7 Resepi Donut Lembut dan Ringan (Confirm Jadi Jika Ikut Step)

Siapa sahaja yang tidak gemar dengan kuih donut ini. Donut sekarang bukan setakat ditabur dengan gula sahaja, malah pelbagai topping yang ada untuk menaikkan seri donut. Kadang geram juga kan bila donut yang kita buat keras kejung, paling sedih bila waktu pagi donut menjadi gebu dan ringan tapi apabila dah masuk petang terus tekstur bertukar keras. Kali ini kami ingin kongsikan resepi donut lembut dan ringan untuk anda cuba.

Jom kita try!

1. Resepi Donut Susu Gebu

Bahan-bahan

  • 1sdb gula
  • 1/2cwn air pns
  • 1peket kecil lebih kurg 1sdb yis mauripn
  • 1bji telur
  • 3cwn tepung gandum
  • Sedikit grm
  • 1sdb susu pekat
  • Masuk 2sdb butter

Cara buat Donut Susu Gebu

  1. Kacau sikit tutup 10minit, tengok yis dah membuih masuk satu bji telur.
  2. Kacau lagi masuk tiga cawan tepung gandum, susu tepung dan sedikit garam dan susu pekat.
  3. Sebatikan dulu guna senduk kalau tepung masih berderai masuk sikit air sejuk dari peti ais.
  4. Sambil uli bila semua tepung dah bercmpur, masuk butter.
  5. Terus uli hingga jadi doh.
  6. Bila doh dah lembut tidak melekat pada tangan, perap dan tutup sekejap dengan tuala bersih bagi doh naik mengembang.
  7. Bila doh dah kembang keluarkan dari bekas letak atas papan canai.
  8. Leperkan sikit doh. Tekap dengan acuan donut.
  9. Biarkan sekejap dalam 10minit, baru boleh mula goreng.
  10. Api jangan terlalu besar.
  11. Balik-balikkan donut  supaya tak hangit. Bila dah nampak perang boleh angkat.

Susu tepung

  1. Sedikit gula aising dan susu tepung.
  2. Gaul bersama.
  3. Salut pada donut.
  4. Dah siap.

Sumber: Iedaa Jahaya dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Donut Gebu

Bahan-bahan

  • 250g tpg high protein
  • 2 sudu B gula kastor
  • 2 sudu B susu tpg
  • 4g yis
  • 1/2 camca teh garam
  • 5g cream super
  • 35g Marjerin
  • air sejuk  peti ais+ 1 biji kuning telur – jadikan 130g – 140g

Cara buat Donut Gebu

  1. Campurkan semua bahan boleh uli guna bm atau mixer. Apa yg penting uli doh sampai ELASTIK.
  2. Siap uli boleh terus rounding.
  3. Habis rounding rehatkan doh lebih kurang 10 min. Kemudian leperkan sedikit doh dan tebuk lubang guna belakang nozel @ penutup botol pun boleh.
  4. Perap selama 45 min -1 jam sehingga donut kembang & ringan (bergantung pd keadaan suhu persekitaran & kadar penggunaan yis).
  5. Goreng guna api perlahan sahaja, balikkan sekali sahaja setiap bahagian supaya tak serap minyak.
  6. Adunan menghasilkan 15 biji donut doh 30g.
  7. Sukatan sudu guna sudu metrik.

Sumber: Rahmah Rosmin dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Donut Kampung

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
    – campurkan bahan ni dan biarkan kembang

Bahan B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh dough softner*
  • 1 sudu teh Bread improver*

Cara buat Donut Kampung

  1. Kalau  takda gantikan dgn 𝙬𝙖𝙩𝙚𝙧 𝙧𝙤𝙪𝙭 ,  water roux adalah campuran air dan tepung yang di kacau sebati kemudian di masak atas api hingga memekat.
  2. Ayak tepung bersama baking powder masukkan bahan lain kecuali majerin kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan majerin dan ramaskan bahan  hingga jadi macam serbuk roti.
  4. Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
  5. Rehatkan doh sehingga naik 2x ganda . Bergantung yis doh naik. Pastikan bekas ditutup seeloknya guna napkin bersih.
  6. Bila doh dah naik tumbuk doh tadi keluarkan angin.
  7. Kemudian tabur sedikit tepung uli sekejap hingga tak melekat pada jari just kaup guna spatula. Rehatkan kejap biar naik kembang lagi sekali.
  8. Buat bentuk bebola dan rounding ring donut guna jari.
  9. Dan boleh goreng guna api sedang.
  10. Goreng teknik balik sekali sahaja.
  11.  Biar donut agak suam baru tabur gula.

Sumber: Neny Lai Han dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

4. Resepi Donut Minum Petang

Teknik Uli Tangan

Bahan-bahan

Bahan A

  • 250 gm tpg hp
  • 35 gm gula pasir
  • 10 gm susu tpg
  • 4 gm yis
  • 1 biji kuning telor
  • 120 gm air (air suam untuk uli tangan/air dingin utk uli mesin)

Bahan B

  • 35 gm majerin
  • 2 gm garam

Cara buat Donut Minum Petang

Uli Tangan

  1. Larutkan yis dengan air suam dan masukkan gula dan kacau hingga gula larut biarkan 15 minit.
  2. Masukkan bahan A dalam mangkuk, uli sehingga tak melekat di tangan.
  3. Masukkan bahagian B uli lagi sehingga doh tak melekat di tangan.
  4. Tabur tepung pada bekas.
  5. Timbang doh dalam gm yang dikehendaki rounding dan letak dalam dulang yang ditabur tepung.
  6. Biarkan doh kembang dan ringan lebih kurang 50 minit leperkan dan buat lubang.
  7. Panaskan kuali dengan api kecil goreng sekali balik sahaja.
  8. Tabur dengan dusting sugar.

Sumber: Izamani Ismail dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

5. Resepi Donut Gebu

Bahan-bahan

Bahan A

  • Yis Mauripan 1 paket
  • Susu Pekat 2 sudu
  • Air suam
  • Sedikit garam

Bahan B

  • Tepung Gandum 850g
  • Marjerin 4 sb

Cara buat Donut Gebu

  1. Bancuh yis mauripan dengan air suam setengah gelas tambah susu pekat 2 sudu besar
  2. Masukkan sedikit garam. Tunggu shingga yis naik & berbuih
  3. Tepung gandum digaul bersama marjerin, jangan terlebih agak-agak sahaja
  4. Masukkan bahan A, tambah sdikit air sehingga jadi doh
  5. Tunggu sehingga doh naik, dan buat bentuk bulat-bulat atau guna acuan donut
  6. Rehatkan sekejap doh yang sudah di bentuk
  7. Goreng dan toskan minyak kemudian letakkan topping mengikut citarasa sendiri

Tips:

  • Bancuhan yis jangan guna air panas sangat nanti yis tak naik
  • Topping cadangan: Gula castor/chocolate/chocolate rice/Nutella

Sumber: Eti Nur Syafiraa dari Masak Apa Hari Ni

 

6. Resepi Donut Lembut

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 paket yis kering mauripan
  • 2 sb susu pekat
  • Anggaran 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
    (Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih)

Bahan B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
    (Ramas semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti)

Bahan C

  • Setengah cawan susu Full Cream/Fresh Milk

Cara buat Donut Lembut

  1. Campurkan bahan A+B+C dan uli (kalau guna Breadmaker uli selama 30 minit)
  2. Bentukkan doh bulat-bulat dan buat lubang
  3. Apabila doh sudang mengembang dalam 2 kali ganda saiz asal, boleh mula menggoreng dengan api sederhana (pastikan minyak betul-betul panas)

Sumber: Nur Shuhada’ dari Masak Apa Hari Ni

 

7. Resepi Donut Simple

Bahan-bahan

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1/2 peket yis 11gm
  • 1 sb Ovallette/ kuning telur
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sb gula
  • 1 sb planta/minyak
  • Secubit garam
  • Air dalam 1 cawan

Cara buat Donut Simple

  1. Larutkan 1 cawan air suam, yis, gula dan biarkan seketika.
  2. Tepung gandum, planta, telur, garam dan Ovallette digaul sebati.
  3. Masukkan larutan yis tadi. Uli sampai doh tak melekat di tangan. Kalau doh masih keras boleh tambah air sedikit demi sedikit.
  4. Terus canai bentuk donut (tak perlu perap). Boleh guna acuan donut, atau tekap guna mulut cawan. Lubang tengah boleh guna penutup botol mineral atau penutup botol minyak besar.
  5. Tabur tepung di talam supaya doh tidak melekat selepas kembang.
  6. Selepas siap canai, biarkan kembang seketika dalam 10 ke 15 minit dan goreng.

Sumber: Mar Che dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Resepi donut yang kami kongsikan ini confirm gebu dan lembut jika anda ikut sahaja step yang dikongsikan.

Diharapkan agar perkongsian resepi donut lembut dan ringan ini akan membuatkan anak-anak anda suka.

Jika anda peminat kek? Jom semak pelbagai resepi kek yang ada kami sediakan untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment