4 Resepi Okonomiyaki (Pancake Jepun)

Jika anda adalah penggemar makanan Jepun, pasti hidangan okonomiyaki tidak berasa asing lagi bagi anda. Okonomiyaki merupakan makanan popular di Osaka, Jepun. Hidangan ini merupakan lempeng berlauk yang dihidangkan bersama cebisan kubis dan pelbagai lauk yang lain. Menarik kan resepi okonomiyaki ini? Kami sertakan resepi ini untuk anda rasa sendiri keenakan hidangan ini.

Jom kita try!

1. Resepi Okonomiyaki

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air
  • ½ sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil serbuk ikan bilis (boleh ganti dengan ½ kiub pati ayam)
  • ½ batang lobak merah-sagat halus**
  • 2 cawan kubis-sagat halus**
  • Hirisan sotong/sosej/udang/crabstick/daging atau ayam (ikut suka)
  • Sedikit garam dan gula.

Bahan topping

  • Sos okomiyaki/takoyaki (kalau tak jumpa di pasaraya boleh ikut resepi di bawah)**
  •  Mayonis
  • Serbuk seaweed/nori (jika ada) – saya tak letak pun
  •  Dried bonito flakes (ikan yang disalai dan dikeringkan) – boleh beli kat Jusco bahagian makanan jepun.

Cara buat Okonomiyaki

  1. Campurkan semua bahan dalam satu belas dan gaulkan hingga sebati.
  2. Panaskan kuali leper dan masukkan adunan.
  3. Angkat dan letak topping

Sumber: Shima Iklas dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Okonomiyaki Homemade

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 sudu tepung jagung
  • 2 cawan air sejuk
  • 1 sudu serbuk perisa ayam/ 1 kiub ayam2 sudu kicap cair
  • 1/4 kobis
  • Daun bawang (mayang halus)
  • Ayam/udang/sosej di potong kecil
  • Blackpepper sos
  • Mayonis
  • Bonito flakes

Cara buat Okonomiyaki Homemade

  1. Campurkan semua bahan ke dalam batter yang diblend tadi. Gaulkan sebati.
  2. Then masakkan atas nonstick pan/kuali ajaib. balikkan selepas 4 ke 5 minit.
  3. Bila dah masak angkat ke dalam pinggan dan boleh dizzlekan dgn sos blackpepper dan mayonis.
  4. Lastly taburkan bonito flakes.

Sumber: Shara Yacob dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Okonomiyaki Ala Aeon

Bahan-bahan

Bahan-bahan pancake

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 biji telur
  • Sayur kobis dipotong kecil / dicincang
  • Daun kucai / daun bawang
  • Sotong dipotong kecil
  • Udang dipotong kecil
  • Garam secukup rasa (lebih kurang 1 sdt)
  • Gula sikit (lebih kurang 1/2 sdt)

Bahan-bahan topping

  • Sos takoyaki halal
  • Bonito flakes
  • Aonori
  • Mayonis (orang Jepun guna Kewpie kalau tak salah)

Cara buat Okonomiyaki Ala Aeon

  1. Campurkan semua bahan pancake. Masak macam buat lempeng tu tapi bukan nipis sangat. Saiz terpulang. Saya letak minyak nipis je, bagi basah pan.
  2. Masak tak perlu lama sangat sebab taknak sotong liat.
  3. Setelah masak, sapukan sos takoyaki halal, dan tabur bonito flakes dengan aonori ikut citarasa. Ramai yang suka bonito flakes tu banyak. Kemudian drizzle mayonis. Siap!

Sumber: Husna Nasarudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sos Okonomiyaki

Bahan-bahan

  • 1 cawan sos tomato
  • 3/4 cawan kicap cair
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 2 cm halia – tumbuk halus
  • 1 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 1/2 cawan gula

Cara buat Sos Okonomiyaki

  1. Campur semua bahan dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki.
  4. Sejukkan sos.
  5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia).

notakaki:

Kalau buat guna kicap Jepun/ Kikkoman warna dia gelap sikit compare dengan kicap cair biasa. So kalau guna kicap biasa boleh letak sikit kicap pekat untuk bagi warna gelap sikit.

Kalau nak guna kicap Kikkoman/jepun, cari yang tulisan RUMI sahaja.

Sumber:Ibu Resepi

 

Akhir kata

Rugi tak cuba resepi ini, untuk yang tak pernah lagi rasa wajib cuba buat.

Jom buat juga resepi zucchini labu yang popular di Amerika.

Selamat mencuba!

Leave a Comment