4 Resepi Dalca Daging (Sedap, Mudah & Menyelerakan)

Jika sebelum ini kami kongsikan resepi dalca ayam dan dalca sayur kali ini resepi dalca daging pula kami berikan idea memasak untuk anda. Dalca daging ini sesuai dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak memang sedap.

Izinkan kami berkongsi.

1. Resepi Dalca Daging

Bahan-bahan

Bahan tumis

  • 1 genggam kacang dal (cuci, rendam, rebus)
  • 2 biji Ubi kentang – kupas,belah 4
  • 1 batang carrot- potong menegak
  • 1 biji cili muda- potong pendek
  • 1 biji cili hidup – belah 2
  • Tomato – belah 4
  • Terung 2 biji – belah 4
  • 2 sudu tomato soup
  • Santan
  • 3 sudu besar Rempah kari daging FAIZA
  • Daun rempah
  • Sedikit asam jawa- ambil jus
  • Serbuk kunyit
  • 4 sekawan (buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih)
  • Bawang besar dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • Halia dihiris
  • Daun kari

Bahan kisar

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia

Cara buat Dalca Daging

  1. Daging dibasuh dan dihiris nipis.
  2. Bancuh rempah dengan bahan kisar.
  3. Kacang dal yang direbus, separuh kisar halus.
  4. Panaskan minyak,tumis bahan tumis hingga bawang kekuningan.
  5. Masukkan pes rempah, kacang dal yang dikisar, daging dan sedikit air.
  6. Masak hingga pecah minyak.
  7. Masukkan santan, ubi kentang,kacang dal masak hingga mendidih.
  8. Cucuk kentang jika dah empuk sikit masukkan, carrot, tomato, tomato soup, cili muda, cili hidup, jus asam jawa dan serbuk kunyit.
  9. Biarkan merenih dengan api sederhana.
  10. Masukkan garam ,dan akhir sekali baru dimasukkan terung serta daun ketumbar.

Sumber: Balkhais Rifaie dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Dalca Daging Batang Pinang

Resepi 3-4 org mkn

Bahan-bahan

  • Daging batang pinang 250gram
  • Kacang dal segenggam (rebus smpai empuk)
  • Kacang panjang 5-6 batang
  • Terung panjang sebatang
  • Carrot sebatang
  • Kentang 2 biji
  • Tomato sebiji
  • Cili padi hijau 5biji
  • Serbuk kari 4 sudu mkn
  • Santan 1 kotak kecik
  • Asam keping 1

Bahan kisar

  • Cili kering 5 tangkai
  • Bawang putih 4 ulas
  • Bawang besar sebiji
  • Halia 2 inci

Bahan hiris

  • Bawang besar sebiji
  • Bawang putih 2 ulas

Bahan tumis

  • Daun kari
  • Kayu manis 1
  • Bunga lawang 1
  • Buah pelaga 3 biji

Cara buat Dalca Daging Batang Pinang

  1. Panaskan minyak tumis bahan tumis sampai naik bau.
  2. Masukkan bahan hiris sampai sedikit layu msukkn bahan kisar tumis sampai pecah minyak.
  3. Dah pecah minyak masukkan rempah kari dengan sdikit air tumis lagi sampai rempah kari garing.
  4. Kemudian masuk daging dengan air, masak sampai daging empuk.
  5. Selepas dah rasa dging empuk masukkan kacang dal yang dah direbus, santan, asam keping, kentang, carrot masak sampai kentang dan carrot lembut.
  6. Dah lembut masukkan kacang panjang terung dan tomato, masukkan garam dan perasa.
  7. Masukkan cili padi hijau sebgai hiasan.

Sumber: Nuraziah Yusof dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Dalca Daging Tetel

Bahan-bahan

  • Rendam 1 Genggam Kacang Dal dalam air Panas (1-2 Jam)
  • Daging Tetel
  • 1 Karot Potong Kasar
  • 3 Biji Kentang Potong 6
  • 4 Ulas Bawang Merah – Tumbuk
  • 1 Sudu Makan Pes Halia
  • 1 Sudu Makan Pes Bawang Putih
  • Rempah 4 Sekawan
  • 3 Sudu Makan Serbuk Kari Daging
  • 1 Sudu Teh Serbuk Cili
  • 1 Sudu Teh Serbuk Kunyit
  • Daun Pudina
  • Daun Kari
  • Daun/Akar Ketumbar
  • Cili Kering
  • 1/2 Cawan Santan
  • 1 Biji Buah Tomato potong kasar
  • Terung
  • Cili Hijau dan Merah
  • Garam

Cara buat Dalca Daging Tetel

  1. Rebus Daging Tetel bersama hirisan halia dan kacang dal.
  2. Apabila Daging hampir empuk boleh masukkan carrot dan ubi kentang.
  3. Panaskan Minyak Masak, tumis rempah 4 Sekawan bersama bawang tumbuk, daun pudina, daun/akar ketumbar, daun kari dan hirisan cili hijau sehingga wangi dan layu.
  4. Tambah serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit, tambah 1/2 cawan air dan pes bawang putih dan pes halia.
  5. Masak sehingga pecah minyak dan tambah buah tomato dan cili kering.
  6. Seterusnya curahkan semua rempah tumis ke dalam periuk rebusan daging tetel.
  7. Tambah 1/2 cawan santan dan garam secukup rasa.
  8. Akhir sekali masukkan terung dan cili hijau/cili merah. Setelah terung layu boleh off api.

Sumber: Roslan Eusof dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Dalca Daging by Kak D

Hidangan: 10 orang

Bahan-bahan

  • 500 gram daging
  • 4 sudu besar rempah kari daging
  • 4 sudu besar cili kering blend
  • 3 cawan santan
  • 180 gram kacang dhal
  • 3 biji kentang, kupas kulit dan potong 4
  • 2 biji cili hijau/merah
  • 4 tangkai kacang panjang, potong panjang 2 inci
  • 3 biji terung panjang, belah 2 dan potong panjang 2 inci
  • 1 biji tomato, potong 4
  • 2 biji karot, potong memanjang
  • 2 tangkai daun kari
  • asam keping/ air asam jawa

Bahan untuk kisar halus

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji bawang besar

Bahan untuk mayang halus

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 biji bawang merah( kecil)

Bahan untuk rempah tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga

Cara buat Dalca Daging by Kak D

  1. Rebus kacang dhal sehingga lembut.
  2. Rebus daging sehingga lembut dan hiris nipis. Jangan buang airnya.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan mayang dan kisar halus, daun kari dan bahan rempah tumis sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan pula rempah kari, cili kering dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan air rebusannya, kacang dalca, karot, kentang, cili hijau/merah, asam keping dan juga santan.
  6. Masak sehingga sayur empuk.
  7. Masukkan tomato dan terung dan masak sehingga lembut.
  8. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  9. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
  10. Angkat dan hidangkan

Sumber: Diana Jalal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan resepi dalca daging ini, rugi jika anda tidak cuba resepi ini.

Jom baca resepi nasi daging yang sedap ini pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment