4 Resepi Nasi Air (Sedap, Mudah & Mengenyangkan)

Jika ada lebihan nasi, selalunya kita akan buat nasi goreng kan? Apakata anda cuba buat nasi air. Cukup mudah dan lazat. Resepi nasi air ini cukup popular di Kelantan, ianya sama seperti bubur. Paling menarik bila dicampur dengan pelbagai lauk yang kita suka. Bukan anda sahaja gemar, malah anak-anak pasti suka dengan resepi ini.

Jom kita try!

1. Resepi Nasi Air Thai

4-5 orang makan

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras (basuh, rendam dan simpan dalam peti beku semalaman)
  • Air 2liter
  • 2 ulas bawang putih
  • Kiub ayam
    *rebus semua

Bahan kuah

  • 1/2 bahagian ayam (direbus bersama kuah dan carikkan isinya)
  • 1 Kiub ayam
  • 1/2 batang serai di titik
  • 4 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • Air 1 liter
  • Garam, gula serbuk cukup rasa
    *rebus

Bahan hiasan 

  • Minyak bawang putih (cincang kemudian goreng dengan sedikit minyak masak dah sejuk simpan ambik sekali minyaknya)
  • Bebola ikan (rebus sekejap dengan kuah sup tadi)
  • Kangkung (celur dengan air panas)
  • Ikan bilis goreng
  • telur masin
  • cili flakes
  • air lada (blend cili merah besar 3biji campur kan cili api merah bersama cuka tambah kan gula, garam)

Cara buat Nasi Air Thai

  1. Tuang bubur nasi ke dalam mangkuk.
  2. Tambahkan bahan hiasan dan tuang sup.

Sumber: Ichi Safitri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Nasi Air Pantai Timur

Bahan-bahan

  • Sedikit minyak masak
  • 10 ulas bawang putih (ketuk)
  • 3 inci halia muda (ketuk)
  • Akar daun sup
  • Kicap (agak2)
  • Daging/ayam
  • Meatball
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 btg serai (ketuk)
  • Air secukupnya

Air cili (kisar)

  • Cili burung merah
  • Sedikit air
  • Sedikit cuka
  • 1 sb garam dan gula

Minyak bawang putih

  • 10 ulas bwg putih potong dadu

Lada jeruk

  • Hiris cili besar letak air sikit
  • Cuka, gula, garam ikut citarasa

Bahan lain

  • Hirisan limau nipis
  • Ikan bilis goreng
  • Sayur yang di celur (kangkung/sawi)
  • Daun sup

Cara buat Nasi Air Pantai Timur

  1. Tumis bahan ketuk sampai naik bau, masukkan air, akar daun sup, serai, daging, meatball, kiub ayam, sos ikan dan kicap.
  2. Daging empuk. Perasakan dengan garam dan siap.
  3. Nasi kisar sekejap dan masak atas dapur macam buat bubur nasi anak.

Sumber: Noremah Ahmad II dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Nasi Air Kelantan My Style

Bahan-bahan

Bubur nasi

  • Beras kisar separuh hancur

Sup

  • Bawang putih 3 ulas (ketuk)
  • Halia seinci (ketuk)
  • Serai sebtg (ketuk)
  • Akar daun ketumbar (ketuk)
  • Daging

Condiments

  • Daging yang direbus tadi, diangkat dan dihiris nipis
  • Kangkung (celur)
  • Taugeh (celur)
  • Kobis (hiris nipis)
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Lobak masin
  • Hirisan limau
  • Ikan bilis (digoreng)
  • Bawang goreng
  • Telur masin
  • Cili jeruk
  • Air lada:
  • Cili padi merah
  • Cli besar merah
  • Cuka
  • Garam, gula

Minyak bawang putih

  • Minyak
  • Bawang putih

Cara buat Nasi Air Kelantan My Style

Bubur nasi

  1. Masak sampai jadi bubur.
  2. Rebus semua bahan di atas dengan air dalam pressure cooker sampai daging empuk.
  3. Masukkan sedikit kicap.
  4. Perasakan dengan garam, gula, dan seasoning.
  5. Masuk meatball.

Minyak bawang putih

  1. Cincang bawang putih.
  2. Goreng dalam minyak banyak.
  3. Siap.

Sumber: Winny Ruslan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Nasi Air Kelantan

Bahan-bahan

Bahan bubur

  • 1 pot beras
  • 3 pot air

Bahan sup

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 keping isi ayam
  • 1 paket rempah sup
  • Perasa
  • Air

Bahan lain

  • Telur masin
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Lobak masin
  • Sambal kesukaan

Cara buat Nasi Air Kelantan

  1. Masukkan bahan bubur ke dalam smart rice cooker dan tekan menu porridge. Biar saja hingga masak
  2. Untuk sup, gunakan smart rice cooker juga utk menumis. Tumis bawang dan halia hingga layu, kemudian masukkan rencah sup.
  3. Tumis seketika dan masukkan isi ayam. Masukkan air dan gunakan menu claypot rice. Biar hingga masak dan perasakan.

Sumber: Seminit Resepi

 

Akhir kata

Resepi nasi air ini mudahkan nak buat. Sesuai untuk yang nak berdiet juga tau!

Jika anda peminat makanan Kelantan, jom semak resepi nasi tumpang menu sarapan di Kelantan.

Selamat mencuba!

Leave a Comment