4 Resepi Sos Thai Daun Ketumbar (Boleh Simpan Lama)

Sos thai mempunyai sedikit perbezaan dengan sos yang lain, bau sos thai sudah cukup membuatkan kita tidak sabar untuk rasa. Resepi sos thai daun ketumbar ini juga mudah nak buat, paling enak bila di cicah bersama daging atau sotong bakar. Sungguh terliur!

Jom baca resepi mudah ini.

1. Resepi Sos Thai Mudah

Bahan-bahan

  • Bawang putih 10ulas dicincang
  • Cili padi hijau dan merah ikut tahap nak pedas
  • 6 biji limau nipis
  • Sos nampla
  • Sugar palm
  • Garam sikit
  • Akar ketumbar diketuk
  • Daun ketumbar dihiris

Cara buat Sos Thai Mudah

  1. Campur semua bahan-bahan tadi.
  2. Kalau nak sedap sangai beras kemudian tumbuk manja, masa nak hidang tabur atas sos.

Sumber: Kunije Tnije dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2.Resepi Sos Thai

Bahan-bahan

  • 250 gm cili padi merah** (anggaran pedas)
  • 125 gm cili besar **
  • 5 biji buah tomato ranum **
  • 1 labu bawang putih**
  • 1 tangkai daun ketumbar**
  • 450 ml air
  • 500 gm gula
  • 250 ml cuka
  • 1 sdt garam
  • 1 sdb tepung jagung
  • 3 batang akar daun ketumbar
  • Daun ketumbar dihiris kasar

Cara buat Sos Thai

  • Blend kesemua bahan² bertanda (jangan lumat sangat).
  • Masukkan bahan blend ke dalam periuk dan masuk gula, cuka, garam dan akar ketumbar.
  • Masak sampai mendidih dan sentiasa dikacau.
  • Akhir sekali masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga sederhana pekat. Tutup api. Taburkan hirisan daun
  • ketumbar.
  • Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol.

Sumber: Rozmaliza Omar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sos Creamy Hijau Ala Thai

Bahan-bahan

  • 2 rumpun daun ketumbar (sekali akar)
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ cawan air biasa
  • 6-7 biji cili hijau
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1-2 biji limau nipis (diambil jusnya sahaja)
  • 6-7 sudu besar mayonis

Cara buat Sos Creamy Hijau Ala Thai

  1. Daun ketumbar, air, cili hijau, sos ikan, mayonis dan jus limau di blend sekali.

Sumber: Fadzlin Adzlina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sos Thai Menangis

Bahan-bahan

  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Gula melaka
  • Cili padi
  • Serbuk cili kasar
  • Lemon
  • Daun ketumbar*
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*

Cara buat Sos Thai Menangis

  1. Cincang semua bahan yang bertanda *
  2. Campur semua bahan dan gaulkan.
  3. Sukatan semua ikut kesesuaian mengikut tekak.

Sumber: Musriani Modesto dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah kan resepi yang resepi kami kongsikan ini. Boleh buat untuk idea jualan juga!

Jom baca resepi Vietnam roll memang sesuai di makan bersama sos thai ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment