4 Resepi Agar Agar Santan (Rasa Lemak dan Manis)

Siapa sahaja tidak suka dengan agar agar santan atau dikenali juga sebagai agar agar lumut. Nak buat pun tak susah mana dan bahan mudah nak cari. Paling sedap bila dimakan sewaktu sejuk cukup menyegarkan. Jom baca perkongsian resepi agar agar santan yang mudah ini.

Jom kita try!

1. Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka

Bahan-bahan

  • 10g agar agar serbuk
  • 5 cawan air
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 kotak santan 200ml
  • 2 helai daun pandan – simpulkan
  • Sedikit esen vanilla – jika suka
  • Sedikit garam

Cara buat Agar Agar Santan Gula Melaka

  1. Masak agar agar dengan air hingga mendidih masukkan gula melaka dan sedikit garam.
  2. Masukkan daun pandan masak hingga mendidih & sentiasa dikacau.
  3. Kemudian masukkan santan, esen vanilla (jika suka) & kacau tanpa henti sehingga mendidih.
  4. Tutup api dan tapiskan kedalam loyang 8 inci sejukkan.
  5. Simpan dlm peti sejuk 1 jam lebih dan boleh potong ikut suka.

Sumber: Zura Zul dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Agar Agar Santan Pandan Lumut

Bahan-bahan

  • 20g agar-agar tali
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur gred C
  • 1 kotak santan kara 200ml
  • 1 cawan jus pandan – blend 4/5 helai daun pandan dengan 1 cawan air tapiskan
  • Pewarna hijau epal
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit garam

Cara buat Agar Agar Santan Pandan Lumut

  1. Masak agar-agar bersama air hingga larut agar-agar, masukkan gula dan kacau rata.
  2. Tuang jus pandan supaya tak nak bagi nampak pucat boleh tambah sedikit pewarna hijau epal kacau rata.
  3. Pecah telur dalam santan kacau sebati (guna whisk).
  4. Tuang terus dalam periuk agar agar tadi masukkan sedikit esen vanilla & sedikit garam.
  5. Kacau seketika api besar biarkan agar agar masak mendidih membuak sampai permukaan periuk.
  6. Tutup api baru dikacau seketika.
  7. Tuang dalam loyang 8×8, biarkan beku/sejuk nanti akan terbentuk menjadi 2 lapisan.
  8. Simpan dalam peti sejuk 1 – 2 jam boleh potong ikut suka.

Sumber: Janna Hanie dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Agar Agar Santan Gula Merah

Bahan-bahan

  • Agar agar tali 20g
  • Gula melaka 1 cawan
  • Gula pasir 3/4 cawan
  • Santan 1 kotak kecik
  • Telur sebiji
  • Air 5 cawan
  • Daun pandan

Cara buat Agar Agar Santan Gula Merah

  1. Gula melaka, gula pasir, air, daun pandan masak smpai cair. Tapiskan.
  2. Agar agar potong bagi pendek sikit, nak bagi cepat masak, masuk dalam air gula merah tadi dan panaskan semula.
  3. Sementara itu masukkan santan, telur, garam, air sikit, kocakkan.
  4. Dah hancur agar agar tadi terus masukkan bahan yang dikocak.Biarkan sampai berbuih-buih. Tutup api. Siap.
    #Tip nak baig lumut masak sampai menggelegak naik buih-buih.

Sumber: Norul Ashikin Osman dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

4. Resepi Agar Agar Cendol Gula Melaka

Bahan-bahan

Bahan A

  • 10gram serbuk agar agar
  • 150-200gram cendol
  • 4cawan air
  • 1cawan gula
  • 1kotak santan brand KARA
  • 1st garam

Bahan B

  • 10gram serbuk agar agar
  • 5cawan air
  • 200g gula melaka *potong kecil
  • 3helai daun pandan

Cara buat Agar Agar Cendol Gula Melaka

Step 1: Bahan A

  1. Didihkan 4cawan air, masak agar agar kemudian masukkan 1cawan gula.
  2. Masak hingga agar agar gula menjadi larut (mendidih) sudah mendidih.
  3. Masukkan cendol yang sudah ditapis airnya tunggu mendidih dan tutup api.
  4. Masukkan santan kotak, kacau rata kemudian masukkan garam kacau rata sehingga semua sebati.
  5. Masukkan dalam acuan, sejukkan selepas puding beku.
  6. Corak carikkan dengan garpu permukaan atas sebab pada atas nak letak adunan gula melaka.

Step 2: Bahan B

  1. Masukkan semua bahan step 2 dalam periuk.
  2. Masak dengan api yang perlahan, supaya daun pandan sempat keluar bau dan aromanya.
  3. Selepas mendidih tapis dan tuang kedalam bekas cendol tadi sejukkan normal dalam 30minit.
  4. Selepas itu boleh lah masuk peti ais
    Tips untuk acuan :
    Basahkan dengan sedikit air supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Sumber: Salimi Dolah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jangan lupa cuba resepi yang cukup mudah ini.

Jom baca resepi puding buah dipenuhi dengan buah-buahan segar.

Kalau tekak terasa nak minum yang manis-manis, boleh cuba resepi fruit cocktail, air cocktail dan juga air jagung.

Selamat mencuba!

Leave a Comment