4 Resepi Buko Buah (Cocktail Dessert)

Sekilas pandang buko buah ini seakan-akan koktel buah tapi ia sebenarnya berbeza. Selain buko pandan, buko buah ini sangat popular di Filipina dan enak dimakan ketika sejuk. Resepi buko buah ini juga sesuai dijadikan sebagai hidangan majlis keraian. Makan sekali pasti tak cukup.

Jom kita try!

1. Resepi Buko Pandan Filipina

Bahan-bahan

  • 1 pekat agar-agar serbuk perisa pandan masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan
  • 1 cawan teh biji sagu
  • 1 sudu kecil coconut Pandan Emulco
  • 1 tin krimer sejat cair SAJI Malaysia jika kurang kuah boleh lebihkan
  • 1 cawan teh whipping cream non diary pukul tak perlu sampai kembang
  • 1 cawan air gula ikut manis yang disukai
  • 1 mengkuk isi kelapa
  • 1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa ambil isinya sahaja
  • Ais secukupnya
  • Buah logan jika suka update: sebenarnya buh buah laici yang tin lgi sedap dari mata kucing dan pastikan jangan masuk air laici.
  • Setengah cawan biji selasih yg telah kembang (rendam dalam air panas)

Cara nak buat Buko Pandan Filipina

  1. Satukan semua bahan isi dan kuah dalam bekas besar.
  2. Masuk ais dan seimbangkan rasa manis lemak cream ikut selera dan siap.

Sumber: Aisyah Humaira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Buko Koktail

Bahan-bahan

Agar-agar kelapa pandan

  • 1/2 paket agar2 tali
  • 500ml air kelapa
  • 250 air masak
  • 1/2sb emulco pandan
  • 3sb gula

Masuk semua dalam periuk. Masak hingga agar-agar tali larut. Tuang dalam loyang. Sejukkan. Kemudian potong dadu.

Sagu putih

  • 1 cawan sagu
  • 4 cawan air

Didih sehingga masak. Tuang dalam tapis.. Bilas hingga berbiji halus.

Puding Jelly (beli kedai eco)

  • Manggo
  • Laici
  • Strawberry

Keluarkan. Potong dadu. Tapiskan. Ambil isi sahaja.

Perisa Nata de coco (beli kedai eco)

  • Mango
  • Strawberry
  • laici
  • kelapa

Tapiskan semua, ambil isi sahaja

Kuah cream

  • 2 cawan whipping cream
  • 1 tin susu pekat
  • 2 tin susu cair
  • 1 tin air kelapa

Buah mangga 2 biji. Potong dadu.

  • 1 tin laici(ambil isi sahaja, air buang)
  • 1 tin koktail(ambil isi sahaja, air buang)
  • Isi kelapa

Cara nak buat Buko Koktail

  1. Pukul whipping cream jangan sampai steak peak. Bagi nampak creamy.
  2. Campur semua bahan. Letak whipping cream yang telah diputar. Gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan. Letak kuah krim. Sejukkan.
  4. Boleh lah untuk di makan. Simpan sejuk beku dalam peti. Bila nk makan. Defrostkan.

Sumber: D’Zert D’Licacy dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Buko Mangga

Bahan-bahan

  • Mangga lily
  • Cream cheese
  • Fresh milk
  • Sagu putih
  • Biji selasih
  • Agar-agar mangga
  • Gula
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Sunquick
  • Lemon

Cara nak buat Buko Mangga

  1. Setengah biji mangga masak, 3 cawan susu full cream, 3 cawan air masak, 3 sudu makan gula kasar, 150gram cream cheese (mengikut selera masing-masing), perahan lemon, 1/2 cawan susu cair, 1/2 susu pekat blend kesemua bahan tadi.
  2. Masak sagu dan tapiskan kanji sebelum sejukkan.
  3. Rendam biji selasih sampai kembang.
  4.  8gram serbuk agar agar, blend buah mangga dan tapis serat untuk dapatkan original juice. 5 sudu makan gula kasar. 4 cawan air, 1 sudu besar sunquick mangga, 1 sudu besar sunquick oren. Didihkan atas dapur sehingga pekat.
  5. Potong dadu buah mangga.
  6. Masukkan kesemua bahan tadi kedalam bekas. Potongan dan presentation mengikut kreativiti tersendiri.

p/s: mangga lily gold&mangga susu gold paling manis pastikan buah mangga betul-betul masak untuk daptkan mangga yang manis

Sumber: Fara Nazira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Buko Laici

Bahan-bahan

  • 1 paket jeli perisa laici (masak ikut arahan di kotak, tambah pewarna merah)
  • 1 paket kecil sagu (direbus sehingga lembut)
  • 2 tin susu cair
  • 200ml whipping cream
  • 1 cawan isi kelapa
  • 1 tin laici (ambil airnya)
  • 1 bekas nata de coco (ambil airnya)
  • Boleh tambah lagi air gula ikut kemanisan

Cara nak buat Buko Laici

  1. Campur semua bahan sekali makan bersama ais batu.

Sumber: Hurun’Iin Malik dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian resepi buko buah ini dapat memberikan manfaat untuk anda. Banyak lagi resepi menarik untuk anda.

Jom lihat juga resepi panna cotta dessert yang mudah dan simple ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment