3 Resepi Pavlova Mini (Saiz Kecil Cukup Mudah Nak Buat)

Selalunya jika anda makan pavlova bersaiz besar kan? Kali ini kami ingin kongsikan dengan resepi pavlova mini yang mudah untuk anda buat jika mempunyai majlis keraian. Kerana tidak semua yang gemar dengan pavlova.  Tak adalah pembaziran yang berlaku kan?

Jom kami kongsikan.

1. Resepi Pavlova Mini / Comey

Bahan-bahan

  • 6 biji putih telur (telur gred A)
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sb esen vanilla
  • 1 sk jus lemon
  • 2 sb tepung jagung

Cara buat pavlova mini

  1.  Putar putih telur menggunakan mixer (kalau tiada mixer boleh pkai hand whisk) sehingga membentuk soft peak (agak-agak dah jadi sekali ganda dr kuantiti asal). Kemudian, baru tambahkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga habis.
  2. Putar sehingga meringue kelihatan berkilat (glossy). Nak tau meringue jadi ke tak, bila kita angkat whisk, meringue akan bertanduk.
  3. Masukkan esen vanilla. Kacau guna spatula.
  4. Masukkan jus lemon. Kalau nak pkai cuka makan pun boleh.
  5. Masukkan tepung jagung. Kacau sehingga semuanya sebati.
  6. Masukkan ke dalam piping bag. Kalau tiada piping bag boleh gunakan plastik biasa tu, potong sedikit di hujung.
  7. Letakkan sedikit meringue di atas dulang sebagai gam kepada baking paper. Pipekan meringue di atas baking paper. Jangan lupa buatkan sedikit lubang di tengah pavlova supaya mudah nanti nak isikan whipped cream.
  8. Bakar meringue pada suhu 120 degree celcius selama 60 minit, api atas bwh sehingga meringue masak.
  9. Sejukkan meringue. Hiaskan dengan whipped cream & buah-buahan segar di atasnya.
  10. Ayakkan sedikit snow powder (bukan icing sugar tau) untuk effect yg mewah.
  11. Siap dan sedia utk dinikmati!

Whipping Cream

  1. Putar whipping cream sehingga kental dan bertanduk. Jgn overmix nanti cream akan jatuh/berair.
  2. Boleh juga pkai heavy cream dan tambahkan sedikit gula.

Buahan Segar

  1. Elok pkai buah-buahan yg masam mcm strawberi, anggur, kiwi dan peach.

TIPS PENTING UTK MERINGUE

  1. Pastikan telur berada pada suhu bilik.
  2. Pastikan tiada air atau minyak (walapun sedikit) sebab dua-dua ni musuh kepada meringue.
  3. Pastikan putih telur tidak bercampur dengan kuning telur.
  4. Boleh gunakan tisu, titiskan beberapa titik cuka makan. Swipe pada bowl mixer unttk hilangkan kesan air + minyak.

Sumber: Khairul Hasrol dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Mini Pavlova Nutella

Bahan-bahan

Bahan meringue

  • 4 biji putih telur
  • 200g gula castor
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 sb cuka
  • 1 st esen vanilla

Cara buat mini pavlova nutella

  1. Pukul telur guna mixer sampai kembang (berbuih). Masukkan gula sedikit demi sedikit dan esen vanilla semasa memukul telur.
  2. Bila dah kembang “fluppy“, masukkan tepung jagung dan cuka dan kacau sahaja sampai sebati. Siap meringue.
  3. Letakkan meringue atas kertas pembakar ikut saiz dikehendaki, bentukkan.
  4. Bakar suhu 100 guna kipas selama 1jam 15min (ikut oven masing2 tapi masa bakar anggaran 1-11/2 jam) bila siap bakar jangan keluarkan terus, biarkan dengan pintu oven terbuka sikit selama 15min supaya meringue tak mendap dan merekah.

Topping guna fresh cream

  1. Pukul fresh cream sampai kental. Tunggu sejuk baru letak atas meringue , dan hiaskan dengan buah-buahan.

Sumber: Wa Fatiwa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Pavlova Mini Mudah

Bahan-bahan

  • 2 biji putih telur
  • 100gm gula kastor
  • 1sk tepung jagung
  • 1sk cream of tartar
  • 1sk vanilla powder

Cream

  • 1/2 cwn non dairy whipping cream
  • 1 sb susu segar

Cara buat pavlova mini mudah

  1. Putar telur hingga softpeak,
  2. masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga bertanduk dan berkilat.
  3. Masukkan tepung jagung, kacau guna spatula, masukkan cream of tartar kacau guna spatula, buat camtu gak dengan vanilla powder.

Cream

  1. Putar sehingga jadi cream dan paipkan atas pavlova.
  2. Hias dengan buah kegemaran.

Sumber: Zaza Rahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi kali ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Anda ingin cuba  lagi resepi kek coklat moist yang mudah? Jom baca di sini kami ada kongsikan untuk anda.

Leave a Comment