4 Resepi Cucur Udang (Confirm Rangup & Sedap)

Kuih cucur udang ini boleh dinikmati dengan dua pilihan kuah iaitu kuah kacang dan juga kuah merah. Resepi cucur udang juga boleh dimakan ketika waktu pagi atau petang. Jika dapat cucur udang yang rangup memang sedap. Tak semua yang tahu teknik yang betul untuk membuatnya. Kali ini kami akan berkongsi bagaimana untuk mendapatkan cucur udang yang rangup.

Izinkan kami berkongsi resepi ini.

1. Resepi Cucur Udang Rangup

Bahan-bahan

  • Taugeh
  • Kucai
  • Bawang besar
  • Cili hidup
  • Tepung gandum (500 gm)
  • Tepung beras (2 sudu)
  • Kunyit
  • Gula
  • Garam
  • Air (2 cawan) tengok kepekatan jangan tuang sekaligus
  • Telur (1 biji)
  • Udang

Cara buat Cucur Udang Rangup

  1. Telur dipukul kemudian masuk air. Kacau.
  2. Masukkan dalam campuran tepung dan kacau hingga sebati. Masukkan sayuran.
  3. Tengok kelikatan adunan. Jangan terlalu cair.
  4. Kami cicah dengan sos pencicah Siam tu. Nama lupa.

Sumber: Fizah Halim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Cucur Udang Mudah

Bahan-bahan

  • Tepung gandum 1kg
  • Kuchai
  • Carrot
  • Tauge
  • Bawang holand dadu
  • Mauripan 1 paket
  • Garam
  • Udang
  • Telo 1 biji
  • Pewarna kuning @ kunyit

Cara buat Cucur Udang Mudah

  1. Bancuh tepung & yis sampai sebati dengan air. Agak adunan cekodok. Jangan cair sangat.
  2. Selepas itu masukkan telur, kacau rata.
  3. Last baru masuk garam. Rasa jangan tawar sangat.
  4. Ketepikan tutup dlm 45min – 1 jam.
  5. Bila adunan dah naik baru masukkan sayur semua dan sedia untuk menggoreng.

Sumber: Cik Nana En Nasrul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Cucur Udang Maccheroni

Bahan-bahan

  • 100 gr BALDUCCI Maccheroni No. 32
  •  10 ekor udang size besar di buang kulit kecuali bahagian ekor
  •  ½ bj bawang besar di potong dadu
  •  1 ikat daun kucai di potong pendek
  • ½ bj lobak merah disagat
  •  100 gr tepung gandum
  •  50 gr tepung beras
  •  1 bj telur
  • 1 sdk serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air ais secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat Cucur Udang Maccheroni

  1. Rebus BALDUCCI Maccheroni hingga lembut. Toskan airnya.
  2. Campurkan : tepung gandum, tepung beras, bawang besar, daun kucai, lobak merah, serbuk kunyit, garam dan gula. Kacau rata. Masukkan BALDUCCI maccheroni, kacau sebati.
  3. Masukkan telur dan air ais sedikit² hingga menjadi adunan yang tak terlalu pekat atau cair.
  4. Panaskan minyak yang banyak. Celupkan senduk ke dalam minyak panas sekejap kemudian tuangkan adunan cucur dan letak udang diatasnya sambil ditekan supaya lekat.
  5. Masukkan senduk ke dalam minyak hingga adunan cucur terlepas. Goreng hingga kecoklatan. Angkat dan toskan atas tisu dapur. Ulang proses hingga adunan habis.
  6. Hidangkan cucur udang maccheroni bersama sos cili.

Sumber: Eka Zahra dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Cucur Udang Lembut dan Sedap

Bahan-bahan

  •  400 gram Gandum
  •  Udang
  • Bawang Merah
  • Lobak
  • Daun Kucai
  • Tauge
  • Garam
  • Serbuk Kunyit
  • Yis

Cara buat Cucur Udang Lembut dan Sedap

  1. Masukkan semua bahan kecuali udang, ke dalam mangkuk bersama gandum.
  2. Tambah air dan adun sebati
  3. Biarkan selama 30 minit.
  4. Panaskan minyak masak. Masukkan adunan kedalam senduk bersama seekor udang dan goreng.
    Tips: sebelum menggoreng, panaskan senduk supaya adunan tidak melekat

Sumber: Zaky Mat Ali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jika anda follow step by step resepi di atas confirm cucur udang anda akan rangup.

Jom semak pula resepi cucur bawang ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment