4 Resepi Kailan Ikan Masin (Simple & Sedap)

Kailan ikan masin adalah menu yang berasal daripada Thailand. Jika anda makan di kedai makanan Siam, menu juga antara menu yang selalu dipesan selain daripada tomyam. Mana tidaknya, bau ikan masin yang semerbak sudah cukup mencuit perhatian. Jom kami kongsikan resepi kailan ikan masin untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Kailan Ikan Masin

Bahan-bahan

  • Kailan secukupnya (potong asingkan sayur & batang)
  • 1 potong ikan tenggiri jeruk
  • 3sb sos tiram
  • 2 btg cili merah besar*
  • 4 ulas bwg putih* (bahan bertanda * ditumbuk kasar)
  • 5 ulas bwg merah (dihiris2)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat Kailan Ikan Masin

  1. Panaskan minyak.
  2. Goreng ikan tenggiri jeruk terlebih dahulu (dah masak keluarkan asingkn isi dengan tulang)
  3. Tumis bahan tumbuk.
  4. Masukkan bawang hiris.
  5. Masukkan isi ikan masin tadi.
  6. Masukkan batang kailan terlebih dahulu.
  7. Masukkan sos tiram.
  8. Last masukkan sayur kailan.
  9. Jangan masak terlalu layu.
  10. Siap untuk dihidangkan.
  11. Tak perlu letak garam ikan dan sos tiram dah masin.

Sumber: Uwan Nolly Epin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kailan Ikan Masin Talang

 Bahan-bahan

  • 300 gm kailan
  • 1 ketul ikan masin talang atau tenggiri masin
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji cili api
  • Sedikit sos tiram
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak utk menggoreng
  • Sedikit air

Cara buat Kailan Ikan Masin Talang

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  3. Kecilkan api dan masukkan ikan masin talang/tenggiri masin.
  4. Masukkan sos tiram,sedikit air.
  5. Kemudian, besarkan api, masukkan kailan.
  6. Goreng seketika jangan sampai kailan jadi kecut.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Sani Stapha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sayur Kailan Ikan Masin Mudah

Bahan – bahan

  • Sayur Kailan
  • Cili padi (ketuk)
  • Bawang putih (ketuk)
  • Bawang besar (mayang)
  • Perasa/gula
  • Ikan masin

Cara buat Sayur Kailan Ikan Masin Mudah

  1. Goreng ikan masin. Pastu lenyek-lenyekkan sahaja. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api.
  3. Masukkan sayur kailan dan perasa/gula.
  4. Garam dah tak payah letak dah sebab ikan dah cukup masin. Goreng sampai masak.

Sumber: Wan Nooraihan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kailan Ikan Masin

Bahan-bahan

  • Sayur kailan – 1 ikat
  • Sos seafood atau sos tiram – 1 sudu
  • Sos ikan – 2 sudu @ sesedap rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Bawang merah & bawang putih
  • Cili api

Cara nak buat Kailan Ikan Masin

  1. Panaskan minyak, pastu tumis bawang merah & bawang putih.
  2. Masukkan sos seafood & sos tiram. Kacau-kacau sikit bagi sebati.
  3. Campak pula batang kailan yang dihiris nipis. Kemudian baru masukkan daun kailan. Masukkan air sikit nak bagi kailan cepat layu.
  4. Campak cili api. Kacau-kacau dan siap.

Sumber: Yun Yusoff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan nak buat resepi sayur kailan ini. Jangan lupa cuba di rumah nanti.

Jom semak resepi zucchini sejenis labu popular di Amerika.

Selamat mencuba!

Leave a Comment