8 Resepi Kuih Mudah dan Cepat (Idea Juadah Petang)

Anda mencari resepi kuih mudah dan cepat untuk minum petang? Sebenarnya jika anda pertama kali untuk mencuba membuat kuih, resepi kuih yang akan kami kongsikan ini sesuai untuk anda. Confirm jadi kalau anda ikut semua step yang ada.

Jom kita try!

1. Resepi Kuih Sagu

Bahan-bahan

  • 5 cwn air
  • 1 1/2 sudu sirap ros
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/4 cwn gula
  • 2 cwn sagu
  • 1 cwn kelapa parut
  • 1/2 sk garam
  • Daun pandan

Cara buat Kuih Sagu

  1. Masukkan air dalam periuk bersama gula, sirap ros biar mengeleggak.
  2. Kemudian masukkan sagu yang dan dibersihkan kacau hingga sagu jernih dan meletus-letus.
  3. Tutup api dan isi dalam acuan ikut citarasa masing, seterusnya pindahkan kedalam periuk kukusan.
  4. Kukus selama 20 minit sejukkan kemudian gaul dengan kelapa parut yang dah digaul dengan garam.
  5. Kelapa parut nak tahan kukus dalam 10 minit.

Sumber: Shidah Asmuni dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Kuih Apam Mekar Lembut Gebu

Bahan-bahan

  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu full cream
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh ovallete
  • Paper cup

Cara buat Kuih Apam

  1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk, putar dengan mixer sehingga adunan kembang warna putih.
  2. Bahagikan adunan, letak pewarna makanan dan adun rata, paipkan kedalam paper cup.
  3. Kukus 10 minit (api besar).

Sumber: Nor Aini Abd Rahman dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Kuih Bakar Pandan

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan air pandan (6helai daun pandan) – tambah sedikit pewarna hijau + kuning
  • 1 cawan gula – boleh kurangkan
  • 2 sb butter cair atau minyak
  • 1/2 sk garam
  • 3 biji telur
  • Bijan utk taburan

Cara buat Kuih Bakar Pandan

  1. Blend semua bahan kecuali bijan.
  2. Tapis. Bakar pada suhu yang sesuai hingga masak dan keperangan.
  3. Tabur bijan pada 5 minit pertama. Sejukkan dulu, baru potong.
  4. *Suhu Oven 180°c untuk 40-45 minit, tukar api atas 5minit untuk dapatkan bahagian atas keperangan.

Sumber: Min Meena Manjalara dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

4. Resepi Kuih Dangai

Bahan-bahan

  • 1 biji setengah kelapa putih
  • 2 cawan tepung pulut
  • Suku cawan gula
  • Secubit garam

Cara buat Kuih Dangai

  1. Gaulkan kelapa yang diparut dengan garam selepas itu masukkan tepung dan akhir sekali gula.
  2. Masukkan dalam loyang 7 ke 8 Inc. Bakar api Suhu 200 atas bawah selama 20 minit.

Sumber: Nurainie Jusoh dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

5. Resepi Kuih Lopes (Guna Rice Cooker)

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cwn air pandan (7/8 helai daun pandan yg diblender)
  • 1 1/2 cwn santan cair
  • Sedikit perwarna hijau jika suka(optional)
  • 2 cwn beras pulut susu (cuci bersih dan tak perlu rendam)

Air gula

  • 1/2 cwn gula putih
  • 1 cwn gula merah
  • 2 ketul gula melaka
  • 4 cwn air
  • 1 helai daun pandan

Cara buat Kuih Lopes ( Guna Rice Cooker)

  1. Semua bahan ni masukkan dalam rice cooker dan masak seperti biasa.

Air gula

  1. Masak semua bahan sehingga larut dan kepekatan ikut selera masing.
  2. Sedikit kelapa parut yang di kukus dan digaul dengan sedikit garam.

Sumber: Norhaizah Abdul Rahman dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

6. Resepi Cucur Sayur Yang Simple

Bahan-bahan

  • Kubis
  • Carrot
  • Tepung gandum
  • Air
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara buat Cucur Sayur Yang Simple

  1. Gaul sehingga dapat sebatian, tepung & air jangan banyka sangat.
  2. Goreng dalam minyak panas tapi api kecil ke sederhana supaya rangup (pastikan tepi cucur dah hitam sebelum angkat).

Sumber: Nur Famieza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

7. Resepi Cucur Bawang / Jemput Bawang Mudah

Bahan-bahan

  • Bawang merah dipotong dadu
  • Tepung gandum
  • Garam
  • Air panas yang baru mendidih
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat Cucur Bawang / Jemput Bawang Mudah

  1. Campurkan tepung gandum, garam dan bawang merah.
  2. Selepas itu masukkan air panas, gaul guna senduk sehingga sebati, adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.
  3. Sapukan sedikit minyak di tapak tangan, ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan.
  4. Panaskan minyak, kemudian goreng adunan hingga keperangan. Siap.

Sumber: June June Meq dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

8. Resepi Cucur Manis

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 5 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan air panas
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara buat cucur manis

  1. Gaul semua bahan hingga sebati.
  2. Tunggu sehingga adunan suam dan boleh buat bentuk bulat. Basahkan tangan supaya adunan tidak melekat.
  3. Goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana.

Sumber: Reha Rahma dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sungguh ringkas resepi kuih mudah dan cepat yang kami kongsikan ini kan?

Jangan lupa untuk cuba nanti.

Jom semak pula semua resepi kuih yang kami sediakan untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment