4 Resepi Ayam Goreng McD (Homemade Ala McDonalds)

Jika anda craving dengan ayam goreng McD, apakata anda buat sendiri resepi ayam goreng McDonalds ini di rumah. Bukan sahaja dapat berjimat tapi puashati kerana anda boleh tentukan tahap kepedasan yang anda suka. Nak buat ayam ala ala McD ini pun tidak lah susah mana, paling penting bahan yang mudah didapati.

Jom baca resepi ini.

1. Resepi Ayam Goreng Tepung

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Garam
  • Serbuk Kunyit
  • Serbuk cili
    * Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas. Ketepikan.

Bahan Tepung

  • 4 sudu besar tepung gandum (bergantung jumlah ayam)
  • Secubit soda bikarbonat (jangan banyak nanti rasa pahit)
  • Garam secukup rasa
    *Campur semua bahan dan gaul sebati.

Cara buat Ayam Goreng Tepung

  1. Pecahkan telur dan kacau.
  2. Celup ayam dalam telur.
  3. Lumurkan ayam pada tepung. Ramas-ramaskan ayam untuk bagi salutan tepung cantik.
  4. Goreng secara deep fry. Api sederhana sahaja.
  5. Mudah dan jimat. Selamat mencuba!

Sumber: Ellisa Aziz dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Ayam Goreng Ala MCD

Bahan-bahan

  • Tepung Bestari (orignal)
  • Tepung Beras
  • Tepung Gandum
  • Serbuk Cili.
    sukatan yg diberi hanya anggaran
  • Tepung bestari 1 1/2cawan
  • Tepung beras 3/4cawan
  • Tepung gandum 1/2cawan
  • Serbuk cili 2sudu besar

Cara buat Ayam Goreng Ala MCD

  1. Satukan menjadi serbuk kering.
  2. Salut ayam dengan serbuk kering.
  3. Jika risau tepung berterabur, goncang ayam+serbuk kering menggunakan bekas bertutup.

Sumber: Yati Nurhayati dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ayam Goreng MCD

Bahan-bahan

  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Tepung bestari spicy
  • Rempah cili

Cara buat Ayam Goreng MCD

  1. Gaul semua tepung campur air & perap ayam sekejap.
  2. Adunan tepung kedua campur semua tepung tapi jangan masukkan air.
  3. Ayam yang dah perap tadi gaul dengan tepung kering & boleh goreng dah.

Sumber: Zureen Amin Nurul Amin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN).

 

4. Resepi Ayam MCD Lebih Krunchy

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam di cuci beraih dan toskan
  • 2 cawan tepung bestari spicy
  • 1 cawan air
  • Sebatikan masukkan dalam ayam perap 1 jam
  • Tepung salutan
  • 2 cawan tepung bestari
  • ½ tpg beras bagi krunchy gaul sebati

Cara buat Ayam MCD Lebih Krunchy

  1. Goreng dalam periuk dengan minyak yang banyak untuk tenggelamkan ayam baru cantik kejadiannya.
  2. Pastikan masa masukkn ayam. minyak dah panas  dengan api sederhana.

Sumber: Jalilah JJ Homemade dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan nak buat? Bila datang rasa craving, terus je buat, puashati nak makan bila buat sendiri kan?

Jom semak resepi hash brown salah satu resepi MCD sarapan pagi yang popular.

Selamat mencuba!

2 thoughts on “4 Resepi Ayam Goreng McD (Homemade Ala McDonalds)”

  1. Dah cuba sekali rasa yg sedap macam berhantu pun ada resepi. Pandang ayam ingat resepi ni 😁🤲🤝

    Reply

Leave a Comment