4 Resepi Ikan Merah (Sedap Masak Apa?)

Ikan merah memang sinonim dengan resepi sup. Tapi bukan itu sahaja, banyak lagi masakan yang sedap-sedap. Kalau nak tahu ikan merah masak apa sedap, kami ada aneka resepi ikan merah khas untuk anda. Kalau anda mencari-cari jawapan kepada persoalan kepada ikan merah sedap masak apa, kami ada jawapannya.

Jom kita try!

1. Resepi Sup Ikan Merah

Bahan-bahan

  • 1 pekat rempah sup ikan
  • Kiub pati ikan bilis Maggi
  • Halia (hiris)
  • Bwg putih & bwg merah (cincang)
  • Lobak merah
  • Tomato
  • Daun sup & daun bawang

Cara buat Sup Ikan Merah

  1. Tumis bawang putih, bawang merah & bahan yang ada dalam rempah sup ikan kecuali sup bunjut.
  2. Dah garing masuk air, sup bunjut, halia & lobak.
  3. Bila lobak dah empuk, masukkan ikan & tomato serta kiub pati ikan bilis.
  4. Bila ikan dah masak letakkan daun bawang & daun sup.
  5. Kalau nak pedas letak lada hitam & perah sedikit limau.

Sumber: Mira Zukhi dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Ikan Merah Masak Stim Limau

Bahan-bahan

  • Halia (hiris nipis)
  • Bawang besar@holland 1biji
  • Serai 1-2 btg (hiris)
  • Bawang putih 3-4 biji (ketuk cincang)
  • Daun ketumbar. *hiris* (akar jgn dibuang. Basuh bersih*)
  • Limau nipis 1-2 biji
  • Sos ikan 3-4 sudu besar
  • Kiub pati ayam maggie 1.
  • Gula 1@1 1/2 sudu besar
  • Cili merah hiris nipis hiasan

Cara buat Ikan Merah Masak Stim Limau

  1. Lumurkan separuh kiub ayam megi dekat ikan ketepikan.
  2. Campurkan setengah lagi kiub pati ayam megi kedalam air panas.
  3. Campurkan sos ikan dan perahan air limau nipis dan gula. Kacau hingga sebati.
  4. Letak ikan dalam bekas untuk dikukus. Curahkan campuran no 2 tadi atas ikan. Taburkan halia, serai dan bawang besar.
  5. Daun ketumbar, akar ketumbar, cili padi, bawang putih dan kukus hingga masak.
  6. Dah siap kukus. Keluarkan. Hidang dalam pinggan. Taburkan sedikit daun ketumbar dan cili merah atau hirisan limau untuk hiasan.

Sumber: Ju Zue dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Asam Pedas Ikan Merah

Bahan-bahan

  • 1 kg Ikan merah
  • 20 biji cili kering potong dan direbus *
  • 6 ulas bawang merah kecil*
  • 2 biji bawang merah besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 2 inci halia*
  • Secubit belacan*
  • Sedikit halba dan 2 btg serai dititik
  • 10 tangkai daun kesum
  • Bendi
  • 2 biji tomato belah 4
  • 1 batang bunga kantan ( belah 2 )
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 camca kecil gula
  • Garam secukup rasa
  • Perasa hika suka
  • Minyak lebih sikit untuk menumis
  • Air secukupnya

Cara buat Asam Pedas Ikan Merah

  1. Kisar bahan yang bertanda *
  2. Tumis serai dan halba dan bahan-bahan bertanda * yang dikisar. Tumis sehingga naik minyak serta naik bau. Bahan tumis biar betul-betul masak dan pecah minyak
  3. 2 kali kering air dan tambah airnya.
  4. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, dan masukkan ikan.
  5. Tambah air secukupnya jangan terlalu cair nanti tak sedap.
  6. Kemudian tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kecikkan api, biarkan reneh sehingga ikan masak.
  7. Last masukkan bendi, tomato, tak perlu lama sangat nanti bendi lembek dah lembut bendi boleh tutup api. Dah siap.

Sumber: Cik NA dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sambal Ikan Merah

Bahan-bahan

  • Cili kisar (kisar)
  • Bawang merah 5 ulas (kisar)
  • Bawang putih 3 ulas (kisar)
  • Belacan sikit (tak letak pun tak apa)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Air Asam Jawa
  • Minyak Masak
  • Perasa garam/gula

Cara buat Sambal Ikan Merah

  1. Panaskan minyak goreng ikan dan ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar sampai naik bau.
  3. Masukkan cili kisar tumis sampai garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan gula supaya nampak menarik warna sambal.
  5. Dah pecah minyak cili masukkan air asam jawa.
  6. Dah mendidih, masukkan perasa.
  7. Bawang besar hiris, dan ikan yang digoreng tadi.
  8. Siap.

Sumber: Ida Akmal Idameor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Ikan Merah Sedap Masak Apa?

Resepi ikan merah yang dikongsikan di atas, mungkin sesuai dan mungkin juga tidak sesuai dengan citarasa anda.

Jika menepati citarasa, Alhamdulillah.

Jika tidak, boleh dapatkan idea masakan ikan merah yang lain seperti berikut:

  1. Ikan talapia bakar
  2. Ikan talapia ala Thai
  3. Ikan talapia berlada
  4. Ikan talapia stim
  5. Ikan talapia masak halia
  6. Ikan talapia masak lemak
  7. Ikan talapia masak tempoyak
  8. Ikan talapia tiga rasa
  9. Ikan talapia masak sup
  10. Ikan talapia masak sweet sour
  11. Ikan talapia kukus ala Cina
  12. Ikan talapia masak kicap
  13. Ikan talapia sambal
  14. Ikan talapia asam pedas
  15. Ikan talapia pekasam
  16. Ikan talapia black pepper
  17. Ikan talapia goreng cili
  18. Ikan talapia masak sos
  19. Ikan talapia kari
  20. Ikan talapia masak cuka

 

Jika anda adalah sejenis orang yang suka mencuba sesuatu yang baru, kami senaraikan pelbagai idea dan jenis masakan yang anda boleh cuba di dapur:

  1. Masak sambal
  2. Bakar
  3. Goreng
  4. Masak lemak
  5. Masak kari
  6. Masak pedas
  7. Masak stim
  8. Masak cili
  9. Masak sup
  10. Masak kicap
  11. Masak tempoyak
  12. Masak singgang
  13. Rebus
  14. Masak ala Thai
  15. Kukus
  16. Sumbat
  17. Berlada
  18. Masak sos
  19. Masak sweet sour
  20. Masak tiga rasa
  21. Percik
  22. Masak halia
  23. Masak taucu
  24. Masak masam manis
  25. Masak petai
  26. Masak pindang
  27. Celup tepung
  28. Masak cuka
  29. Masak untuk diet
  30. Masak untuk pantang
  31. Masak kunyit
  32. Masak mamak
  33. Masak pekasam
  34. Berempah
  35. Berkuah
  36. Grill
  37. Chinese style

 

Selain ikan merah, ada banyak lagi jenis ikan yang sedap untuk dimakan seisi keluarga.

Antaranya ialah:

  1. Ikan bilis
  2. Ikan siakap
  3. Ikan kembung
  4. Ikan tongkol
  5. Ikan bawal
  6. Ikan tenggiri
  7. Ikan merah
  8. Ikan cencaru
  9. Ikan patin
  10. Ikan keli
  11. Ikan talapia
  12. Ikan kerisi
  13. Ikan sardin
  14. Ikan salmon
  15. Ikan selar
  16. Ikan kerapu
  17. Ikan dory
  18. Ikan jenahak
  19. Ikan talang
  20. Ikan gelama
  21. Ikan haruan
  22. Ikan temenung
  23. Ikan senangin
  24. Ikan mayong
  25. Ikan duri
  26. Ikan kurau
  27. Ikan sembilang

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi kali ini memberi sedikit idea untuk anda.

Tak perlu tanya lagi ikan merah masak apa sedap kerana jawapannya sudah ada.

Jom baca resepi kailan ikan masin menu popular di kedai Thai pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment