4. Tuang ke dalam bekas remekin dan sejukkan di dalam peti ais selama 4 jam.
  5. Hiaskan bersama blueberry, anggur dan mangga semasa dihidangkan.

Sumber: Sheliza Abdul Aziz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Terliur kan bila tengok hasilnya, jangan lupa untuk anda cuba di rumah nanti.

Jom baca resepi dessert yang lain pula.

Leave a Comment