4 Resepi Fruit Cocktail (Lagi Sedap Kalau Ada Buah Segar)

Waktu panas memang sedap bila dapat minum fruit cocktail, boleh sejuk tekak kan? Resepi fruit cocktail sungguh mudah nak buat, tidak menggunakan bahan yang banyak. Tekak anda pun dah kering kan?

Jom baca resepi ini.

1. Resepi Filipino Fruit Cocktail

Bahan-bahan

  • Whipping cream
  • Mix fruit cocktail
  • Susu pekat

Cara buat Filipino Fruit Cocktail

  1. Sediakan bekas, masukkan fruit cocktail. Air buang ye.
  2. Masukkan susu pekat.
  3. Tuang whipping cream.
  4. Kasi gaul sekata. Lepastu masukkan dalam peti ais kasi sejuk. Baru boleh makan.

Sumber: Syuhada Che Din dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2.  Resepi Triffle Fruit Cocktail

Bahan-bahan

  • 4 bekas plastik
  • 2 gulung kek belah pada 8 bahagian
  • 1 tin besar fruit cocktail (jenama hosen)
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • Gula dan sedikit garam -untuk kastard
  • 1 kotak kristal jeli (perasa strawberi)
  • 400 ml air panas

Cara buat Triffle Fruit Cocktail

  1. Susun kek gulung ,tekan sikit curahkan sedikit air buah cocktail.
  2. Kastard
    Panaskan satu tin susu cair.
    Bila mendidih masukkan 1 tin air yg telah dikacau dgn 3 sudu besar tepung kastard.
    Sedikit garam halus.
    Sedikit gula.
  3. Bila dah meletup kecil tutup api.
  4. Letakkan di atas kek gulung tadi.
  5. Taburkan buah cocktail yg ditoskan air.
  6. Sediakan 400 ml air panas masukkan sebungkus kristal jeli.
  7. Kacau rata.
  8. Curahkan 100ml setiap bekas.
  9. Siap ada 3 layer, bawah kek gulung, tengah kastard dan atas kristal jeli.

Sumber: Mas Salleh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Fresh Fruit Cocktail

Bahan-bahan

Buah-buahan

  • strawbery
  • blueberry
  • grape
  • kiwi
  • laici tin
  • epal hijau
  • epal merah
  • nata de coco
  • fruit cocktail tin

Kuah kastad

  • Gula
  • 2 biji telur kuning
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • Daun pandan
  • Garam

Agar-agar buih

  • Agar-agar kering
  • Air
  • Pewarna

Cara buat Fresh Fruit Cocktail

Kuah kastad

  1. Gaul 1 cawan gula bersama 2biji kuning telur.
  2. Masukkan 1 tin susu cair.
  3. Masukkan 1/2 tin susu pekat.
  4. Tiga helai daun pandan, 1 1/2 air putih., secubit garam, masak semua ni hingga mendidi.
  5. Last, masukkan tepung kastad yang telah dibancuh dengan air.

Agar-agar buih

  1. Agar-agar hampir sejuk dalam keadaan masih cair, masukkan buih telur putih ,kacau hingga sebati.
  2. Telur putih diayak sehingga naik buih yang halus
  3. Terpulang nal letak buah apa, dan nak masuk nata de coco atau tidak.

Sumber: Nor Faziera Naziha Nordin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Mix Fruit Cocktail

Bahan-bahan

  •  2 peket Jelly sumi
  • 2 tin susu cair ideal
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1 tin buah peach (suka brand Hosen – sliced)
  • 1 tin fruit cocktail (Brand Hosen juga
  • 1 tin longan
  • 1 bekas nata de coco
  • 2 biji kuning telur
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 4 sudu esen vanilla
  • 4 sudu besar gula pasir
    *Saya tambah 2 cawan air

Cara buat Mix Fruit Cocktail

  1. Buah-buahan asingkan dan masuk terus dalam bekas hidang.
  2. Satukan bahan cair (kuah dari tin peach, longan, mix fruit, nata de coco & susu cair) dalam periuk.
  3. Masukkan kuning telur & esen vanila.
  4. Custard tu kacau dulu dengan air bagi sebati baru campur dalam periuk kalau tak nanti berketul  dan burn kejadiannya (nak bagi kuah pekat sikit).
  5. Dah satukan semua baru on api perlahan  & masak kuah sampai sebati, tak perlu panas sangat.
  6. Sejuk campurkan dalam mangkuk hidang yang dah siap dengan isi buah-buahan tadi.
  7. Note: saya tak letak ais siap sebab bila nak makan baru masukkan ais dalam mangkuk dan cedok cocktail.

Sumber: Bella Anies dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Bila dah habis baca pun masih terliur? Kami sarankan anda wajib cuba resepi ini.

Jom singga baca resepi puding karamel.

Selamat mencuba!

Leave a Comment