4 Resepi Nasi Beriani Johor (Sedap & Cara Buat Pun Mudah)

Nasi beriani memang cukup terkenal di negeri Johor. Paling popular nasi beriani selalu dimakan bersama lauk ayam masak merah dan acar. Memang padu. Jika anda mencari resepi nasi beriani dengan pelbagai versi di sini lah tempatnya.

Jom kita try!

1. Resepi Nasi Beriani dan Ayam Masak Merah

Bahan-bahan

  • 4 cwn beras basmathi (rendam dulu setengah jam)
  • 3 sdb rempah beriani faiza
  • Rempah 3 sekawan
  • 1/2 cwn susu cair
  • Sedikit minyak sapi/mentega
  • 1 biji bwg besar (dihiris)
  • 3 ulas bwg putih (dihiris halus)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • Kismis

Ayam Masak Merah

  • 1/2 ekor ayam – digoreng dulu
  • 2 cwn cili kering kisar
  • 1 inci halia *
  • 2 biji bwg besar *
  • 4 ulas bwg putih *
  • 3 sdb sos cili
  • 1 sdb tomato puri/sos
  • 1-2 sdb sos tiram
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula
  • Bawang goreng secukupnya
  • Kismis

Cara buat Nasi Beriani dan Ayam Masak Merah

  1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang halia hingga layu.
  2. Mssukksn 3 sekawan, daun pandan dsn rempah beriani.
  3. Masukkan susu cair dan air secukupnya.
  4. Masukkan garam dan kiub pati ayam.
  5. Dah mengelegak tutup api dan curahkan ke beras dalam periuk nasi tadi.
  6. Biarkan masak, bila dah kering titikkn pewarna kuning sikit dan taburkan kismis.
  7. Taburkan bawang goreng.

Ayam Masak Merah

  1. Ayam digoreng dahulu.
  2. Panaskan minyak tumiskan bahan yang bertanda *
  3. Bila dah garing masukkan cili kisar.
  4. Kacau sebati hingga garing dan naik minyak, masukkan sos cili dan sos tiram.
  5. Masukkan air.
  6. Masukkan garam dan gula.
  7. Bila dah mendidih masukkn ayam tadi.
  8. Taburkan dengan kismis dan bawang goreng.
  9. Hiaskan dengan daun bawang.

Sumber: Hidayati Hana dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Nasi Beriani Kambing

Bahan-bahan

Kambing

  • Daging kambing rebus dengan daun pandan
  • Jintan manis, jintan putih, ketumbar (kemudian gaulkan dengan daging kambing yang siap direbus tadi,perap seketika)
  • Bawang besar, halia, bawangg putih (di potong)
  • Rempah beriani
  • Daun pandan (untuk wangi & hilang bau)
  • 1 biji tomato potong dadu
  • Minyak sapi (5@6 sudu makan)
  • Susu cair (setengah cawan)
  • Penumis

Nasi Beriani

  • 3 pot beras basmathi cuci toskan
  • Pewarna kuning
  • Daun pandan
  • Gajus & kismis,tomato potong dadu
  • Daun ketumbar @ daun pudina

Cara buat Nasi Beriani Kambing

Kambing

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak sapi, masukkan penumis, bawang, halia, bawang putih, tomato & 1 helai daun pandan,biarkan seketika.
  2. Kemudian masukkan rempah beriani, 1 sudu teh kunyit serbuk & air.
  3. Dah mendidih masukkan daging kambing, pastikan garam secukup rasa last masukkan susu cair kacau sehingga masak & kecilkan api.

Nasi Beriani

  1. Masukkan beras kedalam rice cooker, masukkn kambing serta kuah beriani tadi.
  2. Masukkan gajus, kismis, tomato & daun pandan. Tekan api masak nasi seperti biasa tanpa kacau.
  3. Dah warm buka penutup periuk titiskan pewarna kuning & tutup semula, dah masak nanti baru kacau menggunakan garpu.
  4. Siap untuk dihidangkan, last taburkan daun ketumbar untuk tambahan boleh rebus telur.

Sumber: SuiSan Aliezsha dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Nasi Beriani Paling Ringkas

Bahan-bahan

  • 4 cawan beras basmathi
  • 2 sudu makan marjerin/butter
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 simpul daun pandan
  • 1/2 peket Perencah nasi briyani maggi
  • 1/2 cawan Susu cair -sukat air guna cawan yang sama sukat beras
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan garam
    Blender semua
  • 2 biji sedang bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • Sedikit halia

Cara buat Nasi Beriani Paling Ringkas

  1. Rendam beras basmathi selama 15 @ 30 min pastu toskan.
  2. Tumis bahan yang telah diblend dengan marjerin/butter + minyak sapi.
  3. Masukkan rempah tumis + daun pandan.
  4. Kemudian masukkan perencah briyani.
  5. Asal nampak didih je masukkan air bersama susu cair letak garam. Tunggu sampai didih.
  6. Masukkan beras sesekali godak bagi rata.
  7. Kalau baru nak belajar jangan godak selalu nanti patah patah beras tak cantik.
  8. Biar sampai nasi kering kecilkan api dapur tutup periuk.
  9. Biar selama 30 minit.
  10. Dah siap nasi letaklah hiasan warna kuning gaul kat nasi. Boleh tabur bawang goreng , daun sup, kismis dan gajus.

Sumber: Norzurah Samudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Nasi Beriani Ayam Mamak

Bahan-bahan

Perapan ayam

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 sudu serbuk kari ayam
  • 1/2 cawan yogurt putih

Tumisan

  • 5 sudu minyak sapi
  • 1 biji bwg merah (hiris)
  • 2 helai daun salam
  • 2 helai daun pandan (potong sejengka)
  • 3 kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 4 buah pelaga
  • 2 biji tomato (potong)
  • 1 pack serbuk nasi beriani maggi
  • gajus
  • kismis
  • 2 inci halia + 7 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • daun ketumbar
  • daun pudina
  • 5 pot beras basmathi

Cara buat Nasi Beriani Ayam Mamak

  1. Basuh beras bersih, toskan.
  2. Perap ayam, asingkan.
  3. Masuk minyak sapi, tumis gajus+kismis+kayu manis+buah pelaga+bunga lawang+bawang merah+daun salam hingga naik wangi.
  4. Masuk halia tumbuk+daun pandan+tomato+ayam perap, masak hingga separuh masak (3 minit)
  5. Masuk serbuk rempah beriani maggi dan gaul rata, tutup api.
  6. Masukkan bahan tadi dalam periuk nasi+ 5 pot air.
  7. Masuk garam+daun ketumbar+daun pudina dan tutup periuk nasi,masakkan. Siap

Sumber: Hanimr Ee dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Anda jangan lupa resepi ansi beriani ini.

Confirm tak menyesal bila dah siap. Sangat berbaloi!

Jemput juga baca resepi nasi daging utara dan nasi minyak.

Selamat mencuba!

Leave a Comment