4 Resepi Ayam Goreng Bawang Putih Viral

Baru-baru ini tular satu resepi yang popular di laman media sosial. Resepi ayam goreng bawang putih ini menjadi tular dek kerana ayam digoreng bersama beberapa ulas bawang putih. Bau bawang putih yang meresap ke dalam ayam ini pasti buatkan anda jatuh hati.

Jom kita try!

1. Resepi Ayam Goreng Bawang Putih (Air Fryer)

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Bawang putih (tumbuk lumat)
  • Sedikit halia (tumbuk lumat)
  • Sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
  • Sedikit kunyit serbuk
  • Garam

Cara buat Ayam Goreng Bawang Putih (Air Fryer)

  1. Basuh bersih ayam.
    Lumurkan ayam dengan ;
    – bawang putih (tumbuk lumat)
    – sedikit halia (tumbuk lumat)
    – sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
    – sedikit kunyit serbuk
    – garam
  2. Gaul sebati.
  3. Masukkan dalam bakul air fryer
    – suhu 180 darjah
    – masa 15 minit
    *Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.
  4.  Siap.

Sumber: Tsu Feh SufiahTsu Feh Sufiah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ayam Goreng Viral

Bahan-bahan

Bahan kisar

  • Telur – sebuti
  • Bawang merah besar – sebiji*
  • Bawang putih – 3 ulas*
  • Halia – 1 inci*

Curah atas ayam dan campurkan dengan :

  • Sos tiram – 2 sudu
  • Kiub pati ayam (cairkan : ikut anggaran ayam banyak mana)
  • Serbuk perasa dan gula
  • Tepung ubi – 2-3 sudu

Cara buat Ayam Goreng Viral

  1. Gaul dengan ayam dan perap seketika.
  2. Lagi lama lagi baik. Goreng macam biasa.
  3. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.

Sumber: Novelis Affieyza Isahak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ayam Goreng Bawang Putih

Bahan-bahan

  • Telur 1 biji
  • Bawang merah besar 1 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia 1 inci
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Tepung ubi 3 sudu

Cara buat Ayam Goreng Bawang Putih

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan telur.
  2. Letak air sikit dan tuang dekat ayam kemudian campur garam, ajinomoto dan tepung ubi.
  3. Gaul sebati dengan ayam boleh perap sekejap terus goreng.

Sumber: Maznah Mumin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ayam Goreng Bawang Putih (Rangup)

Bahan-bahan

Bahan perapan

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • ketumbar
  • Lada sulah
  • Garam

Cara buat Ayam Goreng Bawang Putih (Rangup)

  1. Kisar semua dan perap ayam + tepung ubi kayu
  2. Beberapa ulas bawang putih yg diketuk dimasukkan ketika menggoreng ayam.

Sumber: Norhayati BasriNorhayati Basri dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Jangan lupa untuk mencuba resepi yang viral ini.

Jika gemar dengan ayam goreng, jom cuba resepi ayam goreng ala MCD.

Selamat mencuba!

Leave a Comment