4 Resepi Agar Agar Milo (Dessert Paling Mudah)

Antara dessert yang paling simple nak buat ialah agar agar milo, bahan yang diperlukan pun tidak menggunakan bahan yang banyak. Dessert yang pasti menjadi kegemaran anak-anak, buat sebekas pasti habis sehari sahaja. Jom kami kongsikan resepi agar agar milo yang mudah ini.

Jom kita try!

1. Resepi Agar Agar Milo

Bahan-bahan

  • 1 paket serbuk agar-agar (10gm)
  • 1 liter air
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 senduk gula pasir (senduk sederhana)
  • 10 sudu besar milo
  • 1/2 sudu teh garam

Cara buat Agar Agar Milo

  1. Panaskan air. Masukkan serbuk agar agar dan kacau rata hingga larut.
  2. Masukkan pula gula dan garam. Kacau hingga larut.
  3. Kemudian masukkan pula milo, susu sambil kacau rata hingga mendidih.
  4. Masuk adunan ke dalam acuan/loyang/bekas. Biarkan suam kuku dulu baru masukkan dalam peti ais.
  5. Sedap dimakan sejuk waktu berbuka.

Sumber: Nurul Nadhirah Othman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Agar Agar Milo Oreo

Bahan – bahan

  • 1 pek 10gram agar agar clear.
  • 4 cawan air.
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 1 pek oreo tak perlu buang cream tengah
  • 1 cawan milo

Cara buat Agar Agar Milo Oreo

  1. Larutkan agar agar dengan air di atas api perlahan. Setelah larut masukkan gula dan kacau sehingga larut.
  2. Kemudian masukkan susu cair. Kacau sehingga mendidih.
  3. Asingkan dua cawan ke periuk lain (untuk lapisan putih).
  4. Manakala baki di dalam periuk tadi masukkan milo dan kacau lagi.
  5. Tuang separuh adunan milo ke dalam acuan puding.
  6.  Tunggu sehingga layer atas keras kemudian buat cakaran nipis di atas layer milo pertama sebab nak bagi letak layer kedua dan tuang semua adunan putih tadi.
  7. Kemudian patahkan biskut oreo kepada dua dan susun di atas layer putih.
  8. Lepas layer putih dah keras, masukkan baki layer milo atas sekali.
  9. Ada tiga lapisan semuanya . Agak-agak dah suam, masukkan dalam peti ais dan ready untuk makan bila dah keras.

Sumber: Museyenah Jatim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Agar Agar Milo Simple

Bahan-bahan

  • 1 paket agar-agar serbuk
  • 1 tin Susu cair

Cara buat Agar Agar Milo Simple

  1. Masak agar-agar dengan 300 ml air. Dah mendidih masukkan anggaran 200-250 gm gula.
  2. Kemudian masukkan susu cair masak hingga mendidih.
  3. Masukkan separuh agar yang putih dalam loyang dan masukkan dalam peti biar sedikit beku.
  4. Bila dah beku bancuh 3camca Milo dengan sedikit air panas.
  5. Panaskan semula lebih agar-agar tadi dan masukkan bancuhan Milo kacau hingga sebati.
  6. Agar-agar putih yang dah beku lorekkan dengan garfu untuk jadikan lubang supaya mudah untuk agar ini bercantum.
  7. Sejukkan dalam peti. Selamat mencuba.

Sumber: Mdm Kelly dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Agar Agar Milo Mix Coco

Bahan-bahan

Bahan milo

  • 10 gm agar-agar
  • 400 ml susu sejat
  • 800 ml air
  • 3/4 cawan gula
  • 2 cawan milo
  • 1 cawan coco
  • 3 sudu susu pekat

Bahan susu

  • 10 gm agar-agar
  • 400 ml susu sejat
  • 1/4 cawan gula ikut manis
  • 800 ml air
  • Garam secukut rasa

Cara buat Agar Agar Milo Mix Coco

  1. Kuantiti 300 ml milo biar mengeras dalam 7 minit.
  2. Kemudian carikkan dengan garpu dipermukaannya.
  3. Baru lapis yang susu pula buat sampai habis biarkan sejuk diluar baru masuk dalam peti ais.

Sumber: Red Kemboja dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)..

 

Akhir kata

Resepi dessert yang paling mudah nak buat dan paling penting sedap dimakan. Jangan lupa cuba ya!

Jom semak resepi dessert puding triffle pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment