8 Resepi Ayam Berkuah Tanpa Santan (Mudah & Sedap)

Kali ini, apa yang akan kami kongsikan sedikit istimewa sebab ini adalah aneka resepi ayam sedap. Secara spesifik, ini adalah pelbagai jenis resepi ayam berkuah tanpa santan. Sila ambil maklum, walaupun tiada santan, ia masih mengekalkan aroma berempah dan lemak pada kuah tersebut.

Jom kita try!

1. Resepi Ayam Kicap Berempah

Bahan-bahan

  • Ayam secukupnya – (potong ikut suka & bersihkan & tos. Kemudian garam kunyit & cilikan dengan chilli powder & goreng half cook kemudian ketepikan)
  • Sebiji bawang holland – potong bulat
  • secekak daun bawang – potong pnjg 2 inci
  • 2 tangkai daun limau lurutkan
  • Pes asam jawa
  • Cili api
  • Kicap pedas Ikhwan
  • Sos ABC  Lemak Masin
  • Kicap Lemak Manis Lejen
  • 1 peket besar pes sambak tumis Maggi
  •  1 tbsp gula perang.
  •  Rempah 3 sekawan
  • 1 tsp ketumbar biji (sangai dulu & tumbuk kasar)

Bahan Tumbuk

  •  2 biji bawang besar
  • 2 ulas besar garlic
  • 2 ruas jari ginger
  • 1 ruas jari lengkuas
  •  2 biji kemiri
  •  1 tsp lada hitam biji

Cara buat Ayam Kicap Berempah

  1. Panaskan minyak secukupnya tumis rempah 3 sekawan dengan ketumbar biji hingga naik bau. Kemudian masukkan pes sambal tumis MAGGI tumis hingga garing.
  2. Kemudian masukkan bahan tumbuk tumis hingga naik bau. Tuangkan satu per satu kicap kacau rata tambahkan sedikit air masak. Biarkan merenih.
  3. Masukkan ayam yang dah goreng kacau sebati. Kemudian masukkan gula perang & pes asam kacau sebati biarkan ayam sebati dengan bahan tumis.
  4. Kemudian tumis bawang holland hingga layu rasakan masin/ manis/ pedas nya. Tutup api taburkan daun bawang & daun limau dan cili api ketuk.

Sumber: Neny Lai Han dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Ayam Masak Halia Muda

Bahan-bahan

  • 5 ketul ayam
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 biji bawang kecil (ditumbuk)
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji cili merah buang biji (dihiris)
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 3 ketul halia muda (dihiris)
  • 1 tangkai serai (diketuk)
  • 1 sudu besar pati asam jawa
  • 1 buku kiub ayam
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara buat Ayam Masak Halia Muda

  1. Tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau kemudian masukkan ayam.
  2. Letak sedikit air dan gaul rata.
  3. Kemudian masukkan kiub ayam, pati asam jawa dan garam secukup rasa serta sedikit gula.
  4. Masak ayam hingga masak, bila air sedikit kering masukkan bahan hiris apabiladah layu boleh angkat.
  5. Kalau ada yang suka berkuah letak air lebih sikit.
  6. Siap.

Sumber: Asmah Laili dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Rendang Ayam Tanpa Santan

Bahan-bahan

Bahan A 

  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Serai sebatang
  • Halia seinci
  • Lengkuas seinci
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Cili kering

Bahan B 

  • Garam
  • Gula merah
  • Kerisik
  • Daun limau purut
  • Ayam 3/4 ekor

Cara buat Rendang Ayam Tanpa Santan

  1. Blendkan semua sekali bahan A.
  2. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang di blend kan tadi.
  3. Biar sampai pecah minyak dan naik bau.
  4. Masukkan garam, gula merah, kerisik dan daun limau purut.
  5. Biarkan sampai sebati sekejap.
  6. Biarkan sehingga ayam masak.
  7. Siap untuk di hidangkan.

Sumber: Nor Syafiqah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Butter Milk Chicken Berkuah Tanpa Santan

Bahan-bahan

  • Isi ayam
  • Tepung Bestari
  • 2 sudu besar butter/margerin
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Susu cair
  • Cili padi
  • Susu pekat
  • Air
  • Garam/gula

Cara buat Butter Milk Chicken Berkuah Tanpa Santan

  1. Isi ayam yang digaul garam serta sedikit gula disalut tepung Bestari.
  2. Goreng dan ketepikan.
  3. Panaskan 2 sudu besar butter/margerin.
  4. Tumis hirisan bawang putih & daun kari.
  5. Dah naik bau masukkan 1/2 tin susu cair.
  6. Dah mendidih masukkan hirisan cili padi.
  7. Masukkan 2 sudu makan susu pekat.
  8. Setengah cawan air (jika suka pekat, boleh tambah 1 sudu makan tepung jagung).
  9. Bila dah mendidih masukkan garam & sikit gula putih.
  10. Akhir sekali masukkan isi ayam yang digoreng tdi. Tutup api.

Sumber: Nasriah Ramli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

5. Resepi Ayam Kam Heong Pedas

Resepi ini juga boleh ditukar menggunakan udang, ketam atau sotong.

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 biji bawang besar/holland (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 3 tangkai daun kari
  • 10 tangkai cili padi merah/hijau (dibelah dua)
  • 2 sudu makan rempah kari ayam (dibancuh)
  • 2-3 sudu sos tiram
  • 2-3 sudu sos cili
  • 2-3 sudu kicap manis
  • Garam dan gula

Cara buat ayam kam heong

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan rempah kari dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap.
  5. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan ayam.
  6. Gaul sebati dan sedia untuk dihidang

Sumber: Ain Ariffin dari Masak Apa Hari Ni

 

6. Resepi Ayam Masak Blackpepper Cendawan

Bahan-bahan

  • Ayam separuh – dipotong
  • 1/2 pack cendawan segar – potong
  • 4 batang celeri – potong serong (optional)
  • Sayur pilihan
  • 1 inci halia – dihiris nipis
  • 2 biji bawang besar – potong empat
  • 5 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 2 sudu kecil kicap manis
  • 2 sudu kecil sos tiram
  • 4 sudu besar minyak masak
  • Tepung jagung secukupnya sebab nak bagi pekat – bancuh dengan air sampai jadi pes
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat ayam blackpepper cendawan

  1. Gaulkan ayam dengan garam, sos tiram dan goreng sampai separuh masak. Kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau dengan menggunakan minyak ayam tadi, kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan ayam dan kacau seketika.
  4. Selepas itu, masukkan pula cendawan, celeri, sayur, minyak bijan, sos tiram dan kicap manis kemudian kacau sehingga cendawan menjadi sedikit layu.
  5. Tuang sedikit air, agak-agak je, kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
  6. Akhir sekali, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Sumber: Watie Muhtar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

7. Resepi Ayam Ungkep Jawa Mudah

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Bawang merah*
  • Serai
  • Minyak
  • Halia*
  • Kunyit*
  • Cili padi*
  • Bawang putih*
  • Serbuk jintan putih*
  • Serbuk jintan manis*
  • Serbuk ketumbar*
  • Asam keping
  • Garam dan perasa
  • Gula
  • Daun limau purut

Cara buat ayam ungkep jawa

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi. Masukkan serai yang sudah dititik.
  3. Apabila bahan tumis sudah pecah minyak, masukkan ayam. Kacau sebati. Boleh tambahkan air kalau nak kuah cair.
  4. Perasakan dengan garam, perasa dan gula.

Sumber: Yan Azie dari Masak Apa Hari Ni

 

8. Resepi Paprik Ayam Berkuah Ala Thai Tanpa Santan

Bahan-bahan paprik ayam

  • Ayam (dipotong kecil)
  • Bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Serai (diketuk)
  • Daun limau purut
  • 3 biji cili merah
  • Lobak
  • Bunga kobis
  • Kacang panjang
  • Timun
  • Baby jagung
  • 1 sb cili kering kisar
  • Sos cili thai
  • Sos tiram
  • Pes tomyam
  • Gula dan garam
  • 1 sb tepung jagung

Cara buat  Ayam Berkuah Ala Thai Tanpa Santan

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, halia dan cili yang diketuk bersama hirisan bawang besar. Tumis sehingga garing.
  2. Masukkan cili kering dan sedikit pes tomyam, daun limau purut dan serai yang diketuk, tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili thai dan sos tiram, kemudian masukkan ayam. Tambahkan air untuk kuah.
  4. Biarkan ayam betul-betul masak. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuah.
  5. Masukkan semua sayur-sayuran dan boleh perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa.

Sumber: HasnieZa Nor dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah dan menarik sungguh resepi ayam berkuah tanpa santan yang kami kongsikan ini kan?

Bukan itu sahaja, kami juga ada banyak lagi resipi ayam seperti ayam goreng mamak, ayam masak sos tiram dan juga  kari ayam tanpa santan.

Semoga pelbagai jenis resepi ayam simple ini akan memudahkan urusan masakan anda di dapur.

Selamat mencuba!

Leave a Comment