4 Resepi Takoyaki (Buat Sendiri Berbaloi)

Takoyaki semakin dikenali di Malaysia, merupakan street food dari Jepun ini mempunyai pelbagai jenis lauk yang ada pasti membuatkan anda rambang mata. Apakata anda buat sendiri lagi puas hati kan? Kami kongsikan resepi takoyaki untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Takoyaki

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besaq tepung jagung
  • 3 biji telur ayam saiz c
  • 2 cawan ayaq
  • Suku kiub ayam
  • 3 sudu besaq kicap cair

Cara buat Takoyaki

  1. Campur semua bahan-bahan dan kacau bagi rata dan tiada langsung gumpalan tepung.
  2. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
  3. Boleh siapkan pulak bahan-bahan inti.
  4. Untuk sayur guna cili benggala, lobak, bawang holland dan kobis potong halus.
  5. Titiskan minyak atas pan takoyaki masukkan adunan takoyaki separuh dahulu dalam acuan kemudian letak inti, dan tuangkan lagi separuh adunan tako sampai penuh acuan tunggu garing sikit terus golekkan aduanan tadi untuk dibulatkan.
  6. Dah siap boleh dihidangkan dengan sos takoyaki homemade dan mayo kalau ada seaweed dengan tuna flakes lagi sedap.

Sumber: Muhammad Farid Omar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sos Takoyaki

Bahan-bahan

  • 1 cawan sos tomato
  • 3/4 cawan kicap cair
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 2 cm halia tumbuk halus
  • 1 ulas bawang putih tumbuk halus
  • 1/2 cawan gula tapi guna hisbah 50% gula putih 50% gula perang

Cara buat Sos Takoyaki

  1. Campur semua bahan dalam periuk.
  2. Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih.
  3. Kecikkan api dan renyeh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki.
  4. Sejukkan sos.
  5. Tapiskan ke dalam botol sos dan siap untuk digunakan.

Sumber: Muhammad Farid Omar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Takoyaki

Bahan-bahan

  • 2cwn tpng gandum
  • 2 sudu tpng jagung
  • 2bj telur
  • 1cube stock ayam
  • 1sudu teh garam
  • 2 cawan air
  • Sedikit kicap

Bahan inti

  • Hirisan daun bawang
  • Kobis/carot hiris dadu
  • Isi ketam @ udang, ayam, sotong (pastikan masak dulu)

Cara buat Takoyaki

  1. Lepas masuk bancuhan tepung separuh masukkan inti.
  2. Golek separuh dan masukkan bancuhan tepung lagi sampai dapat bentuk bulat.
  3. Rajin golekkan dia sampai agak masak dan boleh angkat.
  4. Kalau ada benito flake boleh taburkan kat atas letak sos dan mayonis.

Sumber: Nora Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Takoyaki

Adunan takoyaki (26-30 biji)

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu (b) tepung jagung
  • 2 biji telur saiz A
  • 2 cawan air
  • 1 sudu (t) serbuk stok ayam
  • 3 sudu (t) kicap cair Jepun @kicap cair biasa

Bahan inti

  • Sotong / udang / crab stick / sosej
  • Daun bawang – hiris nipis
  • Kobis bulat dihiris halus
  • 1 batang carrot diparut halus

Bahan hiasan atas

  • Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
  • Mayonis
  • Bonito flake (kepingan ikan) – beli kat Aeon bahagian makanan Jepun

Bahan sos takoyaki

  •  1 cawan sos tomato
  • 3/4 cawan kicap cair
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 2 keping halia
  • 1/2 cawan gula perang

Cara buat Takoyaki

  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk besar.
  2. Kacau dengan whisk sampai semua larut dan adunan tidak berketul.
  3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.

Bahan inti

  1. Panaskan acuan takoyaki dan sapu minyak masak disetiap lubang dengan menggunakan daun pandan yang diikat.
  2. Dengan menggunakan botol sos picitkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
  3. Letakkan inti sotong / udang / crabstick @ sosej disetiap lubang.
  4. Taburkan kobis dan carrot.
  5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.
  6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (sayur yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
  7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat dgn menggunakan lidi satay.
  8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan.
  9. Teruskan sampai nampak garing.
  10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan.
  11. Picitkan sos takoyaki dan mayonis. Tabur bonito flake.

Bahan hiasan atas

  1. Paipkan sos takoyaki.
  2. Paipkan mayonis.
  3. Taburkan bonito flakes.

Bahan sos takoyaki

  1. Campur semua bahan dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  3. Kecilkan api dan reneh sampai pekat.
  4. Sejukkan sos.
  5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk mudah drizzle.

Sumber : Rozmaliza Omar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini memberi idea untuk anda mencuba Masakan yang baru.

Jom baca juga resepi cucur udang dan okonomiyaki dan tauhu Jepun pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment