4 Resepi Lempeng Kelapa (Tebal, Gebu & Mudah Nak Buat)

Lempeng kelapa memang sesuai dimakan bersama sambal tumis, memang boleh terangkat. Jika sebelum ini kami pernah kongsikan resepi lempeng, kali ini jom kami ingin kongsikan dengan anda pula resepi lempeng kelapa yang gebu ini.

Jom kita try!

1. Resepi Lempeng Kelapa

Bahan-bahan

  • Tepung gandum 3 cawan
  • Telur gred B 1 bj
  • Kelapa parut 1 senduk
  • Garam sesudu kecil
  • Marjerin pelangi 2 sudu
  • Air

Cara buat Lempeng Kelapa

  1. Kalau dah letak marjerin tak perlu sapu minyak pada kuali, memag tak melekat.
  2. Air (cair dia seperti buat ketayap)
  3. Guna api paling slow.

Sumber: Misza Manap dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Lempeng Kelapa Lembut dan Sedap

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan kelapa muda parut
  • 1/4 cawan santan
  • 1 cawan air kelapa @ air biasa pun boleh
  • Garam secukup rasa

Cara buat Lempeng Kelapa Lembut dan Sedap

  1. Gaulkan sebati.
  2. Panaskan kuali dan selamat melempeng.

Sumber: Azizah Ali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Lempeng Kelapa Mak

Bahan-bahan

  • 3 cawan kelapa parut
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu baking powder
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara buat Lempeng Kelapa Mak

  1. Satukan semua bahan.
  2. Kacau hingga rata, tambah air kalau perlu dan rehatkan adunan sekejap.
  3. Panaskan non-stick pan kemudian sapu dengan sedikit minyak masak.
  4. Sendukkan 1/3 cawan adunan dan ratakan. Masak diatas api yang sederhana.
  5. Terbalikkan lempeng dan masak lagi hingga sedikit garing.
  6. Hidangkan bersama sambal tumis atau boleh juga dimakan dengan kuah kari.

Sumber: Zur Ain Salim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Lempeng Kelapa Mudah

Bahan-bahan

  • 2 cawan kelapa parut
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 11/4 cawan air
  • 1/4 cawan santan pekat(optional)

Cara buat Lempeng Kelapa Mudah

  1. Kacau sampai sebati.
  2. Selepas itu leperkan kat atas pan non stick.
  3. Letak sikit minyak jangan bagi melekat, nanti ada garing baru cntik lempeng.

Sumber: Nurul Rabiahtuladawiyah Kamidin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata 

Resepi yang cukup mudah untuk buat dan mengenyangkan.

Jom baca resepi fluffy pancake yang mudah ini pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment