4 Resepi Sambal Kerang (Manis Pedas Secukup Rasa)


Makan nasi lemak bersama sambal kerang bukan lah satu perkara asing sekarang ini. Tapi harga kerang yang dijual sekarang ini boleh dikatakan agak mahal juga. Jom kali ini kami kongsikan resepi sambal kerang yang mudah dan sedap.

Jom kita try!

1. Resepi Sambal Kerang Cik Mai

Bahan-bahan

  • Rebus kerang (kupas ambil isi)
  • 30 cili kering (gunting dan rebuskan)
  • Masukkan cili kering dalam blender bersama 4 biji bawang besar sedikit belacan besar ibu jari, dan 1 sudu minyak masak letak 1 cawan air

Cara buat Sambal Kerang Cik Mai

  1. Panaskan minyak dalam kuali dah panas masukkan bahan blend tutup kuali supaya tak percik kecilkan api gas.
  2. Kacau sambal sekali sekala sampai keluar minyak dibahagian atas tumisan.
  3. Bila dah garing masukkan garam, aji dan gula.
  4. Ambil 1 sudu asam jawa ramaskan dengan sedikit air masak masukkan air asam jawa dalam kuali.
  5. Dah cukup rasa masam masin manis pedas masukkan isi kerang dah siap.

Sumber: Maizura Syed Husin AlJufri dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Sambal Kerang Cara Kampung

Bahan-bahan

  • Cili kering
  •  Bwg besar
  •  Bwg putih
  •  Halia
    (Bahan atas satukan blander sampai lumat)
  •  Kerang
  •  Santan 3sb
  •  Garam
  •  Gula
  •  Ajinomoto (optional)

Cara buat Sambal Kerang Cara Kampung

  1. Tumis bahan yang dah blander dah tumis masukkan garam, gula, dan ajinomoto.
  2. Masak sampai pecah minyak baru masukkan santan.
  3. Gaul sebati tunggu sampai 5minit baru masukkan kerang kacau tunggu sampai betul-betul masak, dah siap.

Sumber: Uya Masbah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sambal Kerang Simple

Bahan-bahan

  • 2kg kerang
  • 2bh bawang besar
  • 4sdb_cili boh/kering
  • Sdikit_Air Asam jawa
  • 2sdb_gula merah/melaka
  • Minyak masak
  • Garam

Cara buat Sambal Kerang Simple

  1. Tumbuk/blender bawang besar, cili kering.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang, cili kering sampai pecah minyak.
  3. Masuk air asam jawa, gula merah dan garam.
  4. Last masuk kerang kacau rata siap.

Sumber: PutRa FairuZairiy FZ dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sambal Kerang Cilipadi

Bahan-bahan

  • 2kg Kerang direbus dan asingkan isinya
  • 10ulas Bawang merah*
  • 5ulas Bawang putih*
  • Segengam cilipadi*
  • 4bj lada hidup*
  • 1inci kunyit hidup*
  • 2keping asam gelugor
  • Minyak utk menumis
  • Garam n perasa
  • 1bj bawang besar dihiris

Cara buat Sambal Kerang Cilipadi

  1. Isi kerang digaul kunyit & garam dan digoreng separuh masak kemudian toskan.
  2. Kisar kasar semua bahan bertanda*
  3. Tumis bahan kisar tadi, campurkan asam keping dan perasakan.
  4. Bila tumisan dah betul-betul garing, masukkan kerang tadi dan hirisan bawang besar. Gaul rata.

Sumber: Hafizan Hashim Akok Open dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudahkan resepi yang kami kongsikan ini, confirm jadi.

Jom semak resepi rendang kerang yang sedap dimakan bersama nasi impit.

Selamat mencuba!

Leave a Comment