4 Resepi Bubur Ayam McD (Simple, Mudah & Berkhasiat)

Apabila demam bubur merupakan comfort food anda yang sedap dimakan. Lagi best bila kita buat sendiri bubur pelbagai juadah sampingan yang anda minat boleh letak dalam bubur. Kali ini kami kongsikan resepi bubur ayam McD yang merupakan menu popular mereka.

Jom kita try!

1. Resepi Bubur Ayam McD Homemade

Bahan-bahan

  • Isi ayam
  • Beras
  • Halia
  • Carrot (optional)
  • Garam
  • Pati kiub ayam

Bahan-bahan lain

  • Bawang kecil – dihiris dan digoreng
  • Bawang putih – dihiris dan digoreng
  • Daun bawang – hiris
  • Telur masin – rebus dan belah 2 (optional)
  • Minyak bijan

Cara buat Bubur Ayam McD Homemade

  1. Rebus ayam hingga empuk, air rebusan ayam jangan buang.
  2.  Basuh beras dan masukkan air rebusan ayam tadi dan masak di atas api sederhana dan kerap kacau untuk nampak hasil bubur yg cantik.
  3. Masukkan kiub pati ayam.
  4.  Apabila bubur nak masak tu, boleh masukkan halia yang telah ditumbuk lumat, isi ayam yang telah disiat dan carrot yg telah disagat.
  5. Last letak separuh dari bawang yang telah digoreng ke dalam bubur & dah siap.
  6. Dah siap letak dalam mangkuk then letak minyak bijan sikit, dan taburkan daun bawang & bawang goreng dan letak telur masin.
  7. Boleh add on serbuk blackpepper atau lada sulah untuk penambah rasa.

Sumber: Tiha Nnisa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Asli Bubur Ayam McD

Bahan-bahan

Bahan bubur

  • Beras hancur jasmin
  • Dalam periuk cuci beras
    (Masukan air masak suam
    Tujuan nak cepat masak)

Bahan ayam

  • Rebus hirisan ayam
  • Bersama peranan halia tadi dan 500mlm air rebus sampai masak

Bahan topping bubur McD

  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan cili Merah
  • Minyak bijan
  • Sukatan 1 sb

Cara buat Bubur Ayam McD

Bahan bubur

  1. Setiap 10 minit kacau supaya masak sekata.
  2. Pada 10 minit ke 2 masukan halia hiris 1 sb.
  3. Pada 10 minit tambah air masak.
  4. Kacau sebati.
  5. Kemudian masukan stok ayam brand Maggie 1/2 cup dalam bubur, 10 minit terakhir sebelum paking dalam mangkuk.

Bahan ayam

  1. Ayam hiris nipis perap dengan halia (tujuannya sedap dan tidak bau hanyir).
  2. Rebus hirisan ayam.
  3. Bersama peranan halia tadi.

Sumber: Azielah Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Bubur Ayam McD

Bahan-bahan

  • Beras 1 cwn (cuci /toskan)
  • Air (5cawan)
  • Halia (hiris)
  • Bawang merah (hiris)
  • Bawang putih (hiris)
  • Kiub ayam 1
  • Minyak masak (3 sudu)
  • Garam/ perasa

Cara buat Bubur Ayam McD

  1. Masakkan beras macam biasa atas api, kacau sampai lembik, kalau kurang tambahkan air sampai jadi bubur.
  2. Panaskan kuali masukkan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih & halia. Masakkan sampai garing.
  3. Kemudian tuangkan bahan yang goreng tadi dalam periuk bubur, masukkan ayam & kiub pati ayam dan kacau sampai masak serta masukkan perasa.
  4. Tutup api, letak bubur dalam mangkuk, hiaskan dengan daun bawang, daun sup & bawang goreng.
  5. Kalau nak pedas letak lada sulah & cili merah potong.

Sumber: Azwa Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Bubur Ayam Ala McD

Bahan-bahan

  • Ayam 1/4
  • Beras 2 pot
  • Halia hiris
  • Stok ayam 2 sb
  • Minyak bijan 2 sb
  • Garam secukup rasa
  • Air
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Cili merah
  • Lada sulah

Cara buat Bubur Ayam Ala McD

  1. Tanakkan beras + air + halia + ayam (leburkan sekali).
  2. Masukkan kiub ayam dan garam.
  3. Bila tengok ayam dah masak boleh keluarkan ayam.
  4. Teruskan masak beras biar sampai hancur.
  5. Masukkan minyak bijan.
  6. Masak bubur kena kacau selalu supaya tidak hangit. Anggaran bubur masak dalam 1j15m.
  7. Siat ayam, boleh terus masuk dalam bubur atau  tabur pada  atas bubur bila nak makan bersama daun bawang, bawang goreng, cili merah dan lada sulah.

Sumber: Ibu Uwais- Ameenah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jangan lupa cuba resepi bubur ini, confirm tak menyesal.

Jom baca resepi bubur lambuk bubur penuh dengan lauk.

Selamat mencuba!

Leave a Comment