4 Resepi Sambal Kicap Johor

Sambal kicap Johor memang sedap dicicah bersama pisang goreng. Kalau nak tahu hanya di Johor sahaja anda boleh nampak pisang goreng dengan sambal kicap. Kami kongsikan resepi sambal kicap Johor untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Sambal Kicap Johor Berapi

Bahan-bahan

  • Lada cili
  • Bwg Putih 4/5 ulas
  • Kicap
  • Gula
  • Secubit garam

Cara buat Sambal Kicap Johor Berapi

  1. Tumbuk lada bawang putih sehingga lumat.
  2. Masukkan kicap gula dan garam gaul sebati.
  3. Siap.

Sumber: Norfadzlin Norfadzlin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sambal Kicap Johor Mudah

Bahan-bahan

  • Cili padi – 1 bungkus
  • Bawang putih – 6 ulas
  • Limau sambal – 6 bj
  • Kicap
  • Gula

Cara buat Sambal Kicap Johor Mudah

  1. Blender semuanya.
  2. Lepas blender, perahkan limau dalam enam biji (ikut citarasa sendiri).
  3. Masukkan kicap dan gula secukup rasa. Kalau suka manis pedas boleh masukkan lebih.
  4. Dah siap.

Sumber: Fahrul Hilmi Misman dari  Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sambal Kicap (Minyak Bawang Putih)

Bahan-bahan

  • Bwg ptih seulas ketuk dan goreng hingga garing
  • Cili padi segenggam goreng sekali dengan bawang putih tadi dan angkat. Jangan buang minyak

Cara buat Sambal Kicap (Minyak Bawang Putih)

  1. Tumbuk, isi gula, sos cili dan kicap. Masukkan minyak gorengan tadi dalam sesudu.
  2. Gaul rata. Tidak perlu letak garam dah sebab sos dan kicap dah msin.

Sumber: Fara Lome dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sambal Kicap Johor Maktok

Bahan-bahan

  • Cili kampung segenggam
  • 2 biji cili Siam merah
  • Bawang Putih 2ulas
  • Kicap
  • Perahan air limau

Cara buat Sambal Kicap Johor Maktok

  1. Pakai cili kampung camper 2 biji cili siam yg merah menyala pedas gila.
  2. Tumbuk cili and garlic tadi. Masa tumbuk masukkan sesudu gula, sedikit garam dan perasa.
  3. Dah hancur, masukkan kicap dan perahan air limau.

Sumber: Ica Ashida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Dah nama pun orang Johor kan wajib anda cuba resepi ini.

Jom semak juga resepi sambal belacan.

Selamat mencuba!

Leave a Comment