4 Resepi Pulut Sekaya (Kuih Dari Kelantan)

Jika lihat sekali imbas pulut sekaya ini memang serupa dengan kuih seri muka kan? Tak jauh beza pun. Pulut sekaya ini adalah kuih yang popular di Pantai TImur.  Jarang nak jumpa pulut sekaya di sini. Jom kami kongsikan resepi pulut sekaya ini.

Jom kita try!

1. Resepi Pulut Sekaya Tanpa telur

Guna loyang 8″

Bahan-bahan

Bahagian bawah

  • 300 g beras pulut
  • Santan 1 cawan @ tuang paras pulut shj
  • Sedikit garam
    Rendam pulut 3 jam,basuh tuang santan kukus 20 minit

Bahagian atas

  • Tepung Beras 80g
  • Tepung kastad 40g
  • Gula 100g
  • Santan 400ml
  • air daun pandan 200 ml
  • Sedikit pewarna

Cara buat Pulut Sekaya Tanpa telur

  1. Masukkan dalam periuk kacau hingga larut, baru buka api sederhana,kacau agak pekat sedikit sahaja.
  2. Kemudian tuang atas pulut yang dah masak tadi, kukus 45 minit@ hingga masak.
  3. Dah masak buka penutup kukus lagi 5 minit untuk bagi air atas kuih kering (kalau nak permukaan atas cantik, wrap dengan plastik untuk elak air menitik) siap.

Sumber: Zaza Ria Cellection dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Sekaya Pulut

Bahan-bahan

Lapisan bawah (pulut)

  • 2-3 cwn beras pulut (basuh)
  • santan (anggaran sama aras beras pulut masukkan dalam rice cooker)
  • Sedikit garam

Lapisan atas (sekaya)

  • 3keping nisann @gula Melaka (masak dengan sedikit air biar hancur)
  • 1cwn santan
  • 8bji telur (2cwn)
  • Gula ikut kemanisan

Cara buat Sekaya Pulut

  1. Bila dah masak, masukkan dalam loyang tekan pulut yang dah masak dengan senduk bagi rata dan kemas.
  2. Panaskan pengukus masukkan pulut tadi kukus dalam 10minit
  3. Campur semua kecuali gula dan tapis untuk buang lendir telur.
  4. Baru masukkan gula dan kacau rata, tuang adunan telur kedalam pulut yang dah dipanaskan.
  5. Kukus 20-25 minit hingga masak.

Sumber:  Mariatul Khibtiyah dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Pulut Sekaya Telur

Bahan-bahan

Bahagian bawah (pulut)

  • 500 gram pulut
  •  3 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Bahagian atas (hijau)

  •  8 biji telur gred A
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula
  • Sedikit kulit kayu manis, jintan manis, daun pandan yang dikisar & pewarna hijau

Cara buat Pulut Sekaya Telur

  1. Basuh pulut sebersihnya.
  2. Masukkan 3 cawan santan dan sedikit garam.
  3. Kukus sehingga masak.
  4. Pecahkan telur & pukul bersama santan, kulit kayu manis, gula, jintan manis & daun pandan yang dikisar. Kemudian tapis.
  5. Bila pulut dah masak, tekan dengan plastik bagi rapat. Kemudian masukkan ke dalam periuk kukus.
  6.  Tuang bahan di no. 4 atas pulut, kemudian kukus sehingga masak.

Sumber: Nurul Shafinas dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Pulut Sekaya

Bahan-bahan

  • 500gm beras pulut rendam air
  • 1 kotak santan Kara
  • *200ml air biasa
  • *Sedikit garam
  • Satukan santan,air, garam dalam 1 bekas kacau bagi garam larut

Bahan B

  • 5 keping gula melaka
  • 150gm cawan air
  • 5 sudu gula pasir

Cara buat Pulut Sekaya

Cara nak masak pulut 

  1. Panaskan dulu periuk kukusan.
  2. Toskan Pulut.
  3. Masukkan dalam loyang saiz 9in, dalam loyang lapik guna plastik.
  4. Kukuskan dulu pulut dalam 10 minit, angkat dan tuang santan dalam loyang. Kukus dalam 20 minit.
  5. Setelah 20 minit angkat dan mampatkan.
  6. Setelah pulut tu di mampatkan, tuang la bahan B di atas pulut tadi. Kukus lagi selama 20-30 minit.

Bahan B

  1. Masak gula melaka dan air sampai mendidih.
  2. 13bj telur gred C, guna A cukup la 10bj.
  3. Kocak telur dalam bekas guna garpu.

Sumber: Elyani Khai dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Nama lain bagi kuih ini ialah Tok Aji Serban, mungkin kerana lapisan kedutan atas seakan-akan serban.

Kalau anda suka kuih pulut sekaya ini, anda mesti suka resepi kuih tahi itik yang popular juga di Kelantan.

Selamat mencuba!

Leave a Comment