4 Resepi Ikan Kerisi (Masak Apa Sedap?)

Ikan kerisi memang sinonim dengan lauk kampung, masak apa sahaja confirm sedap. Kalau anda tiada idea nak masak apa dengan ikan kerisi ini, jom baca resepi ikan kerisi yang kami kongsikan untuk anda ini.

Jom kita try!

1. Resepi Ikan Kerisi Asam Pedas Kelantan

Bahan-bahan

  • Ikan kerisi saiz sedang 4 ekor
  • Bawang besar 1biji*
  • Bawang putih 2 ulas*
  • Kunyit 1/2 inci (boleh ganti serbuk kunyit)*
  • Lengkuas 1/4 inci*
  • 3 tangkai lada kering yang direbus (cili kisar pun boleh)*
  • 5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa)
  • Daun kesum
  • Bunga kantan belah 2
  • Bendi (tadi takde)
  • Garam & serbuk perasa

Cara buat Ikan Kerisi Asam Pedas Kelantan

  1. Blend bahan bertanda * dengan air.
  2. Masukkan bahan blend dalam periuk bersama asam keping & bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih.
  3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita nak.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa, bila ikan dah masak boleh tambah bendi. Siap!

Sumber: Nurul Afidah Catalyst dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ikan Kerisi Masak Asam

Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan kerisi
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 cawan air asam jawa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit minyak utk menggoreng
  • Sedikit garam & gula

Cara buat Ikan Kerisi Masak Asam

  1. Gaul ikan dengan sedikit garam & serbuk kunyit , kemudian goreng hingga garing & toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia & cili padi yang dihiris dan tumis sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, biar hingga mendidih.
  4. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng, garam & gula secukupnya dan siap.

Sumber: Roslinda Razak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3.Resepi Ikan Kerisi Sambal Cili Padi

Bahan-bahan

Bahan A

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili padi

Bahan B

  • Air asam jawa
  • Gula garam perasa secukupnya

Cara buat Ikan Kerisi Sambal Cili Padi

  1. Bahan A dikisar kasar. Tumis dengan minyak goreng ikan tadi.
  2. Masak sampai pecah minyak, selepas itu masukkan air asam jawa, garam gula secukupnya.
  3. Dah ngam rasa sambal last letak ikan goreng. Kacau kejap. Siap.

Sumber: Intan MK dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ikan Kerisi Masak Kicap Pekat Pedas

Bahan-bahan

  • 6 potongan ikan kerisi (digoreng)
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 7 batang cili padi merah
  • 7 batang cili padi hijau
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu kecil serbuk sup
  • 1 sudu kecil serbuk perasa Knorr
  • Gula 1 sudu besar
  • 5 sudu besar cili kisar
  • Kicap Manis (cap kipas udang) 4-5 sudu besar
  • Minyak masak

Cara buat Ikan Kerisi Masak Kicap Pekat Pedas

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
  2. Masukkan cili kisar, dan masak sehingga pecah minyak (untuk mendapat warna cili yang cantik, pastikan anda memasak cili dengan api yang perlahan dan gaul cili serta masak dengan sempurna).
  3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan bawang, cili padi, dan tomato gaul rata.
  4. Kemudian masukkan kicap manis, gula, dan serbuk perasa, gaul sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng gaul rata dan siap.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Ikan Kerisi Masak Apa Sedap?

Resepi ikan kerisi yang dikongsikan di atas, mungkin sesuai dan mungkin juga tidak sesuai dengan citarasa anda.

Jika menepati citarasa, Alhamdulillah.

Jika tidak, boleh dapatkan idea masakan ikan kerisi yang lain seperti berikut:

  1. Ikan kerisi masak asam
  2. Ikan kerisi masak lemak
  3. Ikan kerisi berkuah
  4. Ikan kerisi masak kicap
  5. Ikan kerisi masak sambal
  6. Ikan kerisi bakar
  7. Ikan kerisi berlada
  8. Ikan kerisi goreng
  9. Ikan kerisi masak asam rebus
  10. Ikan kerisi masak taucu

Jika anda adalah sejenis orang yang suka mencuba sesuatu yang baru, kami senaraikan pelbagai idea dan jenis masakan yang anda boleh cuba di dapur:

  1. Masak sambal
  2. Bakar
  3. Goreng
  4. Masak lemak
  5. Masak kari
  6. Masak pedas
  7. Masak stim
  8. Masak cili
  9. Masak sup
  10. Masak kicap
  11. Masak tempoyak
  12. Masak singgang
  13. Rebus
  14. Masak ala Thai
  15. Kukus
  16. Sumbat
  17. Berlada
  18. Masak sos
  19. Masak sweet sour
  20. Masak tiga rasa
  21. Percik
  22. Masak halia
  23. Masak taucu
  24. Masak masam manis
  25. Masak petai
  26. Masak pindang
  27. Celup tepung
  28. Masak cuka
  29. Masak untuk diet
  30. Masak untuk pantang
  31. Masak kunyit
  32. Masak mamak
  33. Masak pekasam
  34. Berempah
  35. Berkuah
  36. Grill
  37. Chinese style

Selain ikan kerisi, ada banyak lagi jenis ikan yang sedap untuk dimakan seisi keluarga.

Antaranya ialah:

  1. Ikan bilis
  2. Ikan siakap
  3. Ikan kembung
  4. Ikan tongkol
  5. Ikan bawal
  6. Ikan tenggiri
  7. Ikan merah
  8. Ikan cencaru
  9. Ikan patin
  10. Ikan keli
  11. Ikan talapia
  12. Ikan kerisi
  13. Ikan sardin
  14. Ikan salmon
  15. Ikan selar
  16. Ikan kerapu
  17. Ikan dory
  18. Ikan jenahak
  19. Ikan talang
  20. Ikan gelama
  21. Ikan haruan
  22. Ikan temenung
  23. Ikan senangin
  24. Ikan mayong
  25. Ikan duri
  26. Ikan kurau
  27. Ikan sembilang

 

Akhir kata

Pasti anda terliur kan dengan kesemua resepi ikan kerisi yang kami kongsikan ini kan?

Jom semak pula resepi ikan sardin masak lemak cili api ini pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment