4 Resepi Apam Kuah Terengganu (Sedap & Berkuah)

Bila datang ke Terengganu wajib untuk mencuba semua makanan yang ada. Orang Terengganu masih mengekalkan lagi resepi turun-menurun mereka, jadi tidak hairan di sini terdapat makanan yang kita jarang jumpa. Kali ini kami kongsikan resepi apam kuah terengganu untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Apam Kukus Terengganu

Bahan-bahan

Apam kukus

  • 250g tpg beras
  • 250g tpg gamdum
  • 1 1/2 kpg nisang (saiz sedang)
    dimasak dgn 1 cwn air & sejukkan
  • 3 cwn air, jika nak ‘lebih isi’ & merekah, kurangkan air.
  • 1/2 pek yis
  • Secubit garam
  • Serbuk lada hitam & pisang – optional

Kuah apam

  • 8 ulas bwg merah
  • 3 hiris lengkuas
  • 3 hiris halia
  • 1 inci kunyit/kunyit serbuk
  • Blend semua bahan di atas
  • 2 sb rempah kg
    (rempah ni kita buat sendiri tapi boleh juga guna rempah untuk gulai daging (gulai kawah). Rempah masak pun memang sesuai rasanya. Tapi bukan rempah kari.
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 1 sk nyor gula/kerisik
  • Minyak utk menumis
  • 4 ekor ikan selayang/kembung (saiz sedang yg direbus./panggang) Asingkan isinya.
  • 200g santan pekat.
  • Garam
  • Gula/nisang

Cara buat Apam Kukus Terengganu

Apam kukus

  • Campur semua bhn & kacau sebati & biarkan kembang (selama 45min lebih kurang. Dalam tempoh tu kacau  sekali sekala)
  • Sambil panaskan air, sapu acuan/loyang dengan sedikit minyak.
  • Biar air mendidih, boleh lah dijerang.
  • Untuk pastikan apam dah masak, cucuk bahagian tengah dengan lidi, jika tak melekat, apam mmg dah masak.

Kuah apam

  1. Panaskan minyak & tumis bahan blend berserta rempah & lada hitam hingga naik bau.
  2. Masukkan kerisik & isi ikan yang telah diblend, tambahkan sedikit air.Masukkan santan
  3. Masukkan garam & nisang/gula.
  4. Jika perlu tambah lagi sedikit air.
  5. Rasa masin manisnya ( jgn terlalu manis)
  6. Biarkan mendidih sekejap & tutup api.

Sumber: Nor Khomariah Norrohman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Apam Kuah Terengganu

Bahan-bahan

Kuih apam

  • 1 keping nissang (gula melaka)
  • 1/2 cawan air
    Di masak terlebih dahulu sehingga nissang hancur.Tapis dan sejukkan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 11/2 sudu teh yis
  • 4 sudu besar gula
  • 1 cawan air

Kuah apam

  • 2- 3 ekor ikan selayang rebus dengan sedikit garam dan ambil isi
  • 1 biji bawang besar
  • 1-2 ulas bawang putih.Saya letak 2 ulas
  • 2 cawan santan kelapa(saya guna santan kotak + 1 cawan air)
  • 1 sudu besar kelapa parut
  • 2 hiris halia
  • 2 hiris lengkuas
  • Sedikit kunyit hidup
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 keping nissang
  • 1 sudu kecil ketumbar, di sangai dan di tumbuk halus
  • 1 sudu kecil jintan manis di sangai dan di tumbuk halus
  • 1/2 sudu teh lada hitam di tumbuk halus
  • Sedikit garam

Cara buat Apam Kuah Terengganu

Kuih apam

  1. Gaulkan semua bahan diatas,dan tambahkan air nissang yang di masak tadi. Adunan ni memang agak pekat lebih kurang macam adunan jemput pisang tu. Kalau pekat,tambah lagi sedikit air
  2. Perap dalam 30 minit. Kacau.
  3. Perap lagi dalam 30 minit. Kacau.
  4. Sapukan loyang atau bekas kuih lompang dengan sedikit minyak supaya apam tak melekat dan mudah untuk di keluarkan.
  5. Kukus dengan api yang besar sehingga masak. Masa mengukus bergantung kepada saiz bekas yang di gunakan.
  6. Alas penutup pengukus dengan kain supaya air tak menitik atas apam.

Kuah apam

  1. Blend bawang besar, bawang putih, isi ikan, kelapa parut, halia, lengkuas dan kunyit.
  2. Masukkan ke dalam periuk. Tambahkan santan, nissang, kerisik, ketumbar, jintan dan lada hitam tumbuk.
  3. Masak sehingga pecah minyak. Kuah ni harus ada rasa manis sedikit tapi tidak keterlaluan.
  4. Apam ni juga boleh di makan dengan kelapa parut yang di tambah dengan sedikit garam. Kukus sekejap supaya tahan lama.

Sumber: Amy Mi Amor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Apam Kuah Terengganu

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 cawan gula melaka / gula merah
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam
    – Masak hingga gula larut, tapis dan sejukkan dahulu.

Bahan B

  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu kecil gula pasir
  • 3 sudu kecil yis
    – Satukan bahan dan rehatkan selama 5 minit hingga yis berbuih.

Bahan C

  • 4 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula pasir
  • Loyang atau acuan kecil – gris dengan minyak masak

Kuah

  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 hiris halia
  • 1 hiris lengkuas
  • 1cm kunyit
  • 1 ekor ikan kembung sederhana besar (rebus dan ambil isi)
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 keping gula melaka
  • 1 sudu kecil ketumbar disangai
  • 1 sudu kecil jintan manis disangai
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar kelapa parut
  • sedikit garam

Cara buat Apam Kuah Terengganu

  1. Dalam bekas yang besar, satukan bahan A, B dan C. Aduk rata, adunan tidak pekat dan tidak cair (seperti adunan cucur pisang), jika terlalu pekat tambahkan sedikit saja air.
  2. Tutup bekas dan rehatkan adunan selama 1/2 jam. Kaup balikkan adunan, kemudian tutup semula. Lakukan kaup balik adunan sebanyak 3 kali setiap 1/2 jam.
  3. Panaskan pengukus, masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan-acuan kecil, biarkan adunan mengembang dahulu dan kukus selama 30-40 minit bergantung pada saiz acuan.
  4. Tutup penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis ke atas apam.
    Note : Jika menggunakan acuan kecil, masukkan 1/2 adunan saja kerana adunan akan mengembang

Kuah

  1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit sampai lumat.
  2. Kemudian tumbuk lada hitam, kelapa parut sampai lumat.
  3. Tumbuk ketumbar dan jintan manis sehingga halus serta masukkan isi ikan tadi, tumbuk lagi hingga halus dan bergaul rata.
  4. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan2 yang telah ditumbuk / di kisar tadi. masukkan kerisik, gula melaka dan garam, kuah biar sedikit manis.
  5. Masak kuah hingga kuah naik minyak. kepekatan kuah tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Selalu kacau untuk mengelakkan kuah berkeladak.
  6. Hidang bersama apam.

Sumber: Zuita Aisyah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Apam Berkuah

Bahan-bahan

Apam gandum

  • 1 kg tepung gandum
  • 3 – 5 keping gula nisan (atau gula melaka)
  • 1 peket mauripan
  • Air secukupnya (lebih kurang 5 – 6 cawan)

Kuah apam

  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 susu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 3-4 kuntum bunga lawang
  • 4-5 biji buah pelaga
  • 2-3 cm kunyit hidup
  • 2-3 cm lengkuas
  • 2-3 cm halia
  • 1 batang serai
  • 3 sudu besar kerisik
  • 3 sudu besar kelapa parut
  • 3 ekor ikan selayang rebus/panggang tawar (ambil isinya)
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Gula/gula nisan secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji kelapa ( untuk dapatkan santan pekat dan cair)

Cara buat Apam Berkuah

Apam gandum

  1. Masak gula nisan/ gula melaka dengan 2 cawan air sehingga cair.
  2. Kemudian tapis dan biarkan sejuk.
  3. Masukkan mauripan ke dalam air gula yang telahdisejukkan.
  4. Kacau sehingga mauripan mengembang dan nampak berbuih.
  5. Ayak tepung gandum, tuangkan air gula tadi dan gaul rata (seeloknya gunakan tangan). Adunan mestilah seperti adunan cekodok ataupun sedikit lembik .
  6. Tambah air lagi jika tidak mencukupi.
  7. Biarkan adunan naik dalam 1/2 jam, kacau (kaupbalik) dan biarkan dia naik lagi.
  8. Ulang proses ini sebanyak 3 kali iaitu dalam 1/2 jam sekali.
  9. Untuk kaup balik kali ketiga terus tuangkan ke dalam loyang atau acuan kecil untuk kuih apam.
  10. Panaskan kukusan dan kukus apam sehingga masak (dalam 40 minit).

Kuah apam

  1. Kesemua bahan-bahan di atas dikisar bersama.
  2. Masak bersama dengan santan cair. Bila sudah agak kering baru masukkan santan pekat. Perasakan dengan gula nisan dan garam.

Sumber: Rasmin Arnie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi kali ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Jom cuba pula resepi kuih dari Terengganu seperti nasi telur, nasi kuning, nasi dagang dan tidak dilupakan juga kuih tahi itik.

Selamat mencuba!

Leave a Comment