4 Resepi Telur Rebus (Mudah dan Kenyang)

Bila tiada lagi lauk, telur merupakan penyelamat dalam masakan. Boleh dimasak dengan pelbagai cara dan enak. Jom kami kongsikan resepi telur yang mudah ini.

Jom kita try!

1. Resepi Telur Air Asam

Bahan-bahan

  • Telur
  • Bawang, Lada cili
  • Gula, garam dan ajinomoto
  • Asam jawa

Cara buat Telur Air Asam

  1. Rebus telur dalam 5minit (buat separuh masak lagi sedap).
  2. Hiris bawang dan lada cili.
  3.  Buat air asam jawa.
  4.  Letak sikit gula dan garam dan ajinomoto (kalau suka).
  5. Dan tuang atas telur rebus yang dah dibelah dua.
  6. Biarkan dalam 5-10minit supaya kuah tu serap dalam telur.

Sumber: Mahfuzah Aidi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Telur Rebus Masak Kicap

Bahan-bahan

  • Telur 5 biji – di rebus hingga masak, di kupas kulit dan di goreng sekejap
  • 1 Ulas bawang besar * – hiris
  • 2 Ulas bawang putih * – cincang halus
  • 1 cm halia * – hiris
  • 2-3 sdb cili kering yang dah di blend *
  • 3 sdb minyak masak
  • 1 sdm sos tiram
  • 4 sdb kicap
  • Garam secukup rasa

Cara buat Telur Rebus Masak Kicap

  1. Panaskan kuali bersama minyak masak.
  2. Masukkan bahan bertanda *, tumis sehingga pecah minyak dan masak.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan sedikit air. Kalau pekat, tambahkan sikit lagi air.
  4. Biarkan seketika sehingga semua bahan tadi sudah sebati. Masukkan telur, gaul rata.
  5. Perasakan dan tutup api. Angkat dan hidang.

Sumber: No Or dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sambal Telur Rebus dan Ikan Bilis

Bahan-bahan

  • 6 biji telur (rebus dan goreng)
  • Segenggam ikan bilis
  • Cili kering 10 tangkai
  • bwg kecik 3 ulas
  • Bwg putih 2 ulas
  • Sedikit belacan
    (Semua di atas blend ya)
  • Sedikit air asam
  • Sedikit santan
  • Pati ayam seketul
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit daun kari
  • Sedikit daun bwg
  • Cili padi 6 biji
  • Cili merah1 biji
  • Sebiji bwg besar untuk hiasan

Cara buat Sambal Telur Rebus dan Ikan Bilis

  1. Tumiskan bahan-bahan yang di blend tadi sampai pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan ikan bilis, masak dalam 10 min kemudian masukkan air asam jawa, pati ayam, santan, gula dengan garam, masak sampai kuah pekat.
  3. Kemudian masukkan telur, bawang besar, daun kari, daun bawang ,cili padi dengar cili merah.
  4. Tutup api dah siap.

Sumber: Siti Fatimah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Paprik Telur

Bahan-bahan

  • Telur rebus (kopek dan goreng)
  • Carrot
  • Kacang panjang
  • Bwng besar potong 4
  • Daun limau
  • Cili blend
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Sos cili

Cara buat Paprik Telur

  1. Tumis cili blend sehingga garing, masukkan kicap manis, sos tiram dan sos cili.
  2. Dah sebati masukkan carrot, kcng panjang dan bawang besar. Gaul sekejap terus masukkan telur tadi.
  3. Last baru masukkan daun limau purut. Gaul sebati siap!

Sumber: Nur Aisya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan nak buat resepi ini. Makan pula dengan nasi panas cukup mengenyangkan.

Jom semak juga resepi telur separuh masak tak semua tahu teknik rebus telur yang betul.

Selamat mencuba!

Leave a Comment