4 Resepi Mee Kuah Tulang (Sedap & Daging Empuk)

Sesekali menu makan tengahari kita gantikan dengn mee pun apa salahnya, boleh kenyang sampai ke malam. Jika sebelum ini kami kongsikan resepi mee rebus, jom kami nak kongsikan dengan anda mee kuah tulang. Resepi ini  “watak utama” hidangan semestinya daging dan tulang lembu yang dimasak empuk.

Jom baca.

1. Resepi Mee Kuah Tulang Warisan Ayahanda

Bahan-bahan

  • 3kg Tulang
  • 1kg Daging
    (rebus sampai daging empuk)
  • 100gm Cili kering
  • 3 ulas bawang besar
    sedikit udang kering (boleh letak udang basah)
    (kisar dan tumis sampai pecah minyak)
  • 4 biji Ubi Kentang (direbus dan dikisar halus)
  • 1/2 tin Susu cair
  • 1/2 tin Susu pekat
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Asam keping
  • 200gm Kacang tanah (kisar halus)
  • 3sb Tepung Jagung (dibancuh)
  • Daun bawang / daun sup ( saya letak dua2)
  • Garam & gula secukup rasa

Hiasan

  • Sawi & taugeh (celur)
  • Fishball
  • Telur rebus
  • Daun bawang
  • Daging rebus (potong halus)

Cara buat Mee Kuah Tulang Warisan Ayahanda

  1. Satukan bahan yang ditumis dalam rebusan tulang.
  2. Masukkan ubi kentang yang dikisar halus.
  3. Masukkan susu cair, susu pekat, sos tomato, sos cili, asam keping & kacang tanah.
  4. Perasakan dengan gula & garam.
  5. Masukkan air bancuhan tepung jagung.

NOTA

  • Rasa kuah mesti ada manis masam masin dan pedas.
  • Tekstur kuah mesti sedikit pekat, baru terangkat.

Sumber: Sarah Saidin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Mee Kuah Utaqa

Bahan-bahan

  • Tulang lembu (rebus hingga empuk air rebusan jgn buang)
  • Cili kering blend.
  • Bawang besar 1bj
  • Bawang putih 2 ulas
  • Sedikit [email protected] udang kering
  • Halia.

Cara buat Mee Kuah Utaqa

  1. * Semua bahan blend..hancur.
  2. Ubi keledek rebus dan [email protected] blend pun bole.
  3. Kacang tanah disangai dah sejuk blend kering hancur.
  4. Kalau nak cepat boleh blend ubi keledek sekali kacang tanah tadi. Tumis cili blend dan bahan blend tadi hingga wangi.
  5. Masukkan sos tiram, agak 2 sudu Sos cili agak 4 sudu.
  6. Kacau dan masukkan tulang dan air rebusan tadi,masuk ubi keledek dan kacang tanah tadi dan masak sampai didih.
  7. Masukkan garam, sedikit gula, secukup rasa maggi, sayur sawi dan tomato, boleh juga nak masuk telur, biar mendidih sekejap dan tutup api.
    -Mee kuning celur dulu sebelum letak kuah.
  8. Boleh hias ikut citarasa.
  9. Telur rebus, daun bawang, daun sup, asam limau nipis dan bawang goreng.

Sumber: Nor Asiah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Mee Kuah Tulang Keledek Merah

Bahan-bahan

  • Tulang dan daging rebus
  • Keledek merah
  • *Blend bawang besar
  • *Bawang putih
  • *Halia
  • *Cili kering
  • Serbuk sup adabi dua sudu
  • Serbuk perasa sikit
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Garam
  • Gula
  • Susu pekat manis

Cara buat Mee Kuah Tulang Keledek Merah

  1. Semua bahan bertanda * ni tumis sampai pecah minyak masuk perencah sup, letak kulit kayu manis sebatang cukup dan bunga lawang dlm 3 kuntum, dan tuang masuk dalam rebusan daging tadi.
  2. Ubi keledek merah dalam 3 biji rebus dan blend dan masuk dalam periuk.
  3. Masuk pula segala sos tadi.
  4. Perasakan dengan garam gula dan susu pekat manis.
  5. Dah siap boleh lah taburkan hirisan daging, telur rebus, tauhuoreng, sawi celur, daun bawang sup, taugeh, cili potong dan bawang goreng.

Sumber: Finaz Rizal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Mee Kuah Tulang

Bahan-bahan

  • Tulang
  • Bawang besar, bawang kecil
  • Halia
  • Cili kering
  • Udang kering
  • Ubi keledek
  • Gula
  • Garam
  • Sawi
  • Tomato
  • Telur

Cara buat Mee Kuah Tulang

  1. Rebus tulang sampai empuk.
  2. Blender*bawang besar, bawang kecik, bawang putih, halia, cili kering + udang kering secubit.
  3. Tumis sampai pecah minyak, dan masukkn sos cili + sos tiram.
  4. Blender*ubi keledek + udang, masukkn selepas bahan tumis dah pecah minyak, then masukkan tulang yang dah direbus sekali air rebusan tulang.
  5. Masukkn perasa gula + garam.
  6. Masukkan sawi + tomato.
  7. Telur (optional)
  8. Then siap boleh hidang mkan.

Sumber: Maisara Rahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Baru baca resepi sahaja dah telan air liur kan? Jadi jangan lupa untuk mencuba sendiri nanti.

Jom baca resepi mee kari pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment