4 Resepi Nasi Serai (Semerbak Bau Harum Serai)

Mungkin ada yang jarang dengar dengan nama nasi serai ini. Resepi nasi serai ini cukup mudah nak buat, dan paling menarik bau nasi serai ini bila dah di masak semerbak harum baunya. Nasi serai juga sesuai dimakan bersama lauk-pauk yang lain.

Jom kita try!

1. Resepi Nasi Serai

Bahan-bahan

  • 4 cawan beras mathi- cuci sehingga jernih & rendam seketika
  • 6 batang serai (3 btg blend + 500ml air), 3 btg potong 2 & ketuk)
  • 3 helai daun pandan & disimpul
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 3 biji bawang merah kecil dihiris
  • 1 cm halia dihiris
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 btg serai blend dgn 500ml air. Tapis jus serai 2x supaya tiada serat serai yang tertinggal

Cara buat Nasi Serai

  1. Tumis 2 sudu besar minyak sapi. Masukkan kayu manis, cengkih & buah pelaga.
  2. Diikuti bawang merah kecil, halia, bawang putih & serai. Guna api perlahan sehingga bahan2 menguning & masukkan daun pandan.
  3. Tambah 250ml air & besarkan api. Gaul rata. Masukkan 1 kiub pati ayam. Masukkan pula air serai yang telah kita blend tadi. Kacau sehingga mendidih. Padam api.
  4. Buang air rendaman beras. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk. Tambahkan air biasa sehingga tanda 5 cawan di tepi periuk. Campurkan 1 1/2 sudu kecil garam.
  5. Gaul rata & masak seperti biasa.
  6. Apabila nasi sudah masak, biarkan sehingga 20 minit baru penutup periuk nasi dibuka.
  7. Nasi serai bolehlah dimakan bersama kari ayam @ daging, ayam masak merah @ lain2

Sumber: Ina Izdanys dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Nasi Serai & Ayam Masak Merah

Bahan-bahan

Nasi Serai (8-10 org makan)

  • 1kg beras basmathi (boleh guna apa-apa brand. Fezah guna pusar gold) (rendam 1 jam)
  • 5 bj Bawang berah ( mayang)
  • *6 ulas Bawang putih – dikisar
  • *6 bj Bawang merah – dikisar
  • 6 batang serai (diketuk)
  • Sedikit minyak sapi
  • Sedikit margerin
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 kiub ayam
  • *garam secukupnya
  • Air ikut jenis beras. Kalau pusar gold, 1:1

Ayam Masak Merah

  • 1 ekor ayam. Dibersihkan, garam+kunyit+(bahan kisar : bawang putih+bawang merah+halia) gaul rata dan gorengkan setengah masak. Jangan sampai garing nanti ayam keras.
  • 5 bj bawang merah dimayang
  • *8 bj bawang merah
  • *8 ulas bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1 inci lengkuas
  • *1 batang serai
  • *segenggam cili kering (rebus dulu dan kisar dengan semua bahan bertanda*)
  • Rempah tumis- bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • 1/2 tin kecil Tomato puri
  • 4 sb sos tomato
  • 4sb sos cili
  • 2 bj buah tomato
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • Garam, gula dan ajinomoto jika suka secukupnya.

Pencuk (jelatah timun nanas)

  • 1 bj timun
  • 1 bj nanas
  • 1-2bj bawang merah
  • 1 bj lada merah
  • 1 bj lada hijau
  • 2 bj limau kasturi (perah jusnya)
  • Garam dan gula secukupnya.

Cara buat Nasi Serai & Ayam Masak Merah

  1. Panaskan margerin dan minyak sapi. Tumis bawang mayang hingga naik bau.
  2. Tumis pula bahan kisar tadi dan serai yang diketuk hingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan susu cair, kiub ayam, air, garam secukupnya dan beras yang telah ditoskan air rendamannya tadi. Tanak nasi hingga masak.
  4. Jangan kacau beras masa masak. Nanti beras patah. Bila nasi dah masak, balik-balikkan nasi dengan lembut dan sedia untuk dihidang.

Ayam Masak Merah

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang mayang, rempah tumis 3 sekawan hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan sos tomato,sos cili, tomato puri, buah tomato, garam, gula dan ajinomoto. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan ayam, daun sup dan daun bawang. Masak sehingga ayam betul-betul masak dan siap untuk dihidang.

Pencuk (jelatah timun nanas)

  1. Hiris semua bahan nipis-nipis dan gaulkan kesemua bahan.
  2. Siap untuk dihidang.

Sumber: Noor Hafezah Mokhtar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Nasi Serai Mudah

Bahan-bahan

  • 1.5 cawan beras Basmathi
  • 5 ulas bwg merah*
  • 3 ulas bwg putih*
  • 1/2 inci halia*
    (bahan bertanda * dikisar halus)
  • 4 btg serai diketuk
  • Cengkih 5 kuntum
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum Bunga lawang
  • 1 inci kayu manis
  • Minyak utk menumis
  • Garam
  • 3 cawan air (cawan yang sama untuk sukat beras)

Cara buat Nasi Serai Mudah

  1. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan tadi. Masukkan bahan yang dikisar serta serai.
  2. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan beras dan goreng seketika.
  4. Masukkan air dan garam.
  5. Selepas itu, pindahkan rice cooker. Bila dah siap masak, kacau dengan garfu atau chopstick supaya nasi tak patah.
  6. Dah siap .

Sumber: Zainab Abu Bakar dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

4. Resepi Nasi Goreng Serai

Bahan-Bahan

  • Nasi Sejuk
  • Bawang Merah (dihiris)
  • Bawang Putih (dihiris)
  • Cili Merah (buang biji dan potong kecil²)
  • Cili Padi (Optional)
  • Serai (dihiris) – serai jgn terlalu banyak
  • Ikan Bilis
  • Telur Ayam
  • Garam
  • Minyak

Cara buat Nasi Goreng Serai

  1. Bawang merah, bawang putih & cili merah dihiris (buang biji). Jika suka pedas, hiris cili padi. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing (jgn sampai hangit). Angkat & ketepikan.
  3. Gunakan minyak menggoreng ikan bilis tadi utk menumis. Minyak kena agak mengikut kuantiti nasi. Masukkan serai dahulu, goreng hingga separuh masak. Masukkan bawang merah & bawang putih.
  4. Goreng hingga ketiga-tiga bahan garing.
  5. Masukkan cili merah @ cili padi yang tlh dihiris tadi. Kacau sekejap saja.
  6. Masukkan nasi sejuk. Kacau hingga sebati. Pecahkan telur. Kacau hingga sebati & telur masak. Perasakan dengan sedikit garam.
  7. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi. Kacau rata. Matikan api.
  8. Sedia untuk dihidangkan.
    Nota Kaki :
    Pastikan serai digoreng garing. Kalau tak garing, masa makan, bila digigit serai jadi liat

Sumber: Hamidah HA dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Sesekali ubah selera makan nasi serai bersama lauk pun apa salahnya kan?

Jom cuba pula resepi nasi hujan panas ini.

Selamat mencuba!

1 thought on “4 Resepi Nasi Serai (Semerbak Bau Harum Serai)”

Leave a Comment