4 Resepi Egg Tart Portugis (Mudah Nak Buat & Jimat)

Ramai yang gemarkan Portugis egg tart, ini kerana apabila makan kulitnya  mudah rapuh dan bau pastri ini saja sudah memikat hati. Harga satu biji egg tart ini boleh tahan juga di kedai, jom kami kongsikan resepi egg tart yang anda boleh cuba di rumah. Jimat dan puas hati.

Jom kita try!

1. Resepi Egg Tart

Bahan-bahan

Filling

  • 1 tin susu cair
  • ¾ cawan gula
  • 6 biji telur
  • 2 sudu tepung kastard
  • Vanilla
  • Pewarna
  • Campurkan semua & tapis

Curst

  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula icing
  • 2 cawan majerin
  • 1 biji telur
  • Vanilla

Cara buat Egg Tart

  1. Bentukkan curst di dalam acuan, bakar sehingga separuh masak.
  2. Seterusnya, masukkan filling dan masak semula sehingga sempurna.

Sumber: Nfo Onna dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Giant Egg Tart

Bahan-bahan

Bahan Doh Kulit

  • 2 cawan tpg.gandom
  • 1/2 cawan majerin
  • Sebiji telor
  • Sedikit garam
  • Uli  sebati letak dalam.kuali sapu majerin dulu
  • Ikut bentuk kuali tekan rata tepi tekan dengan garpu buat lekuk

Kastad telur

  • 2 biji telur kuning
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sb tpg jagung
  • 1 sb tpg kastard
  • 4 sb gula
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit esen vanila

Cara buat Giant Egg Tart

  1. Blend semua bahan sebati tuang dalam doh di kuali tadi dan bakar dengan api slow.
  2. Kuali harus ditutup dalam 40minit atau sehingga masak.

Sumber: Malnorashima Bt Ismail dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Portuguese Egg Tart

Kulit tart beli readymade

Anggaran untuk 14 biji

Bahan-bahan

  • 1/2 cwn susu cair
  • 2 biji telur
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn air
  • 1/2 s/mkn tepung kastard
  • 1/2 s/teh esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning

Cara buat Portuguese Egg Tart

  1. Bakar 15 minit +-
  2. Suhu 180.

Sumber: Nabilah Mat Yasim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Hong Kong Egg Tart

Bahan-bahan

  • 300g tepung
  • 150g butter@marjerin
  • 25g gula icing (tips supaya tart tak keras bila sejuk)
  • 1biji telur
    (21 acuan)

Bahan filling

  • 290ml susu cair
  • Gula pasir 120g (kurangkan kalau tak suka manis)
  • Telur gred A@B 3biji
  • Esen vanila 1sdt

Cara buat Hong Kong Egg Tart

  1. Ayak tepung dan gula, campurkan butter dan telur menjadi adunan yang soft.
  2. Masukkan ke dalam acuan cucuk pakai garfu dan sejukkan dalam peti ais sementara nak buat filling.

Bahan filling

  1. Campur kesemua bahan tadi, dan WAJIB TAPIS  kalau tak takut berbuih filling tu.
  2. Lepas buat filling masukkan dalam crust tadi hati-hati jangan terlebih dari crust nanti time bakar takut melimpah susah nak tanggal dalam acuan.
  3. Bakar suhu 180darjah selama 15-20minit bergantung pada oven masing-masing.

Sumber:دين الصفار dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jangan lupa cuba buat nanti, dapat jimat dan puas hati makan.

Jom semak resepi fruit tart pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment